`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: March 2006

Friday, March 31, 2006

Lilin tengah panas

Dua hari lepas, NST mengungkap kisah cikgu atau guru yg semakin tertekan atau stress dgn kerjaya mereka. Mana silapnya sistem perguruan kita hari ni? Atau kerjaya guru ini semakin dianggap kerjaya level kedua atau ketiga atau tiada level lansung?

Mengungkap kisah guru 20 tahun lalu, kerjaya ini adalah yg paling dihormati berbanding dgn ketua kampung atau tok bilal. Guru akan ditegur walau dimana bersua. Guru akan diminta pendapat dalam segala macam hal. Guru akan diberi penuh kepercayaan dlm membimbing anak bangsa kejalan yg benar dan berjaya. Hinggakan jika anak mengadu dirotan guru disekolah, akan ditambah rotan oleh mak bapak dirumah kerana kesalahan itu. Pendek kata, salah kata guru, salah lah dimata ibu bapa.

Situasi kini jauh berbeza, guru dikatakan stress dgn sikap ibu bapa dan anak murid sendiri yg jauh lari dari apa yg kita lalui satu masa dulu. Kalau dulu kita takut terserempak dgn guru walau dimana kita berada, kini kita mencari kereta guru utk dicalar. Pantang guru tersilap kata, esok lusa mak bapak dtg bertanya. Terlebih perlakuan guru, mula PIBG diburu.

Apa akan jadi sedikit masa lagi. Kalau sekarang sudah ramai memandang guru sebagai sekadar penjaga kelas atau sekolah sahaja. Esok mungkin guru tidak dikenali lagi. Atau tiada siapa yg ingin menjadi pembimbing lagi.

Kalau dulu guru dianggap sebagai lilin pembakar diri menerangi anak bangsa. Kini lilin dah terbakar tapi cahayanya takder siapa nampak.

Thursday, March 30, 2006

Betik Eksotika Mardi

Hari seperti hari semalam, aku turun Mardi untuk buat ukuran terakhir uniform bahagian Kejuruteraan. Bawak sorang budak tukang ukur, aku tinggal dia buat kerja, aku pun merayap serata Mardi.
Singgah kat tempat yg selalu ada lelong buah buahan tempatan hasil ciptaan Mardi ni, aku ternampak satu lori baru sampai. Pergh... ada rezeki aku kali ni. Kalau lama dulu aku pernah beli Durian yg berjenis jenis D ni (walau aku tak makan) dgn harga yg jauh lebih murah berbanding di pasar2 malam. Durian dulu, sekilo 50 sen jer.
Lepas tu, aku pernah beli Pulasan. Ni yg jenis gemuk tu, bijik kecik jer. Yg ni Sekilo RM4. 10 kilo aku angkat dulu. Pulasan ni, diorang makan dgn bijik sekali, ada yg goreng bijik tu, katanya rasa mcm kacang. Sekarang tunggu pokok berbuah.
Kemudian, aku terserempak dgn lori mangga dari Perlis. Dtg nak jual buah dia kat Mardi Serdang ni. Ada berjenis mangga. Dari cokanan, siku raja, emas hitam dan harum manis dia bawak. Yang ni diorang jual sama jer harga, RM3 sekilo. Kali ni aku belasah semua jenis, total 12 kilo kalau tak silap.
Hari ni sekali lagi aku terlangkah kanan. Sampai jer, tengok lori tu bawak turun berbakul bakul betik eksotika. Betik eksotika ni dia jenis yg kecik kecik buahnyer. Yang selalunya orang akan belah dua jer, then makan dgn sudu. Kalau kat hotel dia served mcm ni la, pastu ader yg makan dgn madu la, susu la, ais krim la. Betik ni pokok dia rendah jer, dan buah akan penuh didahan sampai nak cecah tanah. Kalau nak benih memang ada jual hari2 kat Mardi ni, tapi buah sekali sekala jer. Hari ni, betik lelong 3 kilo RM2, so aku angkat 10 kilo. Malam ni makan betik sampai shurrrrr........

Wednesday, March 29, 2006

Nama

Dah ada ke nama nak kasik kat anak nanti?

MyTeam Vs Malaysia


Menonton Siri 2 MyTeam semalam, terasa akan kehangatan bolasepak tempatan kembali menyinar. Walaupun belum tahu sejauh mana kejayaan Program Realiti TV ini, namun permulaannya sedikit membuat kaki terketar menanti 28 May 2006 ini dimana pasukan ini akan menentang pasukan bolasepak Negara di Stadium Bukit Jalil.
Apa yg ingin dikongsi ialah, usaha MyTeam masuk keseluruh pelusuk tanah air bagi mencari bakat bakat terpendam dengan cara yg tak pernah dibuat oleh Kementerian Belia Dan Sukan mahupun FAM. Usaha yg patut dibanggakan dan diteruskan sehingga bila bila.
Siri 1 MyTeam, melihatkan seluruh anak Johor dan Melaka tidak mengira usia turun memperlihatkan bakat mereka bermain bolasepak yg selama ini hanya diketahui oleh mereka yg terdeka atau pun diri sendiri sahaja. Tidak timbul isu usia muda atau tua. Isu lelaki atau perempuan. Isu telah bekerja atau masih belajar. Isu kaya atau miskin. Semua yg hadir utk ujibakat akan dilayan sama. Dan ujian yg dihadapi juga sama.
Ujian berlari 100m dibawah masa 12 saat memang benar benar menguji setiap yg hadir. Apatah lagi mereka yg tidak melepasi ujian ini tidak akan melalui ujian seterusnya, ini menampakkan betapa kesungguhan Penganjur yg mahukan hanya yg layak beraksi utk Pasukan Rakyat ini.
Namun disebalik keceriaan setiap rakyat dgn MyTeam ini, pihak FAM seakan tercabar dgn segala yg berlaku sekarang. Kata kata dari FAM seakan menidakkan usaha mencari bakat baru ini. Namun apa yg dilakukan oleh FAM setakat ini? Dimana letaknya rasa bangga dgn pencapaian anak tempatan? Atau mungkin FAM seakan risau akan Pasukan Rakyat yg bakal mereka hadapi nanti?

