`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Sebenarnya....

Tuesday, March 21, 2006

Sebenarnya....

Sedar tak sedar, masa dah berlalu begitu pantas. Kalau dilihat semula kebelakang, mula mula dulu aku pakai handset Sagem. Bagak jugak la, walaupun masa tu dah kira menarik la handset aku ni, siap boleh sms. Masa tu pakai prepaid 013. Pergh tu kira canggih habis la tu.

Lepas tu, dah mula kerja aku tukar pakai Ericsson T28. Ni memang kecik pastu design dia yg buat aku nak sangat pakai. Yg paling best, 'petik kat tepi jer, flip dia terbukak sendiri'. Tak ke poto jer tu kalau kat tgh lrt ker, tengah beratur nak renew lesen ker, tiba2 phone bunyik. Walaupun lagu monotone jer kan, tapi bila tekan terus kuar flip tu, terus orang semua tgk jer. Bongkak la masa tu. Tapi pakai tak lama, problem dgn board dia, lingkup, repair terus jual.

Lepas tu pakai Nokia 8210, yg ni kecik jer, senang. Model sebelum butterfly tu. Yang ni gua jumpa jer, masa nak kuar pegi beli kuih dekat ampang. Terus pakai lama la jugak. Takder masalah lansung.

Dapat satu payment, teringin nak tukar handset. Tukar pakai Nokia jugak, kali ni yg oren jenis getah tu, Nokia 5210. Nampak menarik sebab color casing dia. Pakai jer yg ni, yg lama tu dgn sendirinya hilang. Tak tau saper ambik. Orang kata handset tu dipinjamkan jer, mungkin betul jugak, sebab gua pun jumpa jer.

Lepas tu belik Sony Ericsson Z200 flip yg kecik tu. Function tak byk sgt, tapi design menarik. Sebab tu gua beli. Dlm RM500 jer kut. Yg ni masih elok lagi, cuma battery jer lemah sikit, kena selalu charge. Sekarang pakai O2 Xphone II. Yang ni beli dlm auction kat internet, dapat harga murah!

Sedar tak sedar dah belambak handset gua pakai. Maybe seminggu dua ni nak tukar lagik, hahahhaha...so tgh nak mempromo handset ni nak jual.....so sesaper berminat tu kasik tau....

Sebenarnya dalam panjang panjang menaip ni, gua tgh mencarik sesiapa berminat nak belik handset gua ni....tu jer....

6 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

...berapa banyak tukar hp da...hehehe... aku tak pentingkan 'feature' sangat asalkan boleh buat call dan sms dah kira ok...setakat ni ketiga2 hp aku jenama Nokia. 2 line celcom. 1 line Digi.

Tuesday, March 21, 2006 5:52:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

apo la ko tak hargo pun.. camno nak boli.. aku pun tak kisah bab tepon. janji ado hpon dah la..

Tuesday, March 21, 2006 7:33:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple: gua memang gadget freak la, walaupun tak berapa guna features yg ada, tapi nak jugak ada benda tu..setakat ni, ipod, digital slr, ada jer tapi tak pakai sgt pun...

gitartong: harga kalau kedai nak dlm rm450 jer, tapi kalau kengkawan gua nak tolak rm800 ok tak..? hehehehe....

regards,

Wednesday, March 22, 2006 9:49:00 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

macam partner aku gak rupanya...dia dok kata aku pakai sampai 3 hp sampai penuh poket.....dia tu lagi la, hp lain, communicator lain, ipod lain.... hehehe....

Wednesday, March 22, 2006 1:25:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Aku masih setia dgn henpon nokia butterfly ku ini. cukuplah utk buat call / sms. huish sedar tak sedar, dah 3 tahun rupernya dok kelek hp ni ke hulu ke hilir. Banyak sentimental value woo.

Wednesday, March 22, 2006 1:33:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple: biasa tu, padahal tak guna sgt pun, saja jer gila, tapi kalau sampai 3 hp kan, kalau 3 bunyik, mampusss....

alang: butterfly tu memang tahan lama tu, pastu kecik jer plak.. tapi yg paling mahal sebab sentimentel value tu la kan...

regards,

Wednesday, March 22, 2006 3:33:00 PM  

Post a Comment

<< Home