`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Malas

Tuesday, March 14, 2006

Malas

Kemalasan melanda setelah 2 hari memulakan kerja di minggu ketiga bulan 3 ni. Entah kenapa lah. Mungkin sebab payment yg disangka minggu ni terlepas pandang oleh seorang pegawai yg bertugas utk membuat voucher, lansung terus menyebabkan semua plan orang lain tertunggak. Atas alasan dia terlepas pandang sekeping LO yg telah di tanda tangani, 2 pegawai lain terbabit menanggung akibat.

Bukan apa, cuma mencongak rutin seorang pekerja kerajaan yg mungkin leka dgn tugas harian yg biasa, atau mungkin tugas diluar bidang kuasa yg sengaja dibuat. Membuatkan semua kerjanya tergendala. Atau mungkin sengaja melengahkan kerja yg memang diketahui tidak akan menjejaskan sedikit pun perjalanan harian beliau.

Sedang akibatnya, aku yg malas. Atau aku sengaja malas. Tapi setiap yg diatur dua hari ini sering terganggu dgn kecelaruan jadual orang lain. Kita hanya merancang....

Esok sekali lagi aktiviti dirancang dgn teliti. tapi mungkin akan berubah bila malam tiba, atau bila hampir dgn masa. Kita tak tahu. Kita tak kuat utk memastikan semuanya berjalan dgn lancar. Kita tak berkuasa nak menentukannya. Kita hanya merancang....

Apa-apapun, sudah terancang, ahad ni nak tgk M d opera! dekat istana budaya, so sekali lagi tak dapek nak confirm, sebab masih di awal minggu.

Apa yg ko merepek ni setannnnnn!!!!

1 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

malas tu sesuatu yang normal bro'..... tapi biarlah kemalasan ditahap yang munasabah....... hehehe...

Wednesday, March 15, 2006 8:29:00 AM  

Post a Comment

<< Home