Reward Yourself

Isnin sebuk dgn kehadiran 2 handphone baru. Satu utk orang rumah, satu utk sendiri. jadi mcm2 la yg nak digodekkan. Transfer contacts la, transfer photos la, transfer ringtones la dan mcm2 lagi lah yg sewaktu dgnnya.

Secara tak sengaja, Ahad malam, orang rumah punya handset kong. Entah apa pasal, tiba2 terus takmau on. So keadaan menjadi sedikit kucar kacir, sebab bila takder handphone ni, memang terasa akan kesusahannya. Jadi nak tak nak Isnin aku terpaksa bawak pegi kedai utk tgk apa masalah dia. Battery dah kong! So alang2 menyeluk pekasam, biar ganti hadset baru, sebab dah lama pun duk bergaduh dgn battery lama ni, sehari 3 atau 4 kali kena charge. So bermula lah episod tukar handset baru. Dengan selambernya, dia memilih handset yg dah beberapa minggu dia idamkan, kalau plan dulu nak tunggu gaji, tapi keadaan dah memaksa, kena angkat jugak.
Tanpa disedari, aku terasa yg hasutan seperti bermain di kepala utk aku jugak menghadiahkan diriku sebuah handset baru. Tapi apa jadik dgn yg lama? Tauke kata :gua boleh angkat ini RM500 sahaja" dah cukup bagus, sebelum ni, lain tempat semua nak RM300 jer. So satu lagi tempias di telinga menyuruh aku tukar kepada yg baru. Terus angkat dua bijik baru, dan tolak 2 bijik yg lama.
Selasa, hari menjadi semakin sebuk dgn beberapa perkara. Sebuk dgn tak berapa reti nak guna handset baru dan sebuk dgn tugas di tempat kerja yg semuanya mahukan kesegeraan. Berkereta ke hulu kehilir mengejar client yg kadang2 sebuk kadang2 tidak. Hari dihabiskan dgn sedikit keceriaan oleh handset baru dan projek baru.
Pun begitu, kehadiran benda baru ini mendatangkan tanggungjawab yg baru juga. Walaupun tahap motivasi diri meningkat, namun kesibukan juga akan turut sama meningkat.
Jadi, kalau sesiapa yg dah rasa teruk sgt tahap motivasi dia, cari2 lah idea utk me'reward diri anda supaya esok akan lebih bersemangat. Sekurang kurangnya selama beberapa bulan.

Tuesday, March 28, 2006

M! The Opera

Ahad lepas. Gua turun layan M! The Opera dekat Istana Budaya, Matinee show. Terus terang gua cakap, gua memang takleh layan Opera! Gila ngantuk. Walaupun ada scene2 yg boleh mentertawakan penonton, tapi lagi byk scene yg mengantukkan gua. Gua pegi sebab nak tgk Jit Murad nyer idea jer, tapi sorry la Jit, gua ngantuk habis. So, masa rest 15 minit tu, gua blah. Nasib gua beli tiket plaing murah.

Cerita dia mcm menarik, tapi terlalu byk alunan muzik opera yg gua lemah nak layan lama lama. Memang gua bukan orang opera la. Sudah la gua masuk dalam pukul 2.45 ptg, dengan keadaan dalam yg panas. Semua yg dah masuk sebuk berkipas. May be nak jimat belanja duit letrik kut sebab minyak dah naik harga. Lepas tu, live muzik pulak berterabur duk test sound diorang. Punya la memekak nye. Yg paling tak best, show pukul 3.20 baru bak start. Tak tepati masa betul. Walau macam mana pun suara Khir Rahman memang sedap, dengan seorang pelakon kanak2 pompuan tu, "sepi" memang class budak ni nyanyi. Tabik sekali.

Tapi, gua balik dgn hati yg senang, sebab dah beli tiket utk Suzana @ 60. Kali ni gua layan matinee show jugak. Yg ni gua nak tgk sebab ada Abon dan alunan lagu lagu 60an. Harap tak menghampakan. So, sesiapa yg dah beli tiket tu, nanti kita jumpa disana.

Friday, March 24, 2006

Jamban Masjid

Ni citer tadik masa kat masjid. Aku sampai jer, seperti biasa, terus pi masuk toilet dulu nak setelkan segala sebelum masuk dalam masjid nanti.

Masuk jer, ader la dua orang tgh beratur, ader 6 pintu toilet kat dalam tu. Depan aku, ada sorang mamat, pakai smart, dari opis agaknya. Depan mamat tu, ada sorang budak pakai uniform sekolah rendah.

Dlm seminit duk tunggu orang kuar dari mana mana pintu yg ada 6 tu, belakang aku dah ada lagi 3 orang masuk line beratur. Semua tunggu dgn rilek jer, sebab kalau ikut biasanya, mana mana pintu yg orang keluar, saper yg didepan sekali dia masuk la dulu, tak kira la pintu tu depan dia ker tak.

Bila satu pintu kat depan budak sekolah tu terbuka, keluar satu mamat. Tiba tiba ada sorang pakcik yg takder dlm line tadi ni, terus jalan masuk dgn hanya bagi isyarat tangan jer kat budak sekolah yg terkedu tengok pak cik ni potong line dia.

