Ziarah Jumaat - Kota Kuala Linggi
16 Feb 2007. Seperti yang telah dirancangkan, aku diajak untuk bersolat jumaat di masjid Kampung Kota Kuala Linggi, Melaka.
Dalam sesi ziarah kali ini, agak berbeza dari yang sebelumnya. Sebelum aku mula menekan padel minyak, aku disuruh menanam niat. "..untuk pergi menunaikan solat jumaat dan menghadiri perhimpunan jemaah jemaah islam di melaka..". Selesai berniat,kami bertolak dari Pandan Indah pada jam 11.30 pagi.
Tiba di tol Pedas Linggi tepat jam 12.30 tgh. Perjalanan menyusuri ladang kelapa sawit memakan lagi 45 minit untuk kami sampai ke Kota Kuala Linggi.
Masjid Kampung Kota Kuala Linggi terletak berhampiran dgn muara sungai Linggi. Terdapat satu Kota lama betul betul dipintu masuk sungai Linggi. Kota Supai.
Dah alang2 sampai, kami meluangkan sedikit masa selepas solat jumaat, melawat peninggalan Kota Supai. Seperti biasa, pembinaan kota kota dimalaysia banyak berlaku dimasa perang menentang Belanda. Contohnya Kota Melaka dan Kota Melawati.
Mengikut sejarahnya, Kota Supai atau Kota Filipina ini dibina sekitar tahun 1757 iaitu selepas perang besar antara orang Belanda dan Bugis. Perang merebut penguasaan bijih timah.
Tamat perang pada tahun tersebut, mereka membina Kota ini untuk tujuan memungut cukai bagi setiap kapal yang melalui Sungai Linggi dan Sungai Rembau. Namun apa yang tinggal hanya semak samun dan beberapa couple' yang merendek tepi tepi pantai dibalik batu batu Kota Supai ini.
* Sekian pelajaran sejarah kali ini.
Labels: Ziarah
11 Comments:
Hehehe...belajar sejarah ari ni...tima kasih cikgu ontah...
te ri ma kasih cikgu!
kata ayah, dulu2 d kuala sungai linggi ni byk udang besau besau... & byk buaya juge.
tima kacih cikgu..
lg satu nak cakap..sori... u hv been tagged! pls proceed to my blog!
heheh.. patut tkp gambar couple merendek tu skali hehe
kena lapur dengan bapak rais tu biar di baik pulih semula..
Melawat sambil belajar sejarah sambil berjemaah. Tahniah OS...!
huh. hari ini dalam sejarah. ontahsapo san, arigato!
mintak maap le, aku telah tidak sengaja menge tag ontasapo san. Soli..soli.. :D
lama aku tak belajar sejarah....tima kaseh cikgu!!!!
entri ko ni pun kira buat sejarah jugak ni... entri terpanjang pernah aku baca secara "live". entri ko yg awal2 dulu memang panjang2 tapi yang tu tak kira sebab aku tak baca masa entri2 tu baru wujud.
Aku juga ingin meletakkan diri aku dalam sejarah dengan membuat komen terpanjang aku sepanjang kunjungan aku ke sini hehe
wahh.. blajo tawarikh plak kita ari nih...ker...tarawih...ish..konpius jap.
tahun melawat mesia 2007...
bagus...
waaa.... tolong pomot Tahun Melawat Malaysia ni... terima kasih atas pelajaran sejarah ari ni chekgu... :D
Post a Comment
<< Home