`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: January 2007

Wednesday, January 31, 2007

Dealoba



Aku ingin merasa terbang.

Dalam jet VIP.





*sila sambung sendiri

Tuesday, January 30, 2007

Dengar Dengar





Baru baru ni, ada satu kematian di satu kawasan kediaman mewah di Kajang. Ahli keluarga pun segera meminta bantuan salah sebuah masjid di kampung berdekatan untuk mengebumikan simati.



Setelah semuanya di sediakan. Ahli masjid pun beredar kerumah simati untuk membawa mayat ke kawasan tanah perkuburan islam untuk disemadikan.



Tapi apa yang berlaku sangat menyedihkan. Bila sampai para ahli masjid dirumah simati. Dilihat mayat siap dipakaikan dgn pakaian cantik dan siap dihias wajahnya. Tidak seperti mayat islam lain yg pastinya akan dikafankan.





Mohon perlindungan dari Allah..





* andai benar kisah ini, diharap menjadi teladan, andai tidak benar mungkin ia suatu cereka untuk menginsafkan kita. Andai sesiapa yg mengetahui cerita sebenar, sila betulkan.

Tuesday, January 23, 2007

Ampang Pecah



Kisahnya. Suatu ketika dulu, daerah Kuala Kubu terkenal dengan kisah buaya putih.

Dikatakan, ada satu masa, seorang pembesar inggeris yang memerintah disitu pernah menembak seekor buaya yang sangat besar. Buaya tersebut dikatakan sedang mengganas dan mengganggu penduduk sekitar.

Kematian buaya tersebut tersebar luas.

Tidak lama kemudian, muncul seekor buaya putih yang tidak kurang besarnya. Diakatakan ini adalah pasangan kepada buaya yang ditembak mati itu. Buaya putih ini diceritakan telah mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.

Suatu hari, buaya putih ini telah mengamuk di bahagian pintu air di empangan. Dengan dia menghentakkan badannya ke dinding empangan. Hal ini menyebabkan dinding empangan pecah.

Maka sehingga hari ini dinamakan kawasan tersebut Ampang Pecah.


*******


Wallahualam....demikian cerita lisan yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai.


*Diharap tak ada lah mana-mana buaya yang cuba nak menghempaskan badan ke mana-mana empangan di Johor dalam masa terdekat ni. Amiiinnnnn.....



Sangkut Paut : Misi Buluh, Masjid Ampang Pecah

Thursday, January 18, 2007

Dalam Talam Ada Batu



Jumpa untuk berbincang pasal trip ke Kenyir. Sambil menunggu milo tarik aku sejuk sikit, aku tanya Lan.



Aku : Kau tak jenguk jenguk batu talam ke Lan? Selalu kau sure sebuk jer...

Lan : Masa awal awal hari tu jer aku pergi. Sekarang dah ramai sangat. Malas.






Seteguk sirap bandung dia hirup. Sambil mengetuk ngetuk abu rokok ke bawah meja.



Aku : Bila kau ni nak bertanding Lan? Asik ikut orang jer, kau pun boleh jugak..kan?

Lan : Tak boleh. Kalau boleh dah lama aku try.






Aku : Isk.. kau ni kira orang kuat jugak ni. Apsal pulak tak boleh..?

Lan : Diorang kata ... lidah aku tak bercabang....!!






Erkkk....!!!







Wednesday, January 17, 2007

Kenyir


*Gambar Ihsan - Azlan Ambia [019 3594836 ]









*Gambar Ihsan - Azlan Ambia [019 3594836 ]

Monday, January 15, 2007

Misi Buluh

Kami tiba tepat jam 12.50tgh. 33 minit lagi azan zuhur akan berkumandang menandakan masuk waktu solat Jumaat hari ini. Tersergam besar Masjid Kuala Kubu Bharu.

Dia : Bukan, bukan masjid ni la, ni masjid baru ni.. kita pusing pusing dulu...
Aku : Okay..


Aku memecut menghala ker Bukit Fraser.

Dia : Bukan sini lah K, pusing balik jalan kita datang tadi lah..
Aku :Okay..


Tiba di satu simpang, dia mengarahkan aku belok ke kanan. Menyusur satu jalan kecil seakan menuju masuk ke sebuah kampung. Seketika aku terlihat sebuah masjid lama disebelah kanan jalan, sebelah kiri jalan, sebatang sungai kecil.

Dia : Ha, ni lah dia... ada pokok buluh tu... Kita berhenti sekejap..
Aku : Tapi macam takder solat jumaat jer sini, tak cukup makmum agaknya...
Dia : Agaknya..



Aku turun sambil mata liar memerhati sekeliling kawasan Masjid Jaek Ampang Pecah. Di menara tertera tahun 1926. Mungkin tahun masjid ini dibina.

Dia terus menuju ke arah rumpun rumpun buluh hutan diatas bukit bersebelahan masjid.


Dia : Aku tak tahu lah apa gunanya, tapi itulah misinya, ambik buluh kat sebelah masjid ni.. kau simpanlah satu... nah...
Aku :...????....


Selesai solat jumaat di masjid besar tadi, kami kembali ke KL....





Kalau Takut Dilambung Ombak..



Klik Pada Gambar untuk lebih jelas


* Kalau takut dilambung ombak, pakej ni memang sesuai untuk anda...

