`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: November 2006

Wednesday, November 29, 2006

Berhenti Kerja




Hari ni aku singgah tepi jalan beli The Star. Lepas tu terus pergi pekena telur separuh masak 2 bijik, nasi lemak dengan teh tarik dekat Tanjung. Kata Wak kalau pekena telur pagi pagi nanti kita power! Ya ya, Wak dah 5 orang anaknya. Kaitannya aku sendiri pun tak tau.

Memang power. On da way ke pejabat, aku berjaya potong 5 bijik Mini Cooper sekaligus diatas MRR2. Bangganya hingga terpapar sedikit riak dimuka.

Berjalan kaki nak ke pejabat, aku singgah kilang. Lama tak singgah sebab lama tak dapat order. Perubahan memang ketara. Aku cari cari, Barakath takder. Kata James, dia di rumah, so aku terus ke ruang pejabat yg disewa utk dijadikan rumah bebudak ni semua.

Aku tanya Barakath.

Aku : Apa pasal mau berenti?
Barakath : Sudah tarak tahan la Boss, 4 tahun sini kerja. Mau balik kampung!!
Aku : Oooo.. Bila mau balik?
Barakath : Tahun depan la Boss, Januari.
Aku : Habis apa pasal berenti sekarang?
Barakath : Tara apa la Boss, nanti bulan 4 saya mari la.


(aku tak berapa nak faham, tapi aku layan lagi)

Aku : Bulan 4 mau mari, angkat cuti la, apa mau berenti?
Barakath : Tara la Boss, saya mau cuti la, nanti balik India, saya berenti la.


Aku hulur dia RM10 suruh pergi minum.



Aku panas... Rasa macam nak makan kambing sekor...!!




*Hari ni Samy kata, tol dinegara kita yg paling murah di nusantara. Dah agak dah...!! dan errr... Mini Cooper tu atas treler...

Tuesday, November 28, 2006

Live Telecast ...?


Semalam Nicol menjadi Juara Dunia buat kali kedua berturut turut. Tahniah Nicol.

Dan buat kali keduanya berturut turut juga tiada siaran secara lansung yang menayangkan kejayaan ini. Sedih kan...!

Majulah Sukan untuk ....

Peace Yall...!!!


Hari ini dalam berita utama ialah Tol akan naik pada 1 Januari 2006. Apa agaknya alasan kerajaan kali ini. Yang pastinya, mereka akan berkata "negara kita antara harga tol yg paling murah...!"

Sama macam bila harga minyak naik dulu. Sama jugak bila harga gula naik hari tu. Dan sama jugak bila harga tambang tiket kapal terbang naik dulu.

Nampak sangat pucuk pimpinan sekarang ni cepat membuat keputusan dan akan mula mengkaji selepas itu. Yer betul, buat dulu, baru kaji. Entah mana punya style agaknya.

Yang paling ketara, harga tambang kapal terbang. Naik gila babas, lepas kena basuh dalam perhimpunan, baru keluar kenyataan akan dikaji semula. Tak ke bengong namanya tu.

Lepas tu, buat lagi kenyataan harga minyak juga mungkin dikaji jika harga dipasaran antarabangsa turun.

Apa yang jelas, bila dia umum akan buat lagi satu jambatan di Pulau Pinang yg ramai orangnya duduk di tanah besar. Dia pasti akan naikkan lagi apa apa barang. Dan sekarang, tol.

Kes ni macam korek lobang utk tampal lobang. Naikkan harga tol, utk tampung kos jambatan. Logik tak teori aku ni?

Cuba lah buat teori korek hidung. Kalau korek kena korek dua dua belah lubang hidung. Baru dua dua clear. Kalau korek sebelah jer, mana best kan. Kalau korek sebelah pastu masukkan dalam lubang lagi sebelah tu, lagi lah tak kena kan. Ada ker orang buat macam tu...?

Dan lepas ni mungkin akan keluar statement, kerajaan akan kaji semula kenaikkan harga tol. Hakikatnya dah dua tahun satu mamat tu berposing dgn kerisnya di perhimpunan agung, tapi entah bila dia nak guna keris tu tak tahu lah..... Agaknya dia nak bawak pergi berjuang menentang Israel....


