`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Lilin tengah panas

Friday, March 31, 2006

Lilin tengah panas

Dua hari lepas, NST mengungkap kisah cikgu atau guru yg semakin tertekan atau stress dgn kerjaya mereka. Mana silapnya sistem perguruan kita hari ni? Atau kerjaya guru ini semakin dianggap kerjaya level kedua atau ketiga atau tiada level lansung?

Mengungkap kisah guru 20 tahun lalu, kerjaya ini adalah yg paling dihormati berbanding dgn ketua kampung atau tok bilal. Guru akan ditegur walau dimana bersua. Guru akan diminta pendapat dalam segala macam hal. Guru akan diberi penuh kepercayaan dlm membimbing anak bangsa kejalan yg benar dan berjaya. Hinggakan jika anak mengadu dirotan guru disekolah, akan ditambah rotan oleh mak bapak dirumah kerana kesalahan itu. Pendek kata, salah kata guru, salah lah dimata ibu bapa.

Situasi kini jauh berbeza, guru dikatakan stress dgn sikap ibu bapa dan anak murid sendiri yg jauh lari dari apa yg kita lalui satu masa dulu. Kalau dulu kita takut terserempak dgn guru walau dimana kita berada, kini kita mencari kereta guru utk dicalar. Pantang guru tersilap kata, esok lusa mak bapak dtg bertanya. Terlebih perlakuan guru, mula PIBG diburu.

Apa akan jadi sedikit masa lagi. Kalau sekarang sudah ramai memandang guru sebagai sekadar penjaga kelas atau sekolah sahaja. Esok mungkin guru tidak dikenali lagi. Atau tiada siapa yg ingin menjadi pembimbing lagi.

Kalau dulu guru dianggap sebagai lilin pembakar diri menerangi anak bangsa. Kini lilin dah terbakar tapi cahayanya takder siapa nampak.

21 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tak tau mana silapnya. Teringat dulu2 kalau anak murid buat salah kena rotan emak bapak terima ... tapi kalau sekarang silap2 cikgu kena saman......

kalau dulu macam ni,"tengok tu bagus si anu tu,dahpun jadi cikgu..." tapi sekarang, "si anu tu jadi cikgu..? huh..dah tak dapat kerja lain la tu.."

apapun aku tabik pada cikgu2.... walaupun lilin dah berapa laku sebab dah ada elektrik tapi kalau 'black out' orang cari juga......

Friday, March 31, 2006 6:27:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

haha.cikgu.nyesal aku jadik cikgu. macam yang korang kata.dulu, cikgu yang bagi motivasi, tapi skang nih, cikgu plak yang kena motivasi.hampeh.

sekarang, satu tamparan yang hinggap di pipi seorang yang digelar murid, guru tersebut boleh di saman dengan jumlah rm 30,000. manalah diorang dapat idea saman-menyaman orang yang turunkan ilmu nih??dapat berkat ker belajar tuh?

Friday, March 31, 2006 11:02:00 PM  
Blogger Saudagar Mimpi said...

Stress? mmg stress la jadi cikgu kalau masuk kelas budak-budak dah tak lagi hormat & takut cikgu yang ada di depan kelas. Nak mengajar pun susah. Bila dah tak dapat mengajar, budak tak lulus periksa, bila tak lulus periksa, pengetua marah sbb peratus kelulusan merosot, bila dah merosot, PPD marah sekolah, Jabatan marah negeri, etc....

Satu lagi, sistem kita ni dah terlalu exam oriented. Bebudak belajar semata-mata nak "lulus periksa" bukan kerana "kewajipan menuntut ilmu" itu lagi.

"lilin? aku tak mahu jadi lilin, aku nak jadi matahari"- kata ex -boss aku.

Saturday, April 01, 2006 8:51:00 AM  
Blogger hamka said...

aku suka baca komik bertajuk:

GREAT TEACHER ONIZUKA...

satu org guru yg di perlukan oleh anak remaja zaman sekarang...walaupun hanya imiganisai pelukis..tapi memang best!

Saturday, April 01, 2006 11:13:00 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

hamka,
di negara kita tak boleh ada cikgu yang berkaler rambut, bersubang, dan juga menggunakan pendekatan p&p seperti yang cikgu onizuka tunjukkan.stail cikgu onizuka lebih kepada mentor di luar sekolah.

anyway, he's a great teacher though.

Saturday, April 01, 2006 11:47:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

kesian kalau nak diulas citer cikgu ni, tapi kalau tak di tgk, mcm mana satu hari nanti? apa akan jadik kalau cikgu dah takut dgn murid...?

Monday, April 03, 2006 9:34:00 AM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Itu pasal aku tak mo jadi cikgu pasal nanti aku takut aku salah sorang yang kena saman!!

Monday, April 03, 2006 11:26:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

kesian kepada semua guru2 yg ada... isk isk isk

Monday, April 03, 2006 12:00:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

takkan takder orang yg berani nak membela nasib cikgu2 sekarang ni ha? kalau takder, apa akan jadik pada anak2 kita nanti..?

Monday, April 03, 2006 2:27:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Sori yer cikgu zaman skrang,this statement maybe hurt u all..
Cikgu skrang jadi cikgu sebab duit bukan sebab nk bela anak bangsa,cikgu dulu kerja teruk teruk tak ngeluh lagi susah ati kalo anak murid bodo, sanggup wat kelas tambahan sendiri tanpa apa apa bayaran, cikgu sekrang err..leh masuk chat Ym lagi.. (sbb aku pernah chat ngan cikgu-cikgu) ekekeke.. so sebenarnya niat tu yang penting..kerja apa pun..kalo niat tak bagus.. tk der value ar keja tuh.. hmm aku rindu cikgu aku kat skool dulu.. selalu panggil aku pdam papanhitam sbb aku tinggi ekekekeee

Monday, April 03, 2006 2:45:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

cik bkn bidadari : memang ada betulnya tu, niat tu paling utama. Tapi dizaman ada handphone, internet, 3g semua ni, cikgu pun nak jugak bersama dlm era teknologi. kalau cikgu tak chat, nanti kata tak reti IT, bila dah chat, lupa terus tugas sendiri.. so camno?

