`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Betik Eksotika Mardi

Thursday, March 30, 2006

Betik Eksotika Mardi

Hari seperti hari semalam, aku turun Mardi untuk buat ukuran terakhir uniform bahagian Kejuruteraan. Bawak sorang budak tukang ukur, aku tinggal dia buat kerja, aku pun merayap serata Mardi.
Singgah kat tempat yg selalu ada lelong buah buahan tempatan hasil ciptaan Mardi ni, aku ternampak satu lori baru sampai. Pergh... ada rezeki aku kali ni. Kalau lama dulu aku pernah beli Durian yg berjenis jenis D ni (walau aku tak makan) dgn harga yg jauh lebih murah berbanding di pasar2 malam. Durian dulu, sekilo 50 sen jer.
Lepas tu, aku pernah beli Pulasan. Ni yg jenis gemuk tu, bijik kecik jer. Yg ni Sekilo RM4. 10 kilo aku angkat dulu. Pulasan ni, diorang makan dgn bijik sekali, ada yg goreng bijik tu, katanya rasa mcm kacang. Sekarang tunggu pokok berbuah.
Kemudian, aku terserempak dgn lori mangga dari Perlis. Dtg nak jual buah dia kat Mardi Serdang ni. Ada berjenis mangga. Dari cokanan, siku raja, emas hitam dan harum manis dia bawak. Yang ni diorang jual sama jer harga, RM3 sekilo. Kali ni aku belasah semua jenis, total 12 kilo kalau tak silap.
Hari ni sekali lagi aku terlangkah kanan. Sampai jer, tengok lori tu bawak turun berbakul bakul betik eksotika. Betik eksotika ni dia jenis yg kecik kecik buahnyer. Yang selalunya orang akan belah dua jer, then makan dgn sudu. Kalau kat hotel dia served mcm ni la, pastu ader yg makan dgn madu la, susu la, ais krim la. Betik ni pokok dia rendah jer, dan buah akan penuh didahan sampai nak cecah tanah. Kalau nak benih memang ada jual hari2 kat Mardi ni, tapi buah sekali sekala jer. Hari ni, betik lelong 3 kilo RM2, so aku angkat 10 kilo. Malam ni makan betik sampai shurrrrr........

11 Comments:

Blogger NONIE AZIZ said...

Masa kat langkawi abah aku selalu bagi netik eksotika ni kat burung spesis enggang..sampai la ni aku tak lalu makan betik!! harum Manis? pehhh...sedap tu...

Thursday, March 30, 2006 4:04:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

netik=betik

Thursday, March 30, 2006 4:04:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

mamarisya : siap buat correction tu, takpa saya bukan cik gu!!

Thursday, March 30, 2006 4:12:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

kahkahkahkahh...siutlah ko!!

Thursday, March 30, 2006 4:38:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

pelawas yg baik betik ni. juga org kata elok utk menurunkan berat badan. tak tahu pulak setakat mana kebenarannya tu.

Thursday, March 30, 2006 5:22:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

suka jugak makan betik ni. kat kampung sana betik ni jadi makanan burung, kat KL ni puas membeli......hehehe...

lama dah tak merayap mardi tu. dulu2 selalu la. banyak jugak teknologi baru diaorang cuma sayang banyak tak dikomersialkan.

Thursday, March 30, 2006 5:33:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

atok : pelawas tu setuju, memang lawas giler... tapi berat badan tu ..ermmm...susah nak jadi la..tgk org gak kut...hahahhahaha

Thursday, March 30, 2006 5:34:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

blackpurple : memang byk teknologi, yg paling best kandang kambing dia, canggih wooo... pastu ciku mega, sekilo sebijik...kautim...

Thursday, March 30, 2006 5:38:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

woo! nakkk! buah bacang ado? lamo tak cium bau bacang. pokok kek kampung den dah lamo kono tobang.

Thursday, March 30, 2006 9:07:00 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

Salams.. saya ikut jejak awak dr blog Mamarisyia..

bestnya bila awak sebut mangga tuh adehhh my feveret:) mmg ade selalu jual ek kat Mardi sana nun.. kalo dpt durian aduhhh sonoknyeeee

Friday, March 31, 2006 7:40:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

gitarletrik : bacang takdo, susah nak jual, kek kg yo ado...

ayu : timo kasih la jonguk sini, nanti musim durian den koba kan....murah tuu....tapi den tak makan....

Friday, March 31, 2006 12:16:00 PM  

Post a Comment

<< Home