Peace Yall....!







* Buat Abg Sani and Alia, kalau baca blog ni, aquarium Atuk dah meletup semalam.

Thursday, November 23, 2006

Dengan Izin

Air walau dicincang tak kan putus. Macam tu lah keluarga. Bagi aku lah. Tapi selalunya yg selalu akan mencuba utk memutuskan talian keluarga ni adalah ahli keluarga jugak.



Dengan kawan kawan, seringgit tak jadi masalah. Kalau setakat pinjam, tak bayar balik pun tak per. Tapi kalau dgn ahli keluarga, seposen pun akan jadi dendam yg lama.



Bagi aku, kalau bekerja atau paling straight foward (dgn izin), kalau berniaga, jangan lah diajak kaum keluarga. Sebabnya, dah banyak aku tengok tak lama keakraban tu. Paling lama pun 2, 3 bulan. Sebab akan timbul pelbagai perkara yg akan membuatkan salah satu pihak tak berpuas hati. Walaupun benda tu kalau dgn kawan kawan, sekejap jer selesai. Tapi bila dgn ahli keluarga sendiri, lama jadinya.



Jadi betul ker air tak putus kalau dicincang. Macam mana kalau ais batu? Atau Ais krim? Atau air batu campur..?



Kesian kawan aku yg sorang ni. Baru jer nak mula senang, tapi bila dah terlibat dgn ahli keluarga, habis satu kampung nak pulaukan family (dgn izin) dia ni. Apa nak buat?

Rasanya tak boleh pakai lagi dah, biar mati anak, jgn mati adat. Kita tukar kepada 'jgn saper saper mati!' baru betul agaknya. Sebab semua masalah tu pasti ada penyelesaiannya.

Dengan Izin......











powered by performancing firefox

Monday, November 20, 2006

Sembang



Yer yer, lama aku tak update. Jangan marah, sebab sebuk kesana kesini. Yer la, lepas raya ni kan, sebuk duk kutip hutang dan bayar hutang la.



Lagi satu sebab, takder cerita yg best nak dikongsi, atau pun nak diajak bersembang.



Minggu lepas tamat satu General Assembly. Bagi aku tahun ni atau kali ni, tak berapa menarik. Selain bendera parti diberi nama, semua perwakilan sebuk duk tunjukkan kesetiaan mereka kepada pucuk pimpinan sekarang. Bak kata seorang Datuk tu, cerita lama, takder cerita baru! betullah agaknya kata dia.



Tapi Datuk ni dia kata macam tu, semua marah. Sebab tak sehaluan dgn pucuk pimpinan. Mana hilangnya demokrasi? Sebab kita tak boleh ucapkan apa yang kita fikir. Ya tuan tuan semua, perlu diingat di perhimpunan agung, semua mesti bersetuju dgn kata kata pucuk pimpinan. Kalaupun tak setuju, diam kan saja. Baru selamat agaknya.



Selain cerita cerita biasa yg berkisar memartabatkan hak orang melayu, seperti tahun tahun lalu, perhimpunan ni jugak tak kering dengan gelagat para perwakilan yang penuh dgn gurau senda, usik usik, sindir sindir dan lawak lawak yang lucu dan tak kurang jugak yang lucah. Biasa. Kalau tak ada yang itu, tak meriahlah agaknya.



Dalam semua yang aku terdengar, ucapan yang paling buat aku berfikir ialah bila Abg Lah kata, dia bukan pemimpin sepenggal. Jadi Tok Jib ingat ingat lah, lama lagi lah nampaknya duduk kat kerusi No 2 tu. Faham faham jer lah.







Akhir sekali, ni ada sedikit pantun dari wakil Sabah.



Jinak Jinak Burung Merpati

Ditangkap Dia Lari

Jinak Jinak Burung Sendiri

Ditangkap Isteri Terus Berdiri

Jinak Jinak Kami

Pantang Dicabar ...



