`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: MyTeam Vs Malaysia

Wednesday, March 29, 2006

MyTeam Vs Malaysia


Menonton Siri 2 MyTeam semalam, terasa akan kehangatan bolasepak tempatan kembali menyinar. Walaupun belum tahu sejauh mana kejayaan Program Realiti TV ini, namun permulaannya sedikit membuat kaki terketar menanti 28 May 2006 ini dimana pasukan ini akan menentang pasukan bolasepak Negara di Stadium Bukit Jalil.
Apa yg ingin dikongsi ialah, usaha MyTeam masuk keseluruh pelusuk tanah air bagi mencari bakat bakat terpendam dengan cara yg tak pernah dibuat oleh Kementerian Belia Dan Sukan mahupun FAM. Usaha yg patut dibanggakan dan diteruskan sehingga bila bila.
Siri 1 MyTeam, melihatkan seluruh anak Johor dan Melaka tidak mengira usia turun memperlihatkan bakat mereka bermain bolasepak yg selama ini hanya diketahui oleh mereka yg terdeka atau pun diri sendiri sahaja. Tidak timbul isu usia muda atau tua. Isu lelaki atau perempuan. Isu telah bekerja atau masih belajar. Isu kaya atau miskin. Semua yg hadir utk ujibakat akan dilayan sama. Dan ujian yg dihadapi juga sama.
Ujian berlari 100m dibawah masa 12 saat memang benar benar menguji setiap yg hadir. Apatah lagi mereka yg tidak melepasi ujian ini tidak akan melalui ujian seterusnya, ini menampakkan betapa kesungguhan Penganjur yg mahukan hanya yg layak beraksi utk Pasukan Rakyat ini.
Namun disebalik keceriaan setiap rakyat dgn MyTeam ini, pihak FAM seakan tercabar dgn segala yg berlaku sekarang. Kata kata dari FAM seakan menidakkan usaha mencari bakat baru ini. Namun apa yg dilakukan oleh FAM setakat ini? Dimana letaknya rasa bangga dgn pencapaian anak tempatan? Atau mungkin FAM seakan risau akan Pasukan Rakyat yg bakal mereka hadapi nanti?

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

mungkin kejadian nusa mahrusi & BAM berulang? entah!

ingat tak siri 1 my team, ada seorang brader dah agak berumur bdn gempal2 sket. 100m under 12 sec lepas u. hehe... aku? belum tentu!

Wednesday, March 29, 2006 2:24:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

atok : aku tak sabar nak tunggu pasukan malaysia kena belasah!!

tabik la kat Shebby sebab berani nak buat benda ni, walau ramai jugak yg tak setuju dgn dia....

Wednesday, March 29, 2006 2:39:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku harap sangat2 myteam ini dapat mengembalikan semangat dan keunggulan berbolasepak macam zaman2 kegemilangan super mokh, chin aun, santokh singh, hassan sani dan yang lain2 tu.

Cara mencari bakat2 terpendam macam tu memang agak berkesan. Aku tak segan silu mengakui.

Wednesday, March 29, 2006 2:43:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple : betul tu, sebenarnya ramai lagi yg betul2 bagus kat luar sana, cuma takder saper yg betul2 nak pegi carik... yg diornag sebuk nak buat event mcm2 utk kaut untung...

Wednesday, March 29, 2006 2:52:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

biar teketor ckit kaki team malaysia , lg2 org politik kat atas 2, mcm presiden FAM....

Tuesday, May 02, 2006 11:43:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

pasukan malaysia pun bukan hebat mane..harap my team tewaskan mpasukan malaysia.

Wednesday, May 03, 2006 9:02:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Banyak org kata pasukan MyTeam mesti pressure kena lawan ngan Malaysia..ala...bagi aku..pasukan Malaysia yang patut pressure..sebab MyTeam tu kalau kalah takpe..sebab diorang kan 'pasukan segera'?????<---(merujuk kepada kata2 'orang tu')..kalau Malaysia kalah tu yang malu...harap-harap la MyTeam menang!..sebab aku tengok MyTeam pun macam dah improve..aku pun tak sabar nak tengok Malaysia kena belasah..x suka la org yg cakap besar ni...

Friday, May 26, 2006 9:37:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

What a great site Pornstar kelly erikson tickling mature women dangerdave cf memory for canon camera teenplanet voyeur breast enhancement merced ca

Thursday, February 01, 2007 11:13:00 AM  

Post a Comment

<< Home