Peringatan : Nama Ujang' pada brosur adalah Ujang' yang sama yang pernah melukis Aca, Atuk dan Jibam satu ketika dulu..




Thursday, January 11, 2007

From LCCT to Manchester



Wuah, RM9.99 jer dah boleh terbang ker Manchester. Best best, dalam kesibukan semua barang naik harga ni. Tiba tiba Fly Asian Express(FAX) buat magik nak bawak orang terbang ke Manchester dengan Tiket serendah RM9.99.

Perlu diingat harga ni tak termasuk pelbagai cas lain seperti minyak dan tax. Pun begitu, ini dah kira murah la jugak. Sistem beli dulu, naik kemudian ni nampaknya menjadi. Yer lah, kita booking dan bayar dulu 3 atau 4 bulan sebelum terbang. So duit dah melambak masuk sebelum jadual penerbangan sebenar.



*********



Kalau dulu untuk penerbangan dekat. Tidak lebih 3 jam. Air Asia takder bekalkan sebarang makanan atau minuman percuma di atas pesawat. Ok lah, sekejap jer.

Tapi kalau penerbangan berjam jam ke Manchester ni, cuba bayangkan kalau lepas ni dia tak bagi makanan dan tak boleh guna toilet pulak.



Ha ha... nak murah la katakan...




Wednesday, January 10, 2007

Lebih Sensitif



Kenapa lebih ramai anak lelaki yang meraung menangis dihari pertama persekolahan...?



Mana mana kita tengok, baca atau dengar cerita. Budak lelaki yang sebelumnya terkenal ganas, mancho, jatuh longkang pun tak nangis, tapi bila hari pertama kat sekolah, dia lah juara meraung.



Aku jawab " memanglah, sebab lelaki lebih sensitif dari perempuan.. ha ha.."



Sebenarnya budak lelaki ni dia kesian kat mak dia duduk rumah sorang sorang tak der saper teman. Sebab tu dia menangis masa hari pertama tu, dia sedih.



Dan untungnya kalau hari pertama dia menangis paling kuat kat dalam kelas, dia akan cepat dikenali. Yang paling best, dia dapat makan dengan Cik Gu, dan kadang kadang pergi toilet pun Cik Gu temankan.



Ha ha...





Monday, January 08, 2007

50 Tahun...?



Semalam di Sunway, perarakan membantah kenaikan harga tol (Jeff Ooi) diadakan. Dan seperti biasa, satu rancangan TV pun tak tersiar kisah ini. Biasalah, kalau rakyat cuba nak menyuarakan rasa hati, bukan penting sangat pun. Baik siarkan perasmian Tahun Melawat Malaysia yang rata ratanya para VIP datang lambat.



Dan sperti biasa, tak ada ulasan sedikit pun dari pihak menteri menteri atau wakil rakyat wakil rakyat yang dipilih untuk membela nasib rakyat. Ya mungkin benar bak kata Naga, "mereka wakil rakyat, nama kamu rakyat kah...?". Atau mereka ini lebih kepada wakil dari kerajaan kepada rakyat bukan sebaliknya.



Satu lagi beban yang mungkin kita lupa nak bangkitkan. Belanja persekolahan anak anak yang semakin melambung. Dilihat cuma dari bayaran yuran sekolah dgn pelbagai jenis yuran dan derma itu ini sudah cukup untuk membuat kita lupakan Lawatan melawat Malaysia tahun ini. Tambang bas dan van jugak naik dengan alasan logik harga minyak naik. Belanja seragam sekolah jugak tak seragam.



So jangan asik nampak harga tol naik dengan harga cukai jalan yang setahun sekali tu dimurahkan. Tapi yang lain terlepas pandang.



Aku terfikir. Ikhlas ker aku nak kibar bendera untuk sambut 50 tahun?





Wednesday, January 03, 2007

Gangguan



Boring. Aku pergi ke kereta, ambik Yasin. Kembali ke kerusi lepak depan pintu wad kecemasan. Aku mula baca.



Gangguan.

Lalu seorang lelaki india dengan awek dia. Awek tu naik atas. Lelaki tu lepak sebelah aku.



Dia : Abang, tunggu siapa.. ?

Aku : Saya punya pak cik baru masuk sini, sudah koma.

Dia : Ooo.. Saya punya kawan tadi, dia punya emak pun dekat sini, 'breast cancer' sudah stage 4...



Aku angguk kepala sikit. Aku sambung baca.

Gangguan lagi.



Dia : Abang.. you baca doa ka...itu..?

Aku : Err.. lebih kurang macam tulah... Kalau boleh ok, mintak dia sihat la.. kalau tak boleh baik lagi, mintak kasi cepat la... Kesian jugak lama lama sakit...

Dia : Ooo...




Sambung lagi baca.

Lagi gangguan.



Dia : Abang.. Sori arr.. boleh tolong doa saya punya emak punya kawan ka..?

Aku : Err... boleh la...

Dia : Mau kasi cepat la...






Erk....!!!









*
Pak Sharif kembali ke rahmatullah 24 Disember 2006 di Wad CCU HKL. al fatihah.....





Monday, January 01, 2007

Dua Kosong Kosong Tujuh



Selamat Tahun Baru.



Semoga akan terus berjaya dan dirahmati....