`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: M! The Opera

Tuesday, March 28, 2006

M! The Opera

Ahad lepas. Gua turun layan M! The Opera dekat Istana Budaya, Matinee show. Terus terang gua cakap, gua memang takleh layan Opera! Gila ngantuk. Walaupun ada scene2 yg boleh mentertawakan penonton, tapi lagi byk scene yg mengantukkan gua. Gua pegi sebab nak tgk Jit Murad nyer idea jer, tapi sorry la Jit, gua ngantuk habis. So, masa rest 15 minit tu, gua blah. Nasib gua beli tiket plaing murah.

Cerita dia mcm menarik, tapi terlalu byk alunan muzik opera yg gua lemah nak layan lama lama. Memang gua bukan orang opera la. Sudah la gua masuk dalam pukul 2.45 ptg, dengan keadaan dalam yg panas. Semua yg dah masuk sebuk berkipas. May be nak jimat belanja duit letrik kut sebab minyak dah naik harga. Lepas tu, live muzik pulak berterabur duk test sound diorang. Punya la memekak nye. Yg paling tak best, show pukul 3.20 baru bak start. Tak tepati masa betul. Walau macam mana pun suara Khir Rahman memang sedap, dengan seorang pelakon kanak2 pompuan tu, "sepi" memang class budak ni nyanyi. Tabik sekali.

Tapi, gua balik dgn hati yg senang, sebab dah beli tiket utk Suzana @ 60. Kali ni gua layan matinee show jugak. Yg ni gua nak tgk sebab ada Abon dan alunan lagu lagu 60an. Harap tak menghampakan. So, sesiapa yg dah beli tiket tu, nanti kita jumpa disana.

6 Comments:

Anonymous atok said...

lu layan opera ke beb? hehe... ngantuk sbb opera ke lu baru lepas mkn nasi minyak?

Wednesday, March 29, 2006 10:43:00 AM  
Anonymous hamka said...

PENTAS BERTARAF DUNIA?

oh..siapalah yg menetapkan taraf2 nih..

Wednesday, March 29, 2006 10:53:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

atok : bila masa lak gua makan nasik minyak dah lama dah makan nasik minyak tu...

hamka : biasa lah, taraf kat m'sia boleh dijual beli....

Wednesday, March 29, 2006 10:57:00 AM  
Blogger blackpurple said...

lama dah tak 'berpentas-pentasan' ni. Suzana@60 tu nampak macam menarik jer.....

Wednesday, March 29, 2006 11:59:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple : tak tau la menarik ke tak, tapi yg penting jgn mcm opera la..gua ngantuk gilessss....

regards,

Wednesday, March 29, 2006 12:05:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Celebration fl and ferrari Free ambien onlineimgpayday-loan gif auto loans Gambling information product Cialis wirkung Va culinary school Remot answering machine codes Retrieving deleted files from hard drive Strayer online payment annual credit reports free eb games http://www.louis-vuitton-handbags-6.info/Plastic_surgery_in_jacksonville_fl.html Pamela anderson and son meridia sample Bextra+weight+loss Emerica backpacks mitsubishi eclipse 2003 body kit free weight loss sex sex sex Pamela anderson free nude

Sunday, February 04, 2007 5:45:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home