`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Rumah Terbuka

Tuesday, November 07, 2006

Rumah Terbuka


Hari ni masuk opis, aku tak berapa ada mood nak kerja. So aku buat teh o, aku baca The Star. Tak banyak cerita menarik. Yang ada cerita pasal satu mamat tu dah disahkan tak melakukan sodomi. Eloklah tu, dah 8 tahun pun kes tu.

Pastu selak selak, terbaca ruangan sms. Ramai yang tak puas hati dengan Datuk Z ni. Mana taknya, korang sendiri tahu kan kisah dia ni. Dah la orang kenamaan, pastu buat perangai cam tu lak tu. Yang best tu, dah kena maki hamun dgn Sultan pun dia buat muka tak malu gak tu. Kesian aku dengan orang kaya yang macam ni. Sedih.

Yang MB pulak buleh duk dolak dalih lagi. Macam tak berkuasa lansung. Hairan jugak bila baca kes ni. Dah lama dah, BPR pun macam takder apa apa tindakan keatas Datuk Z ni. Power sangat ke dia ni? Ataupun BPR pun dah tak ada power...?

Terbaca bab Bangsa Malaysia. Ini satu lagi agenda yang aku rasa akan menghangatkan perhimpunan agung Umno next week. Yer lah, bukan kita boleh main terima jer apa saja idea diorang ni. Kena tengok jugak kesan sampingan dia tu. Maybe ada udang duk menyuruk kat celah celah ikan bilis. So harap2 semua pemimpin yg tak dilamun duit tu, renung renungkanlah...

Dan satu hal lagi. Pasal open house rumah aku. Korang jgn mimpi lah, sebab aku dalam keadaan tak berapa sihat lagi. Walaupun semua yg lain dah ok, aku masih diambang ubat ubatan. Tadik baru masuk toilet lagi, hari ni dah masuk 3 kali... teh o pun dah naik kembung aku minum.... Tapi kalau ada sesaper nak jemput utk hadir open house dia, aku on!!!!!


17 Comments:

Blogger rina said...

apa... sabtu ni ke ko buat open house... orait akuon jer... muahahahaha

Tuesday, November 07, 2006 12:44:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

oooo...rumah org lain ko on rumah ko macam2 alasan ko eik...anak aku dalam perut ni teringin nak gi open house ko...

Pasal Datuk Z tu aku sokong ko dia memang tak malu...pasal YB tu pun aku setuju jugak....

Tuesday, November 07, 2006 3:01:00 PM  
Blogger yus said...

mem pun tak sihat ker OS, bukan nko yg masak pun.....kesian kawan2 tu nak merasa open house rumah nko....aku ni yelah..jauh....kalau tak aku serbu gak, alamat dah ada...hehe.

Tuesday, November 07, 2006 3:48:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Kesian kau ray-raya ni OS..

Tak kuasa nak layan BPR yang tu, baik layan BPR yang 'aku hanya serangga'....

Tuesday, November 07, 2006 4:32:00 PM  
Blogger Amiene Rev said...

ho ho...

Tuesday, November 07, 2006 6:19:00 PM  
Blogger ayu_mkay said...

ooo jgn harap ekkk.. sib baik mmg tak harap.. klu idak mmg tak de harapan laaaaaahhh...

tgh tak sihat ke.. lorrrr sian nyerrr.. hope cepat sembuh ye

Wednesday, November 08, 2006 9:04:00 AM  
Blogger cuaca said...

Dato Z, MB dan BPR pi mai pi mai tang tu jugak....tapi perasan tak MB macam guna botox jer...sapa berani komen? *mrasalah!

Wednesday, November 08, 2006 9:11:00 AM  
Blogger debikdebuk said...

boleh tahan gak politik kau ek OS...

Wednesday, November 08, 2006 9:53:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

laaaa tak baik lagi ke? kesian

Wednesday, November 08, 2006 10:22:00 AM  
Blogger me! said...

alamak, perangkap yang ke5 gak paling sedih beritanya..harap harap berita tu tak berlarutan...

Wednesday, November 08, 2006 1:03:00 PM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

dari awal sampai akhir wa tersengih baca N3 ni.

satu je wa terperasan kelainan pada MB hang lu war warkan tu...dia nampak lain la kebelakangan ni....

pasal open hse, kira wa satu undi la dgn lu...on aje he he

Wednesday, November 08, 2006 1:11:00 PM  
Blogger ~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

alahai..siannyerrrr...x sihat lagikk....ala ...kalau x wek open house pun x po..sapo nk dtg..dtg jo lah kann...hehehee

Wednesday, November 08, 2006 1:37:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

wwehh busuk satu ampang,,ekekeee..jenuh ler pedih montot.. tuh..ekekeke sian OS

Wednesday, November 08, 2006 4:37:00 PM  
Blogger Syikin said...

salam,

harapnya dah sembuh sepenuhnya..

Wednesday, November 08, 2006 9:37:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

BPR? Rock uuuuuuuuuuuu... Keunggulan cintaaaaa.. dari sinar mata...

mana nak nampak benda2 tu wei.. depa mabuk bercinta dgn minah rock lagi hahaha..

Open house kalau aku buat.. malas nak ajak ko lah.. kang kalau perot ko buat hal lagi... busuk toilet aku wei kena kasi tumpang hahaha

Wednesday, November 08, 2006 9:37:00 PM  
Blogger zino said...

agaknya terlebih ke rumah terbuka org lah agaknya tu.. rasanya kalau buat kat rumah OS elok le sakit2an dia tu hehe

Wednesday, November 08, 2006 10:32:00 PM  
Blogger tedungS said...

semekom, aku 1st time kat sini.
diorang tu mmg mangkuk, buat malu org melayu je. nama melayu gak buruk, dah la ramai org dok gelakkan kita ni, sbb mangkuk2 camtu lah. hins hins (tahan marah ni weh)

Thursday, November 09, 2006 10:04:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home