Kami yg kat belakang ni tak sempat nak cakap apa2, semua pandang je la kat budak tadi tu dgn perasaan kesian kat dia, dan marah kat pak cik yg dah dalam toilet tu.

Budak ni yg perasan semua org duk perhatikan dia, dgn senyap2 meleleh air mata. Entah malu ker, marah ker, atau tak tahan sangat dah.

Yang paling tak berhati perutnya, pak cik tadi bila keluar jer lepas buang air (atau buat benda lain, aku tak tau la) tengok budak tu duk nangis, selamber jer kata " ler nangis apahal?". Pastu dia keluar jer selamba.

Lagi lah semua yg ada mcm baran jer tengok kelakuan orang tua separuh umur ni. Dengan ketayap putih, janggut sikat cantik pun masih tergamak buat cam tu.

Apa nak buat?

Thursday, March 23, 2006

Ketuk Magic

Pagi tadi, sebelum keluar rumah, aku lap sikit kereta, sebab nampak cam pelik sikit bonet depan tu, kena hujan petang semalam agaknya.

Sambil lap tu, ternampak temapt yg kemek sikit kat pintu depan, ni masa bukak pintu nak cepat, tak perasan devider jalan yg tinggi kat sebelah, so kemek la sikit.

Serta merta ingatan terbayang satu tempat merepair kereta di jakarta yg aku nampak. 'Ketuk Magic', canggih namanya. Dari apa yg aku tanya guide, katanya tempat org merepair kereta yg kemek ni. Kalau kat sini, tempat hantar ketuk la. Tapi yg ni magic, dia akan letak harga mengikut kadar kekemekan kereta atau pun kenderaan lain la. Dan yg paling best, takleh tgk dia buat kerja, kena hantar hari ni, esok ambik, atau hantar pagi petang ambik, ikut kesusahan atau kadar kekemekan tadi la.

Harga dah tentu mahal dari kedai ketuk biasa, sebabnya takder kesan ketuk lansung. Cantek dan menarik dan tertarik, (kau memang da bomb!). Lepas tu, cat dia pun takder terjejas lansung. Walaupun sebelum tu, teruk giler. Biasanya dia akan buat kerja ni masa malam. Dan dlm satu garaj atau garasi atau tempat yg bertutup, yg org luar takleh nampak. Cuma kekadang tu dgr jer ketukkan tu dr luar. Dan mamat ni akan buat kerja sorang2 dia jer. Pastu takder nampak sebarang peralatan lansung yg dia gunakan. Yer la, kalau tak, takder la magicnya kan.

So, kalau difikir secara logiknya, dia ni pakai apa? Jin la, apa lagik. Sebab takkan dia nak upah bigfoot lak kan, mana ada bigfoot kat jakarta. Dan satu lagik, sure penuh bulu bigfoot tu dgn cat nanti. Dan selain jin, saper lagik yg dirasakan layak nak buat kerja magic cam ni.

Dan kalau lah jin ni betul bagus. Kenapa nak ambik client yg kereta kemek jer. Takleh ker tambah minyak dlm tank ker. Tambah bunga tayar ker. Tambah date roadtax ker atau tukar cat baru. Mesti lagik ramai orang datang. Mungkin tak lama lagi adalah tu, sebab minyak dah naik ni kan.

Wednesday, March 22, 2006

Diorang Menang Lagi

Setelah beberapa minggu merasakan kenaikkan minyak, pelbagai andaian yg berlegar dlm kepala hotak. "Bila minyak dah naik ni, ramai yg dah taknak naik kereta" "Ramai yg dah mula naik kenderaan awam, bas, teksi, lrt, komuter dan berkongsi kereta" Itu yg disaran kerajaan.
So bila dah ramai mcm tu, stesen minyak pun kurang lah orang datang. Pastu nanti mengamuk lak pengusaha stesen minyak, sebab bisnes dah turun.
Pastu akan kurang lah kereta di jalan jalan raya setiap hari. Dan akan kurang lah kenderaan yg menggunakan jalan ber TOL, so nanti pengusaha tol pulak akan memberontak marah sebab dah tak masyukkk.
Pastu akan tak ramai yg akan duduk minum di kedai kedai kopi atau yg paling biasa kedai kedai MAMAK tepi jalan. Sebab dah tak sempat, nak kejar bas la, lrt la, komuter la, nak tumpang kawan la. So nanti mamak semua baran, sebab takder orang nak minum teh tarik dia yg dah terpaksa dikurangkan pewarna.
Parking dekat shopping kompleks akan sentiasa ada kosong sebab dah ramai tak naik kereta sendiri. Then nanti parking kereta akan naik harga pulak sebab dah kurang pendapatan harian. Mamat pet pulak akan naikkan parking motor dari singgit ke 2 ringgit sebab dah kurang motor dtg parking.
Makcik makcik jual kuih tepi jalan akan naikkan harga kuih sebab dah tak ramai berenti sebelah jalan beli kuih, semua dah naik bas, takkan nak suruh driver bas berenti lak kan.
Tapi semua tu HARAPAN jer. Sebab orang akan pergi kerja dan balik dgn kereta sendiri seperti biasa. Isik minyak akan lebih dari dulu. Harga kuih dan teh tarik akan tetap naik. jalan akan sesak gak mcm semalam gua balik kerja.

Ni dekat MRR2 menghala Ampang dari Kencana.


Ni dekat bawah flyover dekat Flaminggo Ampang.

So, kerajaan menang lagi!

Tuesday, March 21, 2006

Sebenarnya....

