`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Jamban Masjid

Friday, March 24, 2006

Jamban Masjid

Ni citer tadik masa kat masjid. Aku sampai jer, seperti biasa, terus pi masuk toilet dulu nak setelkan segala sebelum masuk dalam masjid nanti.

Masuk jer, ader la dua orang tgh beratur, ader 6 pintu toilet kat dalam tu. Depan aku, ada sorang mamat, pakai smart, dari opis agaknya. Depan mamat tu, ada sorang budak pakai uniform sekolah rendah.

Dlm seminit duk tunggu orang kuar dari mana mana pintu yg ada 6 tu, belakang aku dah ada lagi 3 orang masuk line beratur. Semua tunggu dgn rilek jer, sebab kalau ikut biasanya, mana mana pintu yg orang keluar, saper yg didepan sekali dia masuk la dulu, tak kira la pintu tu depan dia ker tak.

Bila satu pintu kat depan budak sekolah tu terbuka, keluar satu mamat. Tiba tiba ada sorang pakcik yg takder dlm line tadi ni, terus jalan masuk dgn hanya bagi isyarat tangan jer kat budak sekolah yg terkedu tengok pak cik ni potong line dia.

Kami yg kat belakang ni tak sempat nak cakap apa2, semua pandang je la kat budak tadi tu dgn perasaan kesian kat dia, dan marah kat pak cik yg dah dalam toilet tu.

Budak ni yg perasan semua org duk perhatikan dia, dgn senyap2 meleleh air mata. Entah malu ker, marah ker, atau tak tahan sangat dah.

Yang paling tak berhati perutnya, pak cik tadi bila keluar jer lepas buang air (atau buat benda lain, aku tak tau la) tengok budak tu duk nangis, selamber jer kata " ler nangis apahal?". Pastu dia keluar jer selamba.

Lagi lah semua yg ada mcm baran jer tengok kelakuan orang tua separuh umur ni. Dengan ketayap putih, janggut sikat cantik pun masih tergamak buat cam tu.

Apa nak buat?

10 Comments:

Blogger blackpurple said...

tu la masalahnya.... nak tegur kang kata kurang ajar dengan orang tua pulak.... so?

Friday, March 24, 2006 5:17:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple: kat masjid lak tu...walaupun kat jamban hehehhe...sian budak tu...

Friday, March 24, 2006 5:23:00 PM  
Anonymous Naimisa said...

biasalah tu...orang tua-tua mmg suka buli budak macam tu...kejam sggh!

Agaknya dia tak nampak kut? org sedang beratur atau dia tak faham BUDI BAHASA.

Kasihan.......gagal kempen Budi Bahasa yang baru dilancarkan.

Friday, March 24, 2006 8:09:00 PM  
Blogger soleilina said...

what is RN? lol

Sunday, March 26, 2006 2:20:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

naimisa: dia saja jer la tu, kunun dia jer sorang nak kenc....

Soleilina: RN: Rosyam Noor

Monday, March 27, 2006 9:58:00 AM  
Blogger soleilina said...

ooo.. Rosyam Noor ye? kenapa ngan Ros? hehehe.. e-mail me ler.. curious la... nama aje tengok melodi, tapi tengok dgn mata pejam! hehehe.. or drop in my comment box lerr.. pekebenda yang sensitip sangat tuh?

Tuesday, March 28, 2006 2:09:00 AM  
Blogger Hamka said...

satu peristiwa/tanda akhir zaman..

aku tak terkata apa apa..isk..

Tuesday, March 28, 2006 11:10:00 AM  
Anonymous atok said...

akibat dah tak tahan sgt2. huhuhu...

Tuesday, March 28, 2006 11:37:00 AM  
Blogger Moon® said...

Pakcik tu pun walau tak tahan selamba jek potong queue. Tak mintak maaf pulak tu.. aiii cam ne nak tegur, betul lah bp kata kang kata kureng ajor pulak. Cam ne kempen kemimpinan melalui tauladan nak jalan ek.. dengan peel orang yang cam gini.

Tuesday, March 28, 2006 5:57:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

moon : entah lah cik moon, selalu orang tua marah sebab orang muda tak hormat mereka...tapi mcm ni cemana pulak..?

Tuesday, April 04, 2006 1:51:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home