Aku lupa la....





powered by performancing firefox

Thursday, November 09, 2006

Kemut

Apa kelas main mercun raya raya ni. Sekarang main bom. Boleh hancur satu badan.

Bulan syawal ni, biasalah, open house melambak lambak. Kira ok lah tu, nampaknya dalam kemelut ekonomi yang semua harga naik ni, open house seperti setiap tahun. Tetap ada. Sampai takder ruang masa untuk aku sendiri nak buat rumah terbuka ni. Maafkan aku kawan kawan.



Semalam dekat Bangi. Aku jumpa seorang kawan dan kami sembang sembang. Dah letih bersembang, dia ajak makan.

Dia : Wei.. jomlah makan, dah tengah hari dah ni. Perut aku dah lain macam dah ni.
Aku : Isk, aku dah heavy breakfast lah tadik, aku minum jer la...
Dia : Hek eleh.. jangan la kemut sangat.. sesekali la...
Aku : Dah 3 hari kena cirit birit ni, kau jangan cerita bab kemut la, aku dah tak boleh nak kemut dah ni, takder kesan apa apa...
Dia : Puii.....!!!!



So jangan lah cerita bab kemut mengemut ni, aku ngilu.....!!!





Tuesday, November 07, 2006

Rumah Terbuka


Hari ni masuk opis, aku tak berapa ada mood nak kerja. So aku buat teh o, aku baca The Star. Tak banyak cerita menarik. Yang ada cerita pasal satu mamat tu dah disahkan tak melakukan sodomi. Eloklah tu, dah 8 tahun pun kes tu.

Pastu selak selak, terbaca ruangan sms. Ramai yang tak puas hati dengan Datuk Z ni. Mana taknya, korang sendiri tahu kan kisah dia ni. Dah la orang kenamaan, pastu buat perangai cam tu lak tu. Yang best tu, dah kena maki hamun dgn Sultan pun dia buat muka tak malu gak tu. Kesian aku dengan orang kaya yang macam ni. Sedih.

Yang MB pulak buleh duk dolak dalih lagi. Macam tak berkuasa lansung. Hairan jugak bila baca kes ni. Dah lama dah, BPR pun macam takder apa apa tindakan keatas Datuk Z ni. Power sangat ke dia ni? Ataupun BPR pun dah tak ada power...?

Terbaca bab Bangsa Malaysia. Ini satu lagi agenda yang aku rasa akan menghangatkan perhimpunan agung Umno next week. Yer lah, bukan kita boleh main terima jer apa saja idea diorang ni. Kena tengok jugak kesan sampingan dia tu. Maybe ada udang duk menyuruk kat celah celah ikan bilis. So harap2 semua pemimpin yg tak dilamun duit tu, renung renungkanlah...

Dan satu hal lagi. Pasal open house rumah aku. Korang jgn mimpi lah, sebab aku dalam keadaan tak berapa sihat lagi. Walaupun semua yg lain dah ok, aku masih diambang ubat ubatan. Tadik baru masuk toilet lagi, hari ni dah masuk 3 kali... teh o pun dah naik kembung aku minum.... Tapi kalau ada sesaper nak jemput utk hadir open house dia, aku on!!!!!


Friday, November 03, 2006

Salam Syawal



Terasa macam panas jer mata aku bila baca semua duk marah aku tak update. Kejadah benda nak update pun aku tak tau. Lama sangat bercuti. Menaip pun berterabur dah ni.

Raya aku dekat SP tahun ni meriah jugak. Ramai yang balik termasuk Datuk S dan Datuk K, first time beraya dikampung mertuanya. Dengan baju hijau kuningnya, Datuk S sempat menghiburkan semuanyg datang dgn 2 lagu dia.

Tak pernah2 kampung aku sesak. Tahun ni macam Jalan Ampang, sampai kami nak keluar rumah pun tak boleh. Penangan Datuk S ni memang power.

Balik KL, anak beranak kena demam. So, cuti kami bertambah la lagi 2 hari. Ni semua dah semakin ok, cuma lepas ni mungkin kena layan open house pulak. Sesaper yang berniat nak jemput aku tu, silalah...