`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Misi Buluh

Monday, January 15, 2007

Misi Buluh

Kami tiba tepat jam 12.50tgh. 33 minit lagi azan zuhur akan berkumandang menandakan masuk waktu solat Jumaat hari ini. Tersergam besar Masjid Kuala Kubu Bharu.

Dia : Bukan, bukan masjid ni la, ni masjid baru ni.. kita pusing pusing dulu...
Aku : Okay..


Aku memecut menghala ker Bukit Fraser.

Dia : Bukan sini lah K, pusing balik jalan kita datang tadi lah..
Aku :Okay..


Tiba di satu simpang, dia mengarahkan aku belok ke kanan. Menyusur satu jalan kecil seakan menuju masuk ke sebuah kampung. Seketika aku terlihat sebuah masjid lama disebelah kanan jalan, sebelah kiri jalan, sebatang sungai kecil.

Dia : Ha, ni lah dia... ada pokok buluh tu... Kita berhenti sekejap..
Aku : Tapi macam takder solat jumaat jer sini, tak cukup makmum agaknya...
Dia : Agaknya..



Aku turun sambil mata liar memerhati sekeliling kawasan Masjid Jaek Ampang Pecah. Di menara tertera tahun 1926. Mungkin tahun masjid ini dibina.

Dia terus menuju ke arah rumpun rumpun buluh hutan diatas bukit bersebelahan masjid.


Dia : Aku tak tahu lah apa gunanya, tapi itulah misinya, ambik buluh kat sebelah masjid ni.. kau simpanlah satu... nah...
Aku :...????....


Selesai solat jumaat di masjid besar tadi, kami kembali ke KL....





12 Comments:

Anonymous lanrambai said...

buloh betung ke wei? aku rasa kalau buat tabung.. boleh jadi double kot isinya haha

Monday, January 15, 2007 4:18:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

hmm utk aper buloh tu??citer lar tanyalah diaa

Monday, January 15, 2007 6:09:00 PM  
Blogger ayu_mkay said...

carik mesjid tu nak solat jumaat ke nak amik buluh? buluh apa tu? penting sgt gayanya... klu ada power share2 ler kat kengkawan..hehehehe.

Tuesday, January 16, 2007 8:31:00 AM  
Blogger Mr PenyuBiru said...

nak buat lemang kot.maybe bini dia ngidam nak makan lemang.hehe..

Tuesday, January 16, 2007 10:16:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

Lan - bukan buluh betung pun, buluh miang ni...

Tiara - dah cerita lah tu..

AyuMK - Cari masjid dihari jumaat, faham2 jer la...

Penyu - Buat lemang tak jadik nyer, halus nak mampus.....

Tuesday, January 16, 2007 10:25:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

buat seruling kaa?

Tuesday, January 16, 2007 12:13:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

buat meriam?

Tuesday, January 16, 2007 4:18:00 PM  
Blogger zino said...

buloh sebelah masjid... nak buat tangkal ke..hehe

Tuesday, January 16, 2007 8:07:00 PM  
Anonymous neeziee said...

kalau bukan mengidam nak makan lemang,
mesti mengidam nak makan buluh ni..

Wednesday, January 17, 2007 7:58:00 AM  
Blogger Mamamanja said...

agenda utama dia apa? nak p sembahyang jumaat atau p carik buluh??

Wednesday, January 17, 2007 1:34:00 PM  
Blogger marlinabaharom said...

buluh perindu ker???

Wednesday, January 17, 2007 2:13:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Misi dia utk buluh tu lah, so disebabkan sebelah masjid, tunggulah jumaat, bolehlah berjumaat sekali, tapi masjid tu dah takdibuat solat jumaat, so ambik jer buluh, then pergi masjid besar kuala kubu utk solat jumaat...

Dan buluh tu masih aku taktau apa gunanya, aku letak jer atas almari baju aku, berabuk la tak lama lagi tu...

Nampak cam buluh hutan jer, takder rupa buluh lemang pun, apa lagi buluh perindu atau buluh betong...

Kalau nak buat tangkal utk tak kencing malam boleh la kut... hahahahhaha...

Wednesday, January 17, 2007 2:35:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home