Sedar tak sedar, masa dah berlalu begitu pantas. Kalau dilihat semula kebelakang, mula mula dulu aku pakai handset Sagem. Bagak jugak la, walaupun masa tu dah kira menarik la handset aku ni, siap boleh sms. Masa tu pakai prepaid 013. Pergh tu kira canggih habis la tu.

Lepas tu, dah mula kerja aku tukar pakai Ericsson T28. Ni memang kecik pastu design dia yg buat aku nak sangat pakai. Yg paling best, 'petik kat tepi jer, flip dia terbukak sendiri'. Tak ke poto jer tu kalau kat tgh lrt ker, tengah beratur nak renew lesen ker, tiba2 phone bunyik. Walaupun lagu monotone jer kan, tapi bila tekan terus kuar flip tu, terus orang semua tgk jer. Bongkak la masa tu. Tapi pakai tak lama, problem dgn board dia, lingkup, repair terus jual.

Lepas tu pakai Nokia 8210, yg ni kecik jer, senang. Model sebelum butterfly tu. Yang ni gua jumpa jer, masa nak kuar pegi beli kuih dekat ampang. Terus pakai lama la jugak. Takder masalah lansung.

Dapat satu payment, teringin nak tukar handset. Tukar pakai Nokia jugak, kali ni yg oren jenis getah tu, Nokia 5210. Nampak menarik sebab color casing dia. Pakai jer yg ni, yg lama tu dgn sendirinya hilang. Tak tau saper ambik. Orang kata handset tu dipinjamkan jer, mungkin betul jugak, sebab gua pun jumpa jer.

Lepas tu belik Sony Ericsson Z200 flip yg kecik tu. Function tak byk sgt, tapi design menarik. Sebab tu gua beli. Dlm RM500 jer kut. Yg ni masih elok lagi, cuma battery jer lemah sikit, kena selalu charge. Sekarang pakai O2 Xphone II. Yang ni beli dlm auction kat internet, dapat harga murah!

Sedar tak sedar dah belambak handset gua pakai. Maybe seminggu dua ni nak tukar lagik, hahahhaha...so tgh nak mempromo handset ni nak jual.....so sesaper berminat tu kasik tau....

Sebenarnya dalam panjang panjang menaip ni, gua tgh mencarik sesiapa berminat nak belik handset gua ni....tu jer....

Monday, March 20, 2006

Payung

Dalam masa kini, payung bukan lagi perlu disediakan sebelum hujan, malah sebelum panas jugak. Membaca kolum Kalimullah Hassan di NST The Sunday Column, semalam terasa amat keperluan sedikit simpanan sudah tidak memadai, malah simpanan perlu sebanyak yg mungkin.

Sekarang, deposit utk mendapatkan rawatan di hospital swasta menjangkau ribuan ringgit. Dan jika tidak dibayar, pesakit tidak akan dialayan. Ini memang berlaku. Namun hakikatnya tidak semua mampu.

Benar, terdapat puluhan hospital kerajaan yg bersepah di seluruh negara. Tapi apa akan jadi jika satu kes yg serius dan jauh dari hospital kerajaan. Atau mungkin perjalanan ke hospital kerajaan yg jauh ini boleh menjadikan pesakit lebih serius.

Disaat begini, ternyata keperluan credit card dan insuran sangat2 berharga.

So, periksa payung anda dan pastikan boleh diguna dimasa panas dan hujan.

Wes Brom 1 Man Utd 2

Kalau minggu lepas Rooney sumbat 2 gol, minggu ni Saha mengamuk dgn 2 gol jugak keatas Wes Brom. keputusan ni jugak membayangkan akan lama lagi Nistelrooy berada dibangku simpanan.

Gol pertama dibantu sepakan sudut Giggs.


Gol Kedua hasil gerakan menarik Ronaldo.

Namun berita yg paling menarik ialah kekalahan kontroversi Chelsea dengan Fulham, 0 - 1. Berakhir dgn kad merah keatas Gallas dan gol jaringan Drogba yg tidak dikira.

Friday, March 17, 2006

sayap ilusi

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Wings (Album Naga Keramat)
Sayap Ilusi
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Semakin jauh
aku renungi diri
semakin dekat
kekasih di hati

dia mentari
akulah sinarnya
dia lautan
akulah airnya

kalaulah ada
selain dari mu
biar ku hancur
dan menjadi debu

bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta sakti mu
menghukum aku dengan dusta
neraca dunia hakimnya

kerana cinta
biar aku di anggap gila
terbang dengan sayap ilusi
bertutur dalam bahasa hati

bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta sakti mu
menghukum aku dengan dusta
neraca dunia hakimnya

bila hadir cinta yang satu
jangan di tanya siapa dia
tanya dia siapa kita
dan pulang ke mana akhirnya

kerana cinta
biar aku di anggap gila
terbang dengan sayap ilusi
bertutur dalam bahasa hati

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Dah 2 minggu duk layan lagu ni, tak tahu sampai bila, setakat ni lagu la...
Lagu ni Isma Halil Hamzah selalu mainkan bila dlm kisah seram kat THR dulu...

Sesapa yg teringin nak dgr tu, tapi tak dapat nak carik, email la, nanti gua nyanyikan....

Rezeki Jumaat

Kereta dah masuk 3 minggu tak berbasuh. Sekali pandang dah macam lori hantu yg mengangkut tanah merah dari bukit dekat Pulau Sayak ke Haji Kudong utk penempatan baru mangsa Tsunami di Kuala Muda. Dua kali pandang dah tak mau pandang lagi dah..

