`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Brunch

Thursday, March 02, 2006

Brunch

entah betul ker tak perkataan aku tu, brunch! pukul 9.30 am tadi aku bergerak terus ke Mardi Serdang. Dalam perjalanan tu perut berkeroncong teringatkan belum makan pagi lagi ni. Selalunya akan disulami dgn setidak tidaknya, sebijik karipap Bedah. Atau segelas air teh O suam. Tapi hari ni entah apahal aral melintang, terlupa semua tu. Mungkin sebab semalam tidur lambat tgk live friendly match world cup kat astro. Brazil menang sebijik jer dgn Russia, itupun kerana jaringan tak sengaja Roberto Carlos yg cuba di usik oleh Ronaldo. Ramai yg nampak bola terkena tangan Ronaldo, tapi ref kata ok. Kautim kira gol. England lak selamat di saat akhir bila berjaya menang 2 gol berbalas 1. Anyway, bukan nak cerita pasal bola yg memang tgh hangat sekarang ni, tapi pasal brunch.
dekat dekat nak sampai Mardi, aku call zizan. Dia tgh lepak kat kantin yg baru pindah. Kalau dulu kantin kat dalam sana, sekarang kat luar sikit. Ni semua pasal tapak tu nak ditukar ke tapak MAHA 2006 nanti. Aku terbayangkan ikan kembung masak asam pedas!
2 minggu lepas aku pergi kesana time yg sama. Zizan kata jom minum kat belakang. Aku yer jer, mana mana pun sama jer. Nak minum pagi..bukan nak makan apa apa pun. Sampai jer ramai org melepak tgh sembang dan makan sikit sikit jer. Tapi bila nampak ikan kembung masak asam poedas tu, selera bertukar dari nak makan pagi terus ke makan tengahari. Pukul 9.45 am dah pekena nasik putih dgn ikan kembung asam pedas. Perghhhhh power!!!
hari ni sama jugak. Sampai jer, aku tgk kantin semakin penuh, sebab mungkin dah makin dekat dgn pejabat. Kali ni laki perempuan sama ramai. Yang paling peliknya, semua tgh layan nasik putih. Padahal jam baru 9.45 am. Betul ker diorang ni? Kang nanti time lunch diorang makan apa pulak? Dalam kepelikan tu aku terpandang ikan kembung asam pedas. Jeng jeng jeng..... lemah terus semangat. terus dgn muka tak malu, pergi beratur ambik nasik.
zizan bantai gelak. Katanya dah macam org nak ke bendang, pagi pagi dah kena nasik putih dgn lauk berat berat. Betul gak tu, ada mcm nelayan pun ada jugak. Apa nak buat, lapar terus tgk ikan kembung tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home