`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Rezeki Jumaat

Friday, March 17, 2006

Rezeki Jumaat

Kereta dah masuk 3 minggu tak berbasuh. Sekali pandang dah macam lori hantu yg mengangkut tanah merah dari bukit dekat Pulau Sayak ke Haji Kudong utk penempatan baru mangsa Tsunami di Kuala Muda. Dua kali pandang dah tak mau pandang lagi dah..

Tapi bangun jer pagi tadi nak keluar, bila masa nak panaskan enjin, bapak mertua tgh duk mengelap kereta aku, isk, terasa ketebalan pipi seakan buku panduan telefon tahun 1999 yg masih ada kat opis aku ni. Tapi dgn manchonya rilek berjalan keluar pagar membuang sampah yg dikumpul semalam. Seperti tiada apa apa yg pelik berlaku.

Kalau semalam sebuk pasal takder projek. Hari kelam kabut dgn 3 LO dari gomen yg nak kena delivery start next week. So rezeki ada dimana mana. Alhamdulillah.

Kalau semalam sebuk ulang alik ke serdang ukur badan orang, hari ni dah lega sikit bila dapat quotation dari Bandung. So gua turun 15 April ni. Bisnes trip la kunun.

So, kalau tak hujan petang ni, akan aku basuh kereta ku ini. Kalau tak hujan la. Dan sekejap lagi nak pekena yong tau fu dekat masjid. Pergh...dah terbayang dah kangkung dgn telur puyuh....

Dan kepada yg sudi menjengah ke blog aku ni, terima kasih daun keladi tua, lain kali datang la lagi tunjuk muka.....

2 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

tak payah basuh kereta la bro'.....nak hujan lagi ni...hehehe

Friday, March 17, 2006 5:16:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

nampak gaya cam tu laj ugak...tapi sport rim dah berkerak teruk ni, yg tu jer nak nampakkan kereta ni bersih ker tak,...kena basuh la sikit ni...

Friday, March 17, 2006 5:41:00 PM  

Post a Comment

<< Home