Monday, April 03, 2006 3:03:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Encik Ontahsapo..tuhlah pasal.. susah susahh.. yg ponting ehh..topuk dado tanyo selero.. kalo nkkeja relak2 meh jadi secretary relak jer..tamgungjawab sorang jer jaga bos,kalo keja cikgu tanggungjawab memang byk,,tapi pahala lagi ler byk itu kalo niat nyer betul ler..

Monday, April 03, 2006 3:59:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

kesian kan, kerjaya yg satu masa dulu cukup dihormati....skrg ni camtu jadiknyer....sian cikgu, sian anak murid....

regards,

Monday, April 03, 2006 4:37:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

cik yang bukan bidadari,
erm..aku rasa sesetengah orang akan kata macam tuh.pasal diorang bukan cikgu dan memandang tugas seorang guru hanya dari luaran."banyak cuti dan gaji banyak".ya.pendapat tuh betul.cuba cuba kaji selidik sikit.cikgu dulu-dulu yang tinggal di kampung memang akan bekerja keras untuk membela anak-anak kampung yang susah.sekarang pun ada lagi cikgu-cikgu yang sanggup membuat kelas tambahan tanpa mengenakan sebarang bayaran.dan kawan aku seorang daripadanya.
bab mengeluh tu memanglah adat bekerja.cuba cik tgk cikgu-cikgu dulu-dulu yang bekerja di bandar.memang cikgu-cikgu itu akan mati kutu sekiranya dijawab begini oleh anak-anak orang kaya."cikgu,kalau saya bodoh pon, mak bapak saya kaya,dah tentu segala harta tuh akan jatuh ke tangan saya suatu hari nanti."tak ker terkedu bila dibalas dengan jawapan macam tuh??tuh yang kena jadik cikgu onizuka tuh.haha

p/s:sori ntahsapo, terpanjang plak komen saya kali nih.tersentak dengan kenyataan dari cik yang bukan bidadari itu.

Monday, April 03, 2006 7:31:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

maaf lambat tiba. pertikaman anda tidak akan selesai selagi negara kita tidak berubah dari segi politik, pendidikan, sosial dan secara keseluruhannya. satu masalah yang dikenalpasti, setelah dicari mana puncanya, ianya bersangkutan dengan banyak sebab. kemudian, mulalah kita menuduh sana, menuduh sini dan akhirnya kembali juga kepada diri kita sendiri..

ps: sabar semut.. saya memahami anda.

Monday, April 03, 2006 11:49:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Err.. Cik Tuan Semut.. pernah dengar pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga? hmm tuh lah yang jadik kat cikgu cikgu sekarang, anyway bukan kerjaya cikgu jer dipandang rendah sekrang, kerja polis pun sama gak.. sebab rasuah etc etc (tak leh tulis) dulu sapa jadi pegawai polis berderet mak bapak nk wat menantu tau.... pehtu anak2 dara zaman dulu (err zaman skrang tak tau arr) sungguh teruja kalo nmpak polis sebab tau mcm mana mulianya kerja depa tu.. ekekeee.. anyway ..jangan ler marah ini hanya pendapat 2 hinggit 50 sen dari saya.. kalo terasa minta maaf..sekadar meluahkan pendapat sebelum tu kan saya dh minta maaf sapa yang terasa.. ok CIKGUUUU..
PISS BROOO / SISTA

Tuesday, April 04, 2006 9:06:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

blogger blogger yg dikasihi sekalian : adapun cerita ini bukan bertujuan mencari siapa salah dan siapa betul, semua yg terlibat bagi aku, adalah terpengaruh dgn segala mcm tempias disekeliling, jadi perubahan sesuatu benda tu mesti ada sebab. Juga bukan tujuan cerita ini utk memecah belahkan kita ni, tapi perlu diingat setiap pendapat itu tidak semestinya betul atau salah, cuma sekadar fikiran bernas dari seorang manusia yg prihatin,
tapi terima kasih kepada semua yg sudi berbincang tentang hal ini, semoga akan ada satu jalan penyelesaian....

regards,

Tuesday, April 04, 2006 9:39:00 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Mana tempe... kedekut!!!

Tuesday, April 04, 2006 9:46:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

bila pengerusi sudah bersuara.. anak buah DIAM!!

Tuesday, April 04, 2006 10:40:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kesal gak ada yg menjadikan profession guru sbg pilihan terakhir (aku bercakap ni dr pemerhatian di kalangan kwn2 terdekat). mintak keje tu, keje ni tak dapat, apply KPLI.

aku salute kat org yg betul2 nak jadi guru & berniat nak mendidik dgn ikhlas. Bukan terpaksa atau tiada pilihan lain.

Tuesday, April 04, 2006 11:40:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

aku rasa dah sampai masa kerajaan lihat balik institusi guru ni, mana silapnya? mesti boleh di ubah lagi, benda belum jadik bubur lagi ni, tgk balik apa yg perlu....

tempe...? isk..dtg rumah la makan....!

Tuesday, April 04, 2006 1:45:00 PM  

Post a Comment

<< Home