`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: April 2007

Friday, April 27, 2007

Kalikaca







K : Jang !!!, kau tau mano nak carik masjid Tuan Tulis?, den on da way ko pilah ni..



Dio : Eleh, ekau sampai yo kek Tanjung Ipoh tu, ekau carik balai pulis. Peh tu ekau tengok tengok ado sign dio kek simpang 'kalikaca' tu...



K : Yolah, nanti den sosek, den tipun kau laie...









Selesai sembahyang jumaat, kami mencari cari tempat untuk makan tengahari.





K : Jang..!! mano kodai makan 'kalikaca' ekau cakap tadi tu, den carik takdo pun...



Dio : Laaa...!!! sapo lak kato restoren, tu pojabek gomen tu, kek simpang tu, ekau tak perasan ko...



K : Errkkk...!!! Den silap ko....?











Setelah lalu sekali lagi, baru perasan, rupanya yang dimaksudkan ialah 'Agriculture'. Kat simpang tu ada pejabat agriculture.







Labels:

Thursday, April 26, 2007

Masjid Genting Highland

Masjid Yayasan Wan Muhamad Noah. Genting Highland, Pahang.

Seakan bersembahyang di atas awan. Keadaan sejuk dgn kabus mengelilingi Masjid. Masjid ini tak perlukan kipas atau penghawa dingin. Keadaan sejuk semula jadi.




Selesai solat jumaat, kabus pun hilang. Keadaan kembali cerah, tapi angin masih bertiup.

Labels:

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Diatas pertabalan Seri Paduka Baginda Yg Dipertuan Agung Ke-13 keatas Sultan Mizan Zainal Abidin. Sultan Negeri Terengganu Darul Iman.

Daulat Tuanku

Labels:

Monday, April 23, 2007

Masjid Tuan Tulis

2 minggu aku terlepas nak update bab ziarah ni. So aku rewind ke belakang 2 minggu. Ni masa kami ke Kuala Pilah, berkesempatan singgah di Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kami berjumaat di Masjid Tuan Tulis.

Tuan Tulis ni seorang ulama terkenal di Negeri Sembilan sekitar tahun 1900an. Ketokohan dia ni membuatkan Yam Tuan Negeri Sembilan pada ketika itu berkenan mendirikan sebuah Makam utk beliau selepas beliau meninggal pada tahun 1923.


Depan Masjid yg dibina pd 1920


Sedikit Cerita Tuan Tulis



Bahagian Dalam Masjid Lama Tuan Tulis


Rebana Lama


Al Quran Tulisan Tangan Tuan Tulis




Makam Tuan Tulis bersebelahan Masjidnya, sentiasa berkunci

Makam dari dalam, dibatukan sebab ramai yg dtg ambik pasirnya



Labels: , , ,

Tuesday, April 17, 2007

Merendap







Satu malam, seorang rakan pejabat bersantai bersama keluarga dirumahnya. Sambil sambil dia membelek beg sekolah anaknya. Faiq baru memulakan alam persekolahan tahun ini. Darjah Satu.



Selain buku buku sekolah, ada beberapa keping kad Dragon Ball dan pensil pensil yang patah matanya berselerak didalam beg.



Ternampak satu kad ucapan harijadi. Masih elok dan terselit kemas dicelah buku matematik yang tebal. Perlahan lahan dibuka sampul dan dibaca. Tertulis "Dari Faiq untuk Yana".



Tersenyum, lalu diberitakan kepada isterinya.







Ibunya : Abang..! siapa Yana ni abang..?

Faiq : Isskk... Mana boleh ibu baca.. iskk... bak sini balik....




Faiq terus memeriksa begnya, dia pastikan kad itu tidak hilang.







Malam sedikit, siayah pula bertanya.



Ayahnya : Abang, siapa Yana tu..?

Faiq : Ala... kawan abang la, abang selalu rendap rendap
dia....













Labels:

Monday, April 16, 2007

Idaman Kalbu

Hmmmm... yang mana satu....
Idaman Kalbu.....
Tidak Tertahan....
Menanggung Rindu......!!!



Nikon D40




Samsung SGH-i600



Labels:

Thursday, April 12, 2007

Masjid Pekan, Kuala Selangor

Entry in sepatutnya sambungan dari entry Beruas. Tak sepatutnya aku tak ceritakan, sebab dah ada gambar yang diambil. Jadi utk menambah koleksi entry Ziarah ni, aku buat satu entry baru.

Dari Beruas, kami melalui jalan ke Setiawan, Lumut, Teluk Intan, Bagan Datoh, Sabak Bernam dan singgah Asar di Kuala Selangor. Kami singgah di Masjid Pekan Kuala Selangor. Lokasi masjid betul betul dikaki bukit Melawati dalam pekan Kuala Selangor.

Dari Depan Masjid

Gambar Gambar Dari Tempat Aku Berasar

Masjid berkedudukan agak tinggi dari jalan raya. Masjid lama yang telah diperbaharui ini kelihatan tenang. Kami sampai pun sudah hampir jam 6 petang. Masjid ni ada tedapat kolah air lama yang kelihatan sudah kecil berbanding satu masa dulu. Kini dilengkapi air paip utk berwuduk.

Kawasan sekitar masjid berhampiran dengan Kawasan Telaga Tujuh. Aku cuma sempat ambik gambar dari masjid sahaja, tak sempat melawat kawasan Telaga Tujuh. Apa cerita sejarah tentang Telaga Tujuh ni aku tak dapat, cuma yang aku tahu ada 7 buah Telaga kat situ.

