`o.n.t.a.h.s.a.p.o`

Monday, August 06, 2007

Masjid Sungai Cinchin, Gombak

Masjid Sungai Cinchin, Batu 9, Gombak


Binaan Makam Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi



Makam Sheikh dan Isteri


Makam Sheikh


Makam Saudara terdekat disekelilingnya



Kubur percubaan yang dibina Sheikh Muhammad Nor


Sedikit Kisah Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi :

Perkampungan Islam Kampung Cincin di pinggir bandaraya Kuala Lumpur masih wujud dan beberapa kesan pentadbiran secara Islam yg diterajui oleh al-Kholidi masih dpt dilihat.

Perkampungan ini diterokai oleh al-Kholidi sekitar 1894 bersama pembantunya yg juga seorg alim bernama Zainal Abidin. Kedua2 tlh pergi ke Mekah melalui Thailand dan India utk mengerjakan haji dan melanjutkan pelajaran terutama dlm bidang tasawuf dan tarikat.

Syariat Islam benar2 terlaksana di Sg Cincin krn al-Kholidi begitu bijak memimpin, mentarbiah di samping menyusun strategi pembangunan utk memenuhi tuntutan hidup.

Utk memastikan syariat Islam benar2 terjaga, al-Kholidi mewujudkan petugas2 (polis). Beliau juga membina r4umah penjara (4 buah) utk mendidik mereka yg melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hingga kini.

Dlm soal melaksanakan hukuman al-kholidi tidak bersikap pilih kasih. Siapa shj yg bersalah pasti akan dikenakan hukuman, bahkan salah seorg drp isterinya sendiri pernah juga dipenjara beberapa hari.

Utk tinggal dan menuntut ilmu di Perkampungan Islam Sg Cincin ini, al Kholidi tidak mengenakan sebarang bayaran. Tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.

Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, Kampung Cincin bukan shj tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yg datang. Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun. Kehidupan dan pengajian berjalan sebagaimana biasa.

Suatu yg barangkali tidak pernah dibuat oleh sesiapa tetapi ada di Kampung Cincin iaitu 'kubur percubaan'. Letaknya di luar mihