`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Layan

Wednesday, March 01, 2006

Layan

Balik dari Putrajaya, terasa amat kepanasan menusuk hingga ke gegendang telinga kiri. Silau mata bila pantulan cahaya yg menjengah cermin kereta yg tak bertinted terkena sun glass murah yg selalu tergantung dalam kereta. Zaref suka tgk sun glass ni bergoyang goyang bila dia duduk atas riba mak dia kat depan. Dia layan jer, kadang kadang sampai tertidur macam tu jer.

Kepanasan terasa lagi kuat bilamana alunan lagu Mawi dgn M Nasir berkumandang di corong spiker Sony yg baru tukar semalam. 350w tu. Terus dinaikan lagi volume supaya lebih layan. Entah brother jaga tol dengar agaknya. Sebab macam terkejut jer dia pandang tadi, walaupun aku lalu lorong smart tag.

Masuk highway sungai besi menghala ke KL, kuar pulak lagu Hazami, Kata. Layan lagi, walaupun ada yg kata dia ni auw auw. Tapi lagu ni memang layan.Dia ni pun bila nyanyi ok jer, takder nampak sangat ke...an dia tu. Tapi bila bercakap tu ader lain sikit. Saja atau memang cam tu, susah nak teka. Lantak dia la, asal kan lagu dia aku download, bukan beli cd pun.

Lalu Highway sungai besi ni bahaya. Dah ada 3 saman speeding aku kat sini. Entah area mana polis duduk, atau camera tu diorang pacak. Memang berkesan la taktik diorang ni. Mana tak nya, start dari keluar tol serdang tu nak ke tol sungai besi, speed limit 90kmh jer. Boleh tahan ker kereta yg cc tinggi tinggi ni? Mana boleh. Kalau jalan tu jem lain la cerita, ini jalan cantik jer. Layan la kan. So mula dari sekarang, aku berjaga jaga kat sini, ikut jer speed limit dia tu. Asal tak kena saman lagi sudah.

Balik sampai opis, semua terbongkang tidur. Panas sangat kut. Atau nak melupakan rasa lapar. Nak turun makan semua malas. Jauh. So aku bukak lagu instrumental gamelan dari sunda. Layan.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home