Tapi bangun jer pagi tadi nak keluar, bila masa nak panaskan enjin, bapak mertua tgh duk mengelap kereta aku, isk, terasa ketebalan pipi seakan buku panduan telefon tahun 1999 yg masih ada kat opis aku ni. Tapi dgn manchonya rilek berjalan keluar pagar membuang sampah yg dikumpul semalam. Seperti tiada apa apa yg pelik berlaku.

Kalau semalam sebuk pasal takder projek. Hari kelam kabut dgn 3 LO dari gomen yg nak kena delivery start next week. So rezeki ada dimana mana. Alhamdulillah.

Kalau semalam sebuk ulang alik ke serdang ukur badan orang, hari ni dah lega sikit bila dapat quotation dari Bandung. So gua turun 15 April ni. Bisnes trip la kunun.

So, kalau tak hujan petang ni, akan aku basuh kereta ku ini. Kalau tak hujan la. Dan sekejap lagi nak pekena yong tau fu dekat masjid. Pergh...dah terbayang dah kangkung dgn telur puyuh....

Dan kepada yg sudi menjengah ke blog aku ni, terima kasih daun keladi tua, lain kali datang la lagi tunjuk muka.....

Thursday, March 16, 2006

Batik, Songket dan Ikan Koi

Semalam, dalam kesibukan harian pejabat, kami didatangi seorang rakan kongsi lama yg kini bertugas sebagai salah seorang "kuat" kepada seorang menteri. Lama tak bersembang dan bermakan makan dgn dia ni. Orangnya hebat, dgn gaya dan perwatakan yg memang berkeyakinan.

Isu yg paling menarik ialah tentang kenaikkan harga minyak dan tentang rungutan para usahawan yg resah dgn kekurangan projek projek kerajaan. Kemudian disambung dgn cerita Khairy dgn Kalimullah. Memang hangat.

Mana tak nya, kalau satu tender yg keluar di Ampang, satu Malaysia punya usahawan dtg beli borang tender. Tak ker nampak sangat dah semakin susah nak mencari makan sekarang ni.

Semua seakan menunggu apa yg akan dibentang oleh Pak Lah dlm RMK9 nanti. Itupun kalau2 ada lah projek yg mungkin akan dapat membantu usahawan2 kecil. Katanya tak akan ada lagi 'direct nego', semuanya mesti melalui tender ataupun sebut harga. Bukan ker dari dulu macam ni?

Isu minyak naik harga, memang panas lah. Nak pulak semalam Cik Det pi buat komen pulak bagaimana nak tackle isu ni. Katanya kalau nilai ringgit kita kukuh, tak kan terasa kenaikkan harga minyak ni, sebab harga minyak ni bergantung kepada nilai dolar. memang betul lah tu, cuma ada ker orang nak dgr kata dia ni? Atau ader ke orang nak bersungguh2 perkukuhkan nilai ringgit kita disebabkan Cik Det kata mcm tu?

Najib pulak kata isu minyak ni dah tamat. Katanya rakyat kena terima hakikat yg harga minyak ni akan naik. Tapi takder ke terfikir mcm mana nak jadikan isu minyak ni tak berapa dirasai bebannya oleh rakyat. Jgn hairan dgn kenaikan harga minyak ni, harga barangan lain akan naik, dah memang bersangkut pun. Jgn pulak nak bandingkan harga minyak kita dgn negara jiran, sebab bila minyak dah mula dibanding, benda lain gak akan turut dibanding. Sebagai contoh, di Thailand, harga minyak mahal, tapi harga barang makanan murah, harga kereta murah, harga rumah murah. So memang tak sama lansung dgn kita.

Bila sebut tentang cara Pak Lah, ramai yg mengeluh. Entah kenapa?

Mungkin sikit masa lagi ramai yg mula berniaga batik, songket dan ikan koi.

Wednesday, March 15, 2006

Sembang EPL

Bila dah menghampiri hujung musim ni, makin banyak cerita tentang perpindahan pemain terdengar. Sebelum tu nak citer skit tentang kehebatan Rooney bila menjaringkan 2 gol semsa bertemu Newcastle last Sunday. Sepatutnya banyak lagi gol yg dia boleh dapat selain Saha yg asik terlepas atau termissed dari gol. Setelah 3 atau 4 game tanpa Nistelrooy dalam 1st 11, Rooney jelas menampakkan yg beliau perlukan Nistelrooy dlm gandingannya. Apa akan ferguson buat lagi minggu ni, kita sama2 tunggu.
Selain tu, Henry semakin menghampiri jaringan Nistelrooy bila dapat 2 bijik dari Liverpool. Walaupun pujian harus diberi kepada Gerard yg sengaja kasik gol kemenangan tu.
Mula terdengar ramai pemain yg akan berhijrah. Paling hangat ialah perpindahan Ballack yg dikatakan hanya akan berbincang dgn Chelsea sahaja. Kalau awal2 dulu dia tak mengaku, sekarang dah dekat nak habis kontrak, dia mula nak demand.
Katakan Ballack memang join Chelsea, dia semestunya akan digandingkan dgn Lampard di bahagian tengah. Apa akan jadi kepada Isien dan Makelele yg satu ketika dulu gah direbut pelbagai kelab ternama England. Isien mungkin akan kerap kali memanaskan bangku simpanan. Makelele mungkin akan berhijrah ke Man Utd. Ini semua ramalan pundit pundit yg gua baca.
Sehari selepas Wenger menafikan perpindahan Beckham ker Arsenal dan tentang perbincangan Henry dgn Inter Milan, kini perbincangan Fabregas dgn Real Madrid pula dinafi. Mungkin Wenger takkan mudah melepaskan bintang muda yg diasah sekian lama dengan sewenangnya.
Satu lagi isu, Owen mungkin kembali ke Liverpool setelah tak berjaya nak melakar sebarang rekod baik di Newcastle. Kalau Fowler boleh kembali, kenaper Owen tidak?

