`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Biol

Tuesday, March 07, 2006

Biol

Kebiolan yg amat sgt terasa hari ini. Bilamana terjaga dalam keadaan terkejut, melihat si isteri sedang bersiap utk ke pejabat, anak sebuk mengesot2 kekiri kekanan, aku terlihat jam dihujung katil sudah lapan lebih. Jam 4 semalam terjaga akibat alarm handphone yg dikunci sendiri berbunyik. Tandanya match Man Utd dgn Wigan dah nak start. Selesai selepas 2 jam, kepuasan terus melanda lagi.

Terpandang tayar depan yg agak melampau kotornya, teringat semalam memang nak hantar basuh, tapi hujan. Sejenak bila masuk kereta, sony cd player dimainkan, berkumandang lagu 'diatas normal'. Kekotoran tayar depan lansung hilang dari fikiran.

Keluar dari rumah dgn planning nak hantar cadar kat auntie dobi. Tersentak dari lamunan bila kenderaan yg dipandu sudah melepasi 7 eleven. Hampes, terlepas hajat nak berjumpa auntie dragon ball. Ini semua gara gara budak naik basikal lintas ikut suka dia depan aku. Lansung terlupa jadual yg sepatutnya.

Jadual pagi terus terubah dgn sendiri. Kali ini ditetapkan akan ke Mardi utk sesi ukuran bentuk badan para tecnichian yg akan beuniform baru minggu depan. Kaki dgn gaya Schumacer, terus menekan pedal minyak tanpa menghiraukan harga minyak yg dah naik. Sampai di persimpangan Pandan Indah, keadaan menjadi sedikit perlahan. Kereta dan kenderaan lain sebuk memenuhi ruang legar jalan raya MRR2 yg belum retak ini. Sekali lagi jadual berubah dgn sendirinya.

Kalau tadi, kaki yg bertindak, kali ini tangan dgn pantas memetik signal kekiri utk masuk terus ke Pandan Indah. Macet total', kensel la nak ke Serdang. Kepala hotak terpikir nasi lemak singgit yg power dekat depan maybank. Dgn niat yg suci lagi ikhlas, terus nak pergi depan maybank cepat2 utk mendapatkan nasik lemak yg tak selalu berjaya dapat. Pukul 930 pagi dah setel selalunya.

Sampai sebelah trafik light, lampu hijau menandakan belokkan kekanan boleh lalu. Tangan sekali lagi dgn pantas membelok kekanan utk terus ke laluan biasa ke opis. Nasik lemak terlepas lagi buat kali yg ke enam belas. Esok cuba lagi.

3 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Best sangat ke nasi lemak tu bro?...hehehe...

Tuesday, March 14, 2006 2:11:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

kalau tanya aku, memang sedap, singgit je pulak tu, ader sambal, telur sepotong, dgn timun jer, nasik boleh tahan byknya, sambal dier yg best tu..power...memang paling lambat pun kul 930 pagi dah setel....

Tuesday, March 14, 2006 2:51:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »

Thursday, February 01, 2007 8:26:00 AM  

Post a Comment

<< Home