`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Peace Yall...!!!

Tuesday, November 28, 2006

Peace Yall...!!!


Hari ini dalam berita utama ialah Tol akan naik pada 1 Januari 2006. Apa agaknya alasan kerajaan kali ini. Yang pastinya, mereka akan berkata "negara kita antara harga tol yg paling murah...!"

Sama macam bila harga minyak naik dulu. Sama jugak bila harga gula naik hari tu. Dan sama jugak bila harga tambang tiket kapal terbang naik dulu.

Nampak sangat pucuk pimpinan sekarang ni cepat membuat keputusan dan akan mula mengkaji selepas itu. Yer betul, buat dulu, baru kaji. Entah mana punya style agaknya.

Yang paling ketara, harga tambang kapal terbang. Naik gila babas, lepas kena basuh dalam perhimpunan, baru keluar kenyataan akan dikaji semula. Tak ke bengong namanya tu.

Lepas tu, buat lagi kenyataan harga minyak juga mungkin dikaji jika harga dipasaran antarabangsa turun.

Apa yang jelas, bila dia umum akan buat lagi satu jambatan di Pulau Pinang yg ramai orangnya duduk di tanah besar. Dia pasti akan naikkan lagi apa apa barang. Dan sekarang, tol.

Kes ni macam korek lobang utk tampal lobang. Naikkan harga tol, utk tampung kos jambatan. Logik tak teori aku ni?

Cuba lah buat teori korek hidung. Kalau korek kena korek dua dua belah lubang hidung. Baru dua dua clear. Kalau korek sebelah jer, mana best kan. Kalau korek sebelah pastu masukkan dalam lubang lagi sebelah tu, lagi lah tak kena kan. Ada ker orang buat macam tu...?

Dan lepas ni mungkin akan keluar statement, kerajaan akan kaji semula kenaikkan harga tol. Hakikatnya dah dua tahun satu mamat tu berposing dgn kerisnya di perhimpunan agung, tapi entah bila dia nak guna keris tu tak tahu lah..... Agaknya dia nak bawak pergi berjuang menentang Israel....


Peace Yall....!







* Buat Abg Sani and Alia, kalau baca blog ni, aquarium Atuk dah meletup semalam.

6 Comments:

Blogger Lan Rambai said...

waaa... blog ini sudah bertukar jadi blog serius pulak hahaha

Tuesday, November 28, 2006 2:57:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Yer lan, sejak minyak kereta aku kena isi RM70 baru penuh.... tak senonoh betul...

Tuesday, November 28, 2006 3:01:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

naik lagi??? aduuu.... suruh mertua aku pindah rumah kat area rumah aku la senang kalau gitu.

Tuesday, November 28, 2006 3:43:00 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

Mmg tak patut. Takut la nak drive gi Alor Setar yg 462km dr KL ni. Berapa la duit tol campur duit minyak campur duit berhenti makan kat R&R lepas tu campur duit buah-buahan beli kat R&R dsb. Habisla.. Abah saya pindah Alor Setar bulan ni. pengsan le nak travel ke sana. Baik terbang guna Air Asia agaknya. :)Kalau dapat promosi RM0.99 tu mmg bagus .

Tuesday, November 28, 2006 8:29:00 PM  
Blogger Sastri said...

harap2 tambang MAS, tol dan minyak dikurangkan... tak larat laa nak bayar weh...

Wednesday, November 29, 2006 2:36:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Yang pasti Lebuhraya syarikat aku takkan naik sehingga tahun 2008...So sapa yang nak balik Aloq Setaq tu duit tol kalau keluar dari Jalan Duta sila sediakan RM 100 - 120.00 untuk perjalanan pergi dan balik...

Wednesday, November 29, 2006 2:43:00 PM  

Post a Comment

<< Home