Tangan Kaki Dan Mulut

Penyakit yg sedang menular di Sarawak kini telah dipastikan terdapat di Kedah.

Mangsa terbaru semalam di Sarawak ialah seorang kanak2 perempuan yg berusia 2 tahun. Kes telah dilaporkan meningkat lebih 4000.

Apa yg perlu diketahui tentang penyakit ni?

Antara Tanda Tanda:

1. Jangkitan selalunya bermula dari tekak (seperti sakit tekak)

2. Demam (suhu badan naik)

3. Rashes / blister di bahagian tangan, kaki dan mulut. Kadang-kala ia terjadi pada punggung

4. Blister di bahagian mulut menyebabkan bayi atau kanak-kanak menolak bila diberikan makanan.

5. Masalah ini boleh menyebabkan selera makan kanak-kanak terbabit terjejas

6. Rasa pening dan lemah badan

7. Muntah dan cirit-birit


Walau apa pun, di kawasan semenanjung penyakit ni tak berapa serius. Di Sarawak dikatakan telah mula bersangkutan dgn coxsackie, tu yg menyebabkan kematian.

Nasik Lemak Singgit

Pagi ini badan terasa lemah sikit, mcm nak demam pun ada. Tapi aku tak nak demam. So lepas mandikan zaref yg bangun lagi awal dari aku, aku msg Pak Cha mengatakan tak berapa larat nak berjanji temu dgn dia, mungkin esok saja.
Sejurus turun nak panaskan enjin kereta, sempat tgk zaref duk menyembur mulutnya, ni benda baru yg dia belajar semalam. Habis semua org kena sembur air liur dia.
Motivasi hari ni ditahap yg agak baik. Tersenyum jer dlm kereta sepanjang perjalanan ke opis. Singgah pulak beli nasik lemak singgit, BERJAYA!
Terus angkat 2 bungkus. Manalah tahu kut ada sesapa kat opis, bleh la makan sama sama. Tapi malangnya, takder sapa. So tengah hari ni dah ada lunch.
Masuk jer opis, on laptop, terus masak air. Hajat nak buat milo tarik. Pergh... sedapnya...Apa yg jadik seterusnya hanya dapat digambarkan dgn gambar!!

Tuesday, March 14, 2006

Malas

Kemalasan melanda setelah 2 hari memulakan kerja di minggu ketiga bulan 3 ni. Entah kenapa lah. Mungkin sebab payment yg disangka minggu ni terlepas pandang oleh seorang pegawai yg bertugas utk membuat voucher, lansung terus menyebabkan semua plan orang lain tertunggak. Atas alasan dia terlepas pandang sekeping LO yg telah di tanda tangani, 2 pegawai lain terbabit menanggung akibat.

Bukan apa, cuma mencongak rutin seorang pekerja kerajaan yg mungkin leka dgn tugas harian yg biasa, atau mungkin tugas diluar bidang kuasa yg sengaja dibuat. Membuatkan semua kerjanya tergendala. Atau mungkin sengaja melengahkan kerja yg memang diketahui tidak akan menjejaskan sedikit pun perjalanan harian beliau.

Sedang akibatnya, aku yg malas. Atau aku sengaja malas. Tapi setiap yg diatur dua hari ini sering terganggu dgn kecelaruan jadual orang lain. Kita hanya merancang....

Esok sekali lagi aktiviti dirancang dgn teliti. tapi mungkin akan berubah bila malam tiba, atau bila hampir dgn masa. Kita tak tahu. Kita tak kuat utk memastikan semuanya berjalan dgn lancar. Kita tak berkuasa nak menentukannya. Kita hanya merancang....

Apa-apapun, sudah terancang, ahad ni nak tgk M d opera! dekat istana budaya, so sekali lagi tak dapek nak confirm, sebab masih di awal minggu.

Apa yg ko merepek ni setannnnnn!!!!

Tuesday, March 07, 2006

Biol

Kebiolan yg amat sgt terasa hari ini. Bilamana terjaga dalam keadaan terkejut, melihat si isteri sedang bersiap utk ke pejabat, anak sebuk mengesot2 kekiri kekanan, aku terlihat jam dihujung katil sudah lapan lebih. Jam 4 semalam terjaga akibat alarm handphone yg dikunci sendiri berbunyik. Tandanya match Man Utd dgn Wigan dah nak start. Selesai selepas 2 jam, kepuasan terus melanda lagi.

Terpandang tayar depan yg agak melampau kotornya, teringat semalam memang nak hantar basuh, tapi hujan. Sejenak bila masuk kereta, sony cd player dimainkan, berkumandang lagu 'diatas normal'. Kekotoran tayar depan lansung hilang dari fikiran.

Keluar dari rumah dgn planning nak hantar cadar kat auntie dobi. Tersentak dari lamunan bila kenderaan yg dipandu sudah melepasi 7 eleven. Hampes, terlepas hajat nak berjumpa auntie dragon ball. Ini semua gara gara budak naik basikal lintas ikut suka dia depan aku. Lansung terlupa jadual yg sepatutnya.

Jadual pagi terus terubah dgn sendiri. Kali ini ditetapkan akan ke Mardi utk sesi ukuran bentuk badan para tecnichian yg akan beuniform baru minggu depan. Kaki dgn gaya Schumacer, terus menekan pedal minyak tanpa menghiraukan harga minyak yg dah naik. Sampai di persimpangan Pandan Indah, keadaan menjadi sedikit perlahan. Kereta dan kenderaan lain sebuk memenuhi ruang legar jalan raya MRR2 yg belum retak ini. Sekali lagi jadual berubah dgn sendirinya.

