`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Reward Yourself

Wednesday, March 29, 2006

Reward Yourself

Isnin sebuk dgn kehadiran 2 handphone baru. Satu utk orang rumah, satu utk sendiri. jadi mcm2 la yg nak digodekkan. Transfer contacts la, transfer photos la, transfer ringtones la dan mcm2 lagi lah yg sewaktu dgnnya.

Secara tak sengaja, Ahad malam, orang rumah punya handset kong. Entah apa pasal, tiba2 terus takmau on. So keadaan menjadi sedikit kucar kacir, sebab bila takder handphone ni, memang terasa akan kesusahannya. Jadi nak tak nak Isnin aku terpaksa bawak pegi kedai utk tgk apa masalah dia. Battery dah kong! So alang2 menyeluk pekasam, biar ganti hadset baru, sebab dah lama pun duk bergaduh dgn battery lama ni, sehari 3 atau 4 kali kena charge. So bermula lah episod tukar handset baru. Dengan selambernya, dia memilih handset yg dah beberapa minggu dia idamkan, kalau plan dulu nak tunggu gaji, tapi keadaan dah memaksa, kena angkat jugak.
Tanpa disedari, aku terasa yg hasutan seperti bermain di kepala utk aku jugak menghadiahkan diriku sebuah handset baru. Tapi apa jadik dgn yg lama? Tauke kata :gua boleh angkat ini RM500 sahaja" dah cukup bagus, sebelum ni, lain tempat semua nak RM300 jer. So satu lagi tempias di telinga menyuruh aku tukar kepada yg baru. Terus angkat dua bijik baru, dan tolak 2 bijik yg lama.
Selasa, hari menjadi semakin sebuk dgn beberapa perkara. Sebuk dgn tak berapa reti nak guna handset baru dan sebuk dgn tugas di tempat kerja yg semuanya mahukan kesegeraan. Berkereta ke hulu kehilir mengejar client yg kadang2 sebuk kadang2 tidak. Hari dihabiskan dgn sedikit keceriaan oleh handset baru dan projek baru.
Pun begitu, kehadiran benda baru ini mendatangkan tanggungjawab yg baru juga. Walaupun tahap motivasi diri meningkat, namun kesibukan juga akan turut sama meningkat.
Jadi, kalau sesiapa yg dah rasa teruk sgt tahap motivasi dia, cari2 lah idea utk me'reward diri anda supaya esok akan lebih bersemangat. Sekurang kurangnya selama beberapa bulan.

2 Comments:

Blogger blackpurple said...

..Macamana aku boleh tak nampak 'entry' ini. Sah la ko memang mempunyai 'kegilaan' bertukar2 handphone. Hehehe

Thursday, March 30, 2006 11:51:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple : aku tak leh nak kawal la, gadget freak memang teruk aku ni, skrg duk usha PSP pulak ni, entah la....tgh mengawal perasaan jer ni....

regards,

Thursday, March 30, 2006 1:09:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home