Kawasan Telaga Tujuh

Disini juga aku nampak kompleks makam lama Sultan Sultan atau Raja Raja Selangor dari belakang masjid. Disini lah bersemadinya 3 Raja selangor yang pertama sebelum kompleks makam dipindahkan ke Jugra di Kuala Langat. Antara yang disemadikan disini ialah Raja Lumu, Raja Ibrahim dan Raja Muhammad yang memerintah dari tahun 1745 hingga 1857.

Makam Diraja

Dalam kawasan Makam ini juga terdapat sebuah meriam yang bergelar Meriam Penggawa. Ia dibalut kain kuning. Ikut ceritanya meriam ni diambil di dasar Sungai Buluh pada tahun 1966. Yang misterinya, pernah meriam ini meletup sendiri satu ketiak dulu. Sekarang dah takder dah, maybe jin dia dah tua.

Deretan Meriam Lama



Rumah Api


'Koala Bear' atau orang sini panggil Lotong

Labels:

Wednesday, April 11, 2007

KE"malang"AN



Semalam kereta baru Kak Wa kena pecah. Lokasi yang tak selamat tu dekat parking lot LRT Salak Selatan. Situ dah la takder jaga yang berjaga dan keadaan agak sunyi pada satu satu masa.


Yang lebih malang selain cermin pecah dan radio hilang, habis dash board rabak dan aircond pun hancuss. Nak ambik radio ambik la baik baik, takyah la rabakkan semua.



Nak tambah lagi ke"malang"an, dengar cerita hari ni aircond kat opis pulak rosak.

Errkk....!!!!



* gambar sumber tidak BERNAMA




Labels:

Tuesday, April 10, 2007

Kampung Kota, Beruas, Perak

Perjalanan ke Beruas dari Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam. Kami keluar di plaza tol Gopeng danterus menyusuri jalan lama ke Batu Gajah. Melalui sebelah Kelleys Castle terus ke Seputeh, masuk ke Parit dan sampai di beruas tepat jam 1 ptg.

Mencari cari sebuah masjid lama yang masih digunapakai, kami masuk ke jalan menghala ke Setiawan. Lebih kurang 2 km dari pekan Beruas, terletak sebuah masjid Kampung Kota. Dibahagian belakang masjid, ada sebuah perkuburan islam.

Yang menariknya, keadaan disekitar masjid begitu tenang. Semua yang hadir rata rata penduduk kampung yang bekerja diladang kelapa sawit. Setiap yang hadir akan terus bersalaman sesama jemaah, tidak kira orang tempatan mahupun orang luar.

Sebelum azan, kedengaran bunyi paluan kayu seakan memberi tahu semua penduduk, waktu zuhur sudah masuk. Kemudian barulah azan bergema. Hanya lebih kurang 8 saf jemaah yang sama sama solat jumaat disini.

Ada juga tempat kalau nak beli bahulu. Kena susur jalan belakang masjid. Kena lalu sebelah kawasan kubur.


Di Kampung Kota ini juga terdapat satu kawasan makam lama. Kalau ikut papan tanda ini adalah kawasan Makam Raja Beruas I dan II. Bila di wiki, aku tak dapat byk cerita pasal Kerajaan Tua Beruas ni.

Tapi berdasarkan batu nesan yang ada tu, memang dari jenis batu nesan Acheh lama. So mungkin benar ada keturunan dari Acheh yang memerintah Beruas satu masa dulu.

Setakat ni je lah yang dapat aku kongsikan. Lain lain kalau nak tahu lebih mendalam, korang wiki lah sendiri, atau carik lah buku buku yang berkaitan.



Labels:

Monday, April 09, 2007

hnnss... hnnsss...





Mak kata hari ni hari malu aku. Sebab hari ni aku akan kontrol tahap dewa. Hnnnsss... Hnnssss....





Hadiah paling best, semalam bila anak dgn isteri bersungguh sungguh menyanyikan aku lagu selamat. Dan bila diorang sedar jam baru pukul 11 malam, dua dua gelak termalu.



Bila sampai masa sebenarnya, dua dua dah berdengkur... Hampessss...







Hnnnsss... Hnnnssss... kontrol hidung...!!!!







Labels:

Monday, April 02, 2007

Masjid Al Ghufran, Pinggiran TTDI





Jumaat lepas kami ke Sungai Penchala. Mencari cari masjid yang menarik nak berjumaat. Turun dari lebuh raya Sprint dari Jalan Duta, kami terus masuk ke kampung Sungai Penchala. Bertembung satu masjid lama di kawasan tu.



Tak tergerak utk berhenti disitu. Teru menyusuri jalan jalan dicelah celah rumah. Sampai di jalan bersebelahan highway LDP. Disebelah sana jalan, ternampak Ikea dan Ikano.



Disebelah kiri kami, ada sebuah masjid. Cantik, tinggi diatas bukit. Kami terus naik mengikut papan tanda yang ada. Sampai di perkarangan Kompleks Masjid Al Ghufran.



Masjid tidak berapa besar, tapi lengkap dgn pelbagai prasarana moden. Masjid ini mempunyai cafe ditingkat bawahnya. Sesak dgn ramai para jemaah yang singgah mengisi perut sebelum bersolat.



Masjid ini juga Mempunyai bilik konferen dan bilik bilik hotel yang boleh disewa oleh para musafir.



Kelengkapan dalam masjid juga begitu cantik dan terbaru. Pendingin hawa memang menguji keimanan. Sejuk mengalahkan opis aku pulak.



Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Kompleks Masjid ni, try tengok website dia ni. Masjid Al Ghufran.







Labels: