`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Ketuk Magic

Thursday, March 23, 2006

Ketuk Magic

Pagi tadi, sebelum keluar rumah, aku lap sikit kereta, sebab nampak cam pelik sikit bonet depan tu, kena hujan petang semalam agaknya.

Sambil lap tu, ternampak temapt yg kemek sikit kat pintu depan, ni masa bukak pintu nak cepat, tak perasan devider jalan yg tinggi kat sebelah, so kemek la sikit.

Serta merta ingatan terbayang satu tempat merepair kereta di jakarta yg aku nampak. 'Ketuk Magic', canggih namanya. Dari apa yg aku tanya guide, katanya tempat org merepair kereta yg kemek ni. Kalau kat sini, tempat hantar ketuk la. Tapi yg ni magic, dia akan letak harga mengikut kadar kekemekan kereta atau pun kenderaan lain la. Dan yg paling best, takleh tgk dia buat kerja, kena hantar hari ni, esok ambik, atau hantar pagi petang ambik, ikut kesusahan atau kadar kekemekan tadi la.

Harga dah tentu mahal dari kedai ketuk biasa, sebabnya takder kesan ketuk lansung. Cantek dan menarik dan tertarik, (kau memang da bomb!). Lepas tu, cat dia pun takder terjejas lansung. Walaupun sebelum tu, teruk giler. Biasanya dia akan buat kerja ni masa malam. Dan dlm satu garaj atau garasi atau tempat yg bertutup, yg org luar takleh nampak. Cuma kekadang tu dgr jer ketukkan tu dr luar. Dan mamat ni akan buat kerja sorang2 dia jer. Pastu takder nampak sebarang peralatan lansung yg dia gunakan. Yer la, kalau tak, takder la magicnya kan.

So, kalau difikir secara logiknya, dia ni pakai apa? Jin la, apa lagik. Sebab takkan dia nak upah bigfoot lak kan, mana ada bigfoot kat jakarta. Dan satu lagik, sure penuh bulu bigfoot tu dgn cat nanti. Dan selain jin, saper lagik yg dirasakan layak nak buat kerja magic cam ni.

Dan kalau lah jin ni betul bagus. Kenapa nak ambik client yg kereta kemek jer. Takleh ker tambah minyak dlm tank ker. Tambah bunga tayar ker. Tambah date roadtax ker atau tukar cat baru. Mesti lagik ramai orang datang. Mungkin tak lama lagi adalah tu, sebab minyak dah naik ni kan.

3 Comments:

Anonymous Alang said...

Aladin la kot!

Gosok jgn tak gosok
Sampai berkilat..

Friday, March 24, 2006 9:31:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

alang: aladdin pun kuar jin gak alang, cuma jin dia pakai tarbus..

Friday, March 24, 2006 9:51:00 AM  
Blogger blackpurple said...

kat satu tempat di johor ada satu workshop yang 'repair' kereta kemek dengan cara mengurut pakai tangan.... hangat diperkatakan orang suatu masa dulu... tak taulah sejauh mana kebenarannya...

Friday, March 24, 2006 11:20:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home