`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Ampang Pecah

Tuesday, January 23, 2007

Ampang Pecah



Kisahnya. Suatu ketika dulu, daerah Kuala Kubu terkenal dengan kisah buaya putih.

Dikatakan, ada satu masa, seorang pembesar inggeris yang memerintah disitu pernah menembak seekor buaya yang sangat besar. Buaya tersebut dikatakan sedang mengganas dan mengganggu penduduk sekitar.

Kematian buaya tersebut tersebar luas.

Tidak lama kemudian, muncul seekor buaya putih yang tidak kurang besarnya. Diakatakan ini adalah pasangan kepada buaya yang ditembak mati itu. Buaya putih ini diceritakan telah mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.

Suatu hari, buaya putih ini telah mengamuk di bahagian pintu air di empangan. Dengan dia menghentakkan badannya ke dinding empangan. Hal ini menyebabkan dinding empangan pecah.

Maka sehingga hari ini dinamakan kawasan tersebut Ampang Pecah.


*******


Wallahualam....demikian cerita lisan yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai.


*Diharap tak ada lah mana-mana buaya yang cuba nak menghempaskan badan ke mana-mana empangan di Johor dalam masa terdekat ni. Amiiinnnnn.....



Sangkut Paut : Misi Buluh, Masjid Ampang Pecah

19 Comments:

Blogger MAMARISYIA said...

Teringat kat berita semalam berita bidas cadangan MB negeri Johor nak bina lebih banyak empangan bagi ngelak banjir...apa gunanya empangan berpuluh2 tapi tak diselenggara sebaik mungkin!!

Tuesday, January 23, 2007 4:19:00 PM  
Blogger Ayu said...

setuju dgn MR .. tgk juga berita tu and paling kagum tgk Tengku Mahkota Johor turun padang..garang tuuuu...

kebanyakkan empangan dah cetek..sebab tu tak dpt menampung air yg banyak..hasilnya? BANJIR!

Tuesday, January 23, 2007 5:42:00 PM  
Blogger KAMATO said...

Ni kira cerita sejarah... hehe

Wednesday, January 24, 2007 12:04:00 AM  
Blogger kingbinjai said...

oooo baru aku tahu

Wednesday, January 24, 2007 10:07:00 AM  
Blogger .:HalogAmora:. said...

alkisah.. kenapa slalu org cita buaya kaler putih.. x de buaya hijau ke biru ke merah ke...

Wednesday, January 24, 2007 11:54:00 AM  
Blogger nUr@dDeEn said...

oooo... kisahhh. tapi buaya tu takder otak, mmg xleh salahkan dia. tp macamana plak org2 yg membiarkan air dlm empangan mengalir ke kampung org tanpa notis? nak klasifikasikan sebagai org bijak ke atau sebaliknya...?

Wednesday, January 24, 2007 7:24:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

rasa cam baca buku sejarah ler plak..

Thursday, January 25, 2007 10:59:00 AM  
Blogger sinaganaga said...

StrepSILLLLLLLLLS!!!

Thursday, January 25, 2007 3:47:00 PM  
Anonymous wan said...

Salamz,

macam pernah dengar cerita ini...tapi kat mana ek? :D


naga: awak tahu tak yang strepsils tu ada mengandungi alcohol...awak mintak doktor DEQUA - LOZENGES, cepat baik dan sedap rasanya...saya sudah cuba, berkesan. :D

Thursday, January 25, 2007 5:09:00 PM  
Blogger nUr@dDeEn said...

Woi bro Naga, ko jangan ulang lagi.... StrepSILLLLLLLLLS tu.

tak sedap...x sedap.... :P

Thursday, January 25, 2007 5:30:00 PM  
Blogger Kak Lady said...

Ooohhh!!...Gitu rupa cerita asal usul Ampang Pecah....

Thursday, January 25, 2007 6:04:00 PM  
Blogger semut said...

oooo.gituuu.oooo

Thursday, January 25, 2007 7:11:00 PM  
Blogger zino said...

cerita purba lah ni ya.. hehe

buaya kat johor tu kabar nya lompat ampang dan sekarang dah lepak kat melaka.. hehe

Thursday, January 25, 2007 10:47:00 PM  
Blogger zizie ali said...

pengkaji kitab 'sejarah melayu' mentafsirkan buaya putih sebagai 'kuasa barat'. buaya putih menyambar keris sultan melaka melambangkan barat akan menjajah dunia melayu. demikianlah adanya.

Friday, January 26, 2007 6:08:00 AM  
Blogger blackpurple said...

Kontraktor yang buat itu tak ikut spesifikasi masa buat dan pihak majlis berkuasa tempatan pun tak pantau. Itu pasal sekali kena libas buaya pun boleh pecah.

Ha ha ha.

Friday, January 26, 2007 12:54:00 PM  
Blogger Sastri said...

tingat citer Bujang Senang yg bermaharajalela kat Sungai Rejang di Sarawak dulu...

Saturday, January 27, 2007 2:05:00 PM  
Blogger Dame RoSse said...

alkisahnye...

Sunday, January 28, 2007 2:23:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

Hello sexy girls | sexy webcam videos | live chat xanax cheap xanax buy xanax online phentermine buy phentermine online phentermine cheap tramadol buy tramadol online tramadol cheap levaquin buy levaquin online levaquin cheap lnorvasc buy sex online
babe online casino online casino online lroulette online blackjack online lpoker online phentermine online xanax xanax buy phentermine phentermine buy phentermine cheap | live chat
Enjoy

Monday, January 29, 2007 12:19:00 PM  
Blogger Led said...

seingat aku ada satu nama tempat tu tempayan pecah.....tapi tak ingat kat mana....

Monday, January 29, 2007 8:14:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home