`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Dengan Izin

Thursday, November 23, 2006

Dengan Izin

Air walau dicincang tak kan putus. Macam tu lah keluarga. Bagi aku lah. Tapi selalunya yg selalu akan mencuba utk memutuskan talian keluarga ni adalah ahli keluarga jugak.



Dengan kawan kawan, seringgit tak jadi masalah. Kalau setakat pinjam, tak bayar balik pun tak per. Tapi kalau dgn ahli keluarga, seposen pun akan jadi dendam yg lama.



Bagi aku, kalau bekerja atau paling straight foward (dgn izin), kalau berniaga, jangan lah diajak kaum keluarga. Sebabnya, dah banyak aku tengok tak lama keakraban tu. Paling lama pun 2, 3 bulan. Sebab akan timbul pelbagai perkara yg akan membuatkan salah satu pihak tak berpuas hati. Walaupun benda tu kalau dgn kawan kawan, sekejap jer selesai. Tapi bila dgn ahli keluarga sendiri, lama jadinya.



Jadi betul ker air tak putus kalau dicincang. Macam mana kalau ais batu? Atau Ais krim? Atau air batu campur..?



Kesian kawan aku yg sorang ni. Baru jer nak mula senang, tapi bila dah terlibat dgn ahli keluarga, habis satu kampung nak pulaukan family (dgn izin) dia ni. Apa nak buat?

Rasanya tak boleh pakai lagi dah, biar mati anak, jgn mati adat. Kita tukar kepada 'jgn saper saper mati!' baru betul agaknya. Sebab semua masalah tu pasti ada penyelesaiannya.

Dengan Izin......











powered by performancing firefox

15 Comments:

Blogger Pa'chik said...

banyak libatkan keluarga nanti orang kata nepotism, macam kat kelang tu.

Friday, November 24, 2006 3:14:00 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Bro...maafkan aku...

Friday, November 24, 2006 9:02:00 AM  
Blogger Unknown said...

'dgn izinnye' mmg sume bleh t'jadi. tak kirala apa jua bendanye pun

Friday, November 24, 2006 9:17:00 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

Aku juga pernah mengalami nya OS. Semua nakm elingkup kan dan bukan nak menyenangkan.....

Friday, November 24, 2006 11:53:00 AM  
Blogger Titicaca said...

Dengan izin,

aku setuju dgn pandangan itu..kalau dgn ahli keluarga lagi susah..sbb dah stail org kita yg tak buleh cakap straigh forward..takut terasa etc..sbb tu sometimes yg org yg tak de kena mengena sedara dgn kita yg lebih rapat dgn kita..
dengan izin..

Friday, November 24, 2006 2:30:00 PM  
Blogger Kemat said...

sbbnya kita melayu banayk berlapik..nak cakap lebih2 takut hilang saudara, gaduh keluarga..lagi senang wat bisnes ngan org asing

Friday, November 24, 2006 9:57:00 PM  
Blogger zino said...

kenapa yg selalu gaduh pasal berniaga ni orang melayu.. yg selalu dengki pun orang melayu yang selalu dendam pun orang melayu yang suka racun santau pun oarng melayu juga..

sampai bila pun tak boleh maju kalau macam tu.. sabar je lah..

Saturday, November 25, 2006 10:07:00 AM  
Blogger ayu_mkay said...

psl tanah sekangkang kera pun adik beradik leh gadoh! nak plak duit yg bernilai tuh...

tapi tulah kata org busuk2 daging di basuh di makan jua...

tapi ada gak org yg tak nak basuh dah.. buang terus... tega sungguh org tu kan...

Saturday, November 25, 2006 12:15:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

kalau sama sama bertolak ansur insyaAllah tiada apa apa, tapi kan, baiasala manusia kan

Saturday, November 25, 2006 3:16:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Orang kita kalau tak ada PhD, bukan orang kita namanya...

Dah macam dalam parlimen pulak nak ber 'izin izin' pulak ...

Saturday, November 25, 2006 11:18:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

mmg betul os..biarlah panggil org luar join bisnes ngan kita drp panggil keluarga sendiri..silap sikit, boleh putus silaturrahim, naknya pulak yg pandai buat cerita..adeeiii

Saturday, November 25, 2006 11:56:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

cakap lebih2 kang, terasa hati. Bagitau mak abah kang, jadi gaduh pulak. Aku kalau nak suruh jadi penjamin...sori la...(adik beradik lain citer) Biar bergaduh dulu, jangan gaduh kemudian.. err.... dengan izin...

Sunday, November 26, 2006 1:27:00 AM  
Blogger sinaganaga said...

Wo!

Monday, November 27, 2006 6:42:00 PM  
Blogger Sherin de Souza said...

Betul tu OS! Mmg merbahaya kalau berniaga atau JV dgn ahli keluarga. Kalau silap faham sikit...... habis semua. Baik elakkan la..

:)

Monday, November 27, 2006 7:54:00 PM  
Blogger Faridt said...

i like the way u wrote 'dengan izin'. Mcm perhimpunan agong Umno baru2 ni lah. :)

Tuesday, November 28, 2006 11:29:00 AM  

Post a Comment

<< Home