`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Projek NRE

Friday, March 03, 2006

Projek NRE

Ni bangunan NRE baru di putrajaya. Kalau dulu dekat Wisma Tanah jalan Semarak, sekarang dah semua pindah dekat sini. Lokasi bersebelahan Palace of Justice.

Sticker Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ni siap dalam masa seminggu. Design semua Fizi yg buat. Aku print jer. Diorang order 1000 pcs jer, harap2 tahun depan order lagik.

Lepas tu, aku start install frosted tinted dekat bilik stor NRE tingkat bawah bangunan baru diorang kat Putrajaya ni. Benda ni ambik masa sikit la, sebab siap ader design2 sikit.
Mula mula kena ukur dan potong frosted film ni ikut besar mana nak ditampal. Then koyak dan sambil2 tu, semburkan cecair pencuci cermin, ni nak bagi senang ejas masa nak tampal kat cermin nanti. So bila dah ejas baru la potong.

Bila tampal, kena sembur lagi, sebab frosted film ni dah ader gam dia, so untuk mengelakkan dia melekta sebelum diejas, kena la sembur lagi biar licin.

Bila dah siap ejas dan dilekat dgn baik, pastu potong mana yg terlebih, ni baru nampak cantik dan kemas. Frosted film ni memang takleh nampak mana mana belah pun, sebab cahaya takleh masuk lansung.

Pastu kalau nak buat design sikit, kena la potong mcm pintu ni, baru nampak lain sikit. Kalau tak kosong jer la. Dan yg paling cun, bila buat logo mcm kat bawah ni. Memang ambik masa sikit masa nak install sebab logo nya renyah sikit. Pastu install kat pintu automatik lak tu, bila pintu tutup baru logo tu penuh.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home