Kalau tadi, kaki yg bertindak, kali ini tangan dgn pantas memetik signal kekiri utk masuk terus ke Pandan Indah. Macet total', kensel la nak ke Serdang. Kepala hotak terpikir nasi lemak singgit yg power dekat depan maybank. Dgn niat yg suci lagi ikhlas, terus nak pergi depan maybank cepat2 utk mendapatkan nasik lemak yg tak selalu berjaya dapat. Pukul 930 pagi dah setel selalunya.

Sampai sebelah trafik light, lampu hijau menandakan belokkan kekanan boleh lalu. Tangan sekali lagi dgn pantas membelok kekanan utk terus ke laluan biasa ke opis. Nasik lemak terlepas lagi buat kali yg ke enam belas. Esok cuba lagi.

Cover Malu

cara2 nak cover malu....

1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..
2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saje2 buat lawak...
gambar sekadar hiasan
3. kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...
4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org menyangka anda seorg yg amat prihatin terhadap kebersihan....
5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda....
(sumber : YM)

Dendam Wigan tak terbalas

Kesungguhan Wigan utk membalas dendam diatas kekalahan teruk mereka di perlawanan akhir Carling Cup minggu lalu tidak terbalas setelah kalah buat kali kedua dgn Man Utd awal pagi tadi. Wigan yg bermula agak garang, tidak berjaya mendapatkan sebarang gol di separuh masa pertama perlawanan.

Namun, setelah berusaha terus, Wigan berjaya mendahului pawan dgn satu gol pada minit ke 59 hasil cubaan Paul Scharner.

Kegembiraan tidak lama, apabila pemain gantian Ruud Van Nistelrooy yg dimasukkan berjaya mengumpan bola ke dlm petak penalti sekaligus disambar oleh Christiano Ronaldo bagi mengikat kedudukan 1 sama.

Akhir sekali, beberapa saat sebelum masa tamat, kesilapan pemain pertahanan Pascal Chimbonda memberi mata penuh kepada Man Utd setelah cubaannya menahan sepakan Louis Saha terus masuk kegawang Wigan.

Monday, March 06, 2006

Isnin

Pagi isnin tadi, mula dgn sedikit kelembapan. Dah setel kasik zaref mandi, mak dia bawak turun, aku masih bengong lagik.

Bukan ESPN, tgk result Tiger Woods menang Ford Championship dgn '20 under'. Memang dari day one dia lead, so dah agak dia akan menang la.

Pastu tgk plak result EPL. Man City menang, Spur pun menang. Hari sebelumnya tu, Chelsea menang jugak dgn sedikit kontroversi kad merah Arjen Robben. Arsenal nasib baik jer menang. LiverFool pulak seri 0-0 kat Anfield.

Yang paling best pagi esok, Man Utd akan belasah Wigan lagi sekali, sebab tak berapa puas dgn kemenangan Carling Cup hari tu. Kemungkinan pagi esok nistelrooy turun, so agak2 dalam 8-0 la kut.

Yang tak kurang best, pagi tadik tgk email, team kodoks dapat no 3 dlm bowling tourney kat ampang point. So tahniah la kepada sesiapa yg mewakili tu.

Friday, March 03, 2006

Showcase Biobisnes Mardi 2005

Belon showcase ni memang nampak cun dari jauh. Sebab warna yg memang terang dan masyuk. Nak menaikkan belon ni susah jugak, sebab berat.

Ni pentas perasmian yg dikhaskan untuk para VIP, dan kami nak pasang back drop kat sini. Tinggi lebih kurang 10 kaki.

Mula mula pasang memang susah sikit. Sebab nak ejas kasik sama kiri kanan, benda besar mcm ni, kalau tak sama nanti, boleh nampak sangat. Kekemasan binaan papan belakang tu pun mempengaruhi pemasangan back drop kami ni. Nak nak pulak ada mandur yg tak berapa tinggi tu.


Bila dah start separuh jalan, kerja jadik mudah la sikit. Lagi mudah tanpa gangguan Krix.

Kat hujung ni payah sikit, sebab nak dapatkan ketegangan yg baik, kalau tak nanti jatuh lak tgh tgh Pak Lah berucap.

Siap bahagian tengah. Sekarang tinggal ejas sikit sikit jer.

Bahagian bunag tepi pasang asing. Sebab pentas bengkok. Entah saper yg design pentas ni pun taktau la.

Ni kerja sambilan yg dapat utk majlis showcase ni.

ni pun satu lagi kerja sambilan.


Projek NRE

Ni bangunan NRE baru di putrajaya. Kalau dulu dekat Wisma Tanah jalan Semarak, sekarang dah semua pindah dekat sini. Lokasi bersebelahan Palace of Justice.

Sticker Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ni siap dalam masa seminggu. Design semua Fizi yg buat. Aku print jer. Diorang order 1000 pcs jer, harap2 tahun depan order lagik.

Lepas tu, aku start install frosted tinted dekat bilik stor NRE tingkat bawah bangunan baru diorang kat Putrajaya ni. Benda ni ambik masa sikit la, sebab siap ader design2 sikit.
Mula mula kena ukur dan potong frosted film ni ikut besar mana nak ditampal. Then koyak dan sambil2 tu, semburkan cecair pencuci cermin, ni nak bagi senang ejas masa nak tampal kat cermin nanti. So bila dah ejas baru la potong.

Bila tampal, kena sembur lagi, sebab frosted film ni dah ader gam dia, so untuk mengelakkan dia melekta sebelum diejas, kena la sembur lagi biar licin.

Bila dah siap ejas dan dilekat dgn baik, pastu potong mana yg terlebih, ni baru nampak cantik dan kemas. Frosted film ni memang takleh nampak mana mana belah pun, sebab cahaya takleh masuk lansung.

Pastu kalau nak buat design sikit, kena la potong mcm pintu ni, baru nampak lain sikit. Kalau tak kosong jer la. Dan yg paling cun, bila buat logo mcm kat bawah ni. Memang ambik masa sikit masa nak install sebab logo nya renyah sikit. Pastu install kat pintu automatik lak tu, bila pintu tutup baru logo tu penuh.

Thursday, March 02, 2006

Brunch

entah betul ker tak perkataan aku tu, brunch! pukul 9.30 am tadi aku bergerak terus ke Mardi Serdang. Dalam perjalanan tu perut berkeroncong teringatkan belum makan pagi lagi ni. Selalunya akan disulami dgn setidak tidaknya, sebijik karipap Bedah. Atau segelas air teh O suam. Tapi hari ni entah apahal aral melintang, terlupa semua tu. Mungkin sebab semalam tidur lambat tgk live friendly match world cup kat astro. Brazil menang sebijik jer dgn Russia, itupun kerana jaringan tak sengaja Roberto Carlos yg cuba di usik oleh Ronaldo. Ramai yg nampak bola terkena tangan Ronaldo, tapi ref kata ok. Kautim kira gol. England lak selamat di saat akhir bila berjaya menang 2 gol berbalas 1. Anyway, bukan nak cerita pasal bola yg memang tgh hangat sekarang ni, tapi pasal brunch.
dekat dekat nak sampai Mardi, aku call zizan. Dia tgh lepak kat kantin yg baru pindah. Kalau dulu kantin kat dalam sana, sekarang kat luar sikit. Ni semua pasal tapak tu nak ditukar ke tapak MAHA 2006 nanti. Aku terbayangkan ikan kembung masak asam pedas!
2 minggu lepas aku pergi kesana time yg sama. Zizan kata jom minum kat belakang. Aku yer jer, mana mana pun sama jer. Nak minum pagi..bukan nak makan apa apa pun. Sampai jer ramai org melepak tgh sembang dan makan sikit sikit jer. Tapi bila nampak ikan kembung masak asam poedas tu, selera bertukar dari nak makan pagi terus ke makan tengahari. Pukul 9.45 am dah pekena nasik putih dgn ikan kembung asam pedas. Perghhhhh power!!!
hari ni sama jugak. Sampai jer, aku tgk kantin semakin penuh, sebab mungkin dah makin dekat dgn pejabat. Kali ni laki perempuan sama ramai. Yang paling peliknya, semua tgh layan nasik putih. Padahal jam baru 9.45 am. Betul ker diorang ni? Kang nanti time lunch diorang makan apa pulak? Dalam kepelikan tu aku terpandang ikan kembung asam pedas. Jeng jeng jeng..... lemah terus semangat. terus dgn muka tak malu, pergi beratur ambik nasik.
zizan bantai gelak. Katanya dah macam org nak ke bendang, pagi pagi dah kena nasik putih dgn lauk berat berat. Betul gak tu, ada mcm nelayan pun ada jugak. Apa nak buat, lapar terus tgk ikan kembung tu.

Wednesday, March 01, 2006

Layan

Balik dari Putrajaya, terasa amat kepanasan menusuk hingga ke gegendang telinga kiri. Silau mata bila pantulan cahaya yg menjengah cermin kereta yg tak bertinted terkena sun glass murah yg selalu tergantung dalam kereta. Zaref suka tgk sun glass ni bergoyang goyang bila dia duduk atas riba mak dia kat depan. Dia layan jer, kadang kadang sampai tertidur macam tu jer.

Kepanasan terasa lagi kuat bilamana alunan lagu Mawi dgn M Nasir berkumandang di corong spiker Sony yg baru tukar semalam. 350w tu. Terus dinaikan lagi volume supaya lebih layan. Entah brother jaga tol dengar agaknya. Sebab macam terkejut jer dia pandang tadi, walaupun aku lalu lorong smart tag.

Masuk highway sungai besi menghala ke KL, kuar pulak lagu Hazami, Kata. Layan lagi, walaupun ada yg kata dia ni auw auw. Tapi lagu ni memang layan.Dia ni pun bila nyanyi ok jer, takder nampak sangat ke...an dia tu. Tapi bila bercakap tu ader lain sikit. Saja atau memang cam tu, susah nak teka. Lantak dia la, asal kan lagu dia aku download, bukan beli cd pun.

Lalu Highway sungai besi ni bahaya. Dah ada 3 saman speeding aku kat sini. Entah area mana polis duduk, atau camera tu diorang pacak. Memang berkesan la taktik diorang ni. Mana tak nya, start dari keluar tol serdang tu nak ke tol sungai besi, speed limit 90kmh jer. Boleh tahan ker kereta yg cc tinggi tinggi ni? Mana boleh. Kalau jalan tu jem lain la cerita, ini jalan cantik jer. Layan la kan. So mula dari sekarang, aku berjaga jaga kat sini, ikut jer speed limit dia tu. Asal tak kena saman lagi sudah.

Balik sampai opis, semua terbongkang tidur. Panas sangat kut. Atau nak melupakan rasa lapar. Nak turun makan semua malas. Jauh. So aku bukak lagu instrumental gamelan dari sunda. Layan.

Shots