`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Batik, Songket dan Ikan Koi

Thursday, March 16, 2006

Batik, Songket dan Ikan Koi

Semalam, dalam kesibukan harian pejabat, kami didatangi seorang rakan kongsi lama yg kini bertugas sebagai salah seorang "kuat" kepada seorang menteri. Lama tak bersembang dan bermakan makan dgn dia ni. Orangnya hebat, dgn gaya dan perwatakan yg memang berkeyakinan.

Isu yg paling menarik ialah tentang kenaikkan harga minyak dan tentang rungutan para usahawan yg resah dgn kekurangan projek projek kerajaan. Kemudian disambung dgn cerita Khairy dgn Kalimullah. Memang hangat.

Mana tak nya, kalau satu tender yg keluar di Ampang, satu Malaysia punya usahawan dtg beli borang tender. Tak ker nampak sangat dah semakin susah nak mencari makan sekarang ni.

Semua seakan menunggu apa yg akan dibentang oleh Pak Lah dlm RMK9 nanti. Itupun kalau2 ada lah projek yg mungkin akan dapat membantu usahawan2 kecil. Katanya tak akan ada lagi 'direct nego', semuanya mesti melalui tender ataupun sebut harga. Bukan ker dari dulu macam ni?

Isu minyak naik harga, memang panas lah. Nak pulak semalam Cik Det pi buat komen pulak bagaimana nak tackle isu ni. Katanya kalau nilai ringgit kita kukuh, tak kan terasa kenaikkan harga minyak ni, sebab harga minyak ni bergantung kepada nilai dolar. memang betul lah tu, cuma ada ker orang nak dgr kata dia ni? Atau ader ke orang nak bersungguh2 perkukuhkan nilai ringgit kita disebabkan Cik Det kata mcm tu?

Najib pulak kata isu minyak ni dah tamat. Katanya rakyat kena terima hakikat yg harga minyak ni akan naik. Tapi takder ke terfikir mcm mana nak jadikan isu minyak ni tak berapa dirasai bebannya oleh rakyat. Jgn hairan dgn kenaikan harga minyak ni, harga barangan lain akan naik, dah memang bersangkut pun. Jgn pulak nak bandingkan harga minyak kita dgn negara jiran, sebab bila minyak dah mula dibanding, benda lain gak akan turut dibanding. Sebagai contoh, di Thailand, harga minyak mahal, tapi harga barang makanan murah, harga kereta murah, harga rumah murah. So memang tak sama lansung dgn kita.

Bila sebut tentang cara Pak Lah, ramai yg mengeluh. Entah kenapa?

Mungkin sikit masa lagi ramai yg mula berniaga batik, songket dan ikan koi.

6 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Susah nak cakap benda2 macam ni. me myself sejak satu dua menjak ni pun sakit juga... projek tak banyak.... beli tender pun yang paricipate berpuluh..... yang harga lowest pun tak semestinya dapat kalau takde kabel..... tension ..!

Thursday, March 16, 2006 3:24:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

betul, projek memang takder sgt, tapi rezeki tu alhamdulillah, dia ader jer, tak byk, sikit pun masyuk.. cuma sikit hari lagi susah nak cakap la kalau berterusan mcm ni.. objektif RMK9 tu masih tak tercapai la nampak nya...

Thursday, March 16, 2006 3:31:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Buat project private payment pulak tau tau jer la...... sangkut memanjang.....

Thursday, March 16, 2006 5:55:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

ni lah sebabnya gua sekarang dah menukar haluan ker putrajaya, sebab semua agensi kerajaan dah pindah sana,
buat kerja dgn gomen memang best, payment confirm, tapi masalahnya selalu buat dulu, baru proses LO, tapi setakat ni payment takder masalah, paling lambat satu bulan la, tu pun kalau takder yg terlepas pandang'

Thursday, March 16, 2006 6:04:00 PM  
Blogger pye:rudz said...

cerita bisnes gua tak berapa boleh join. tak pandai. tapi, ape dr. M cakap memang betul. dari dulu die dah suruh ikut harga emas, jangan ikut USD. degil. skarang kita berkiblatkan harga minyak US. memang lunyailah kita.
lagi gua panas apabila Buletin Utama smalam memaparkan persediaan untuk the up-coming SUKMA. Gile babs banyak belanja nak prepare facilities. lepas abis sukma? hah? naikkan minyak lagi... lalalalala...
*bernapeh jang, bernapeh...

Friday, March 17, 2006 8:50:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

itu lah dia kan, dulu masa cik det mcm2 org kutuk, skrg masa pak lah pun sama, aku ingat la malaysian ni dha bersedia kut utk takder PM..hahahhaha...ikut suka sendiri jer....ni bukan bernapeh lagi ni jang..
ni dah kira ponek, lotih, sosak...

Friday, March 17, 2006 9:12:00 AM  

Post a Comment

<< Home