`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Diorang Menang Lagi

Wednesday, March 22, 2006

Diorang Menang Lagi

Setelah beberapa minggu merasakan kenaikkan minyak, pelbagai andaian yg berlegar dlm kepala hotak. "Bila minyak dah naik ni, ramai yg dah taknak naik kereta" "Ramai yg dah mula naik kenderaan awam, bas, teksi, lrt, komuter dan berkongsi kereta" Itu yg disaran kerajaan.
So bila dah ramai mcm tu, stesen minyak pun kurang lah orang datang. Pastu nanti mengamuk lak pengusaha stesen minyak, sebab bisnes dah turun.
Pastu akan kurang lah kereta di jalan jalan raya setiap hari. Dan akan kurang lah kenderaan yg menggunakan jalan ber TOL, so nanti pengusaha tol pulak akan memberontak marah sebab dah tak masyukkk.
Pastu akan tak ramai yg akan duduk minum di kedai kedai kopi atau yg paling biasa kedai kedai MAMAK tepi jalan. Sebab dah tak sempat, nak kejar bas la, lrt la, komuter la, nak tumpang kawan la. So nanti mamak semua baran, sebab takder orang nak minum teh tarik dia yg dah terpaksa dikurangkan pewarna.
Parking dekat shopping kompleks akan sentiasa ada kosong sebab dah ramai tak naik kereta sendiri. Then nanti parking kereta akan naik harga pulak sebab dah kurang pendapatan harian. Mamat pet pulak akan naikkan parking motor dari singgit ke 2 ringgit sebab dah kurang motor dtg parking.
Makcik makcik jual kuih tepi jalan akan naikkan harga kuih sebab dah tak ramai berenti sebelah jalan beli kuih, semua dah naik bas, takkan nak suruh driver bas berenti lak kan.
Tapi semua tu HARAPAN jer. Sebab orang akan pergi kerja dan balik dgn kereta sendiri seperti biasa. Isik minyak akan lebih dari dulu. Harga kuih dan teh tarik akan tetap naik. jalan akan sesak gak mcm semalam gua balik kerja.

Ni dekat MRR2 menghala Ampang dari Kencana.


Ni dekat bawah flyover dekat Flaminggo Ampang.

So, kerajaan menang lagi!

8 Comments:

Blogger hamka said...

Tapi ada benda yg tak naik2..
bilangan org solat kat masjid...oh..sama sahaja, minyak naik tapi masjid kosong..oh...

satu lagi: aku BIMBANG harga teh tarik naik, aku suka minum teh tarik..oh..tidak!

Wednesday, March 22, 2006 4:51:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

aku bimbang bila orang yg sepatutnya bimbangkan nasib orang lain hanya bimbangkan nasib sendiri..

regards,

Wednesday, March 22, 2006 5:14:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Pisang goreng kat simpang tu pun macam dah naik harga..agaknya dia pakai minyak petrol menggoreng ...

btw, kesesakan MRR2 esp kat Pandan Indah tu 'penyakit' lama yang entah bila akan sembuhnya.........

Thursday, March 23, 2006 9:53:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

gua hari2 lalu mrr2 ni, dtg dgn balik kerja, opis dekat pandan indah.....

regards,

Thursday, March 23, 2006 10:25:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

setuju ngan hamka. :)

Thursday, March 23, 2006 11:39:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Naik lrt pun dah sesak juga.. Kalo dulu train dtg, boleh terus naik. Skrg, kena tunggu 2-3 trip lepas baru leh naik.
Adakah ini salah 1 bukti ramai warga kota yg dah mengubah gaya hidup?

- Org yg rumahnya dekat sgt dgn stn lrt (aku lah tu), dan opisnya juga depan stn lrt (aku lah jugak), sgt selesa menggunakan pengangkutan awam. Kalo umah kat cheras, tp keje shah alam camner? apaaaraa...

Thursday, March 23, 2006 11:41:00 AM  
Blogger Saudagar Mimpi said...

Apa boleh buat, semua yang naik,
yang turun cuma air hujan aje...

Thursday, March 23, 2006 11:45:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

atok : betul bil. ke masjid makin turun, tapi bil. yg membina masjid makin ramai, alhamdulillah...

alang : tak dapek nak nolong, mcm mana pun naik akan tetap naik, dan sepatutnya bila dah naik mesti kena turun...entahlah...

saudagar mimpi : bila air hujan turun lak, air kat shah alam naik....hahahahha

regards,

Thursday, March 23, 2006 12:45:00 PM  

Post a Comment

<< Home