`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Dendam Wigan tak terbalas

Tuesday, March 07, 2006

Dendam Wigan tak terbalas

Kesungguhan Wigan utk membalas dendam diatas kekalahan teruk mereka di perlawanan akhir Carling Cup minggu lalu tidak terbalas setelah kalah buat kali kedua dgn Man Utd awal pagi tadi. Wigan yg bermula agak garang, tidak berjaya mendapatkan sebarang gol di separuh masa pertama perlawanan.

Namun, setelah berusaha terus, Wigan berjaya mendahului pawan dgn satu gol pada minit ke 59 hasil cubaan Paul Scharner.

Kegembiraan tidak lama, apabila pemain gantian Ruud Van Nistelrooy yg dimasukkan berjaya mengumpan bola ke dlm petak penalti sekaligus disambar oleh Christiano Ronaldo bagi mengikat kedudukan 1 sama.

Akhir sekali, beberapa saat sebelum masa tamat, kesilapan pemain pertahanan Pascal Chimbonda memberi mata penuh kepada Man Utd setelah cubaannya menahan sepakan Louis Saha terus masuk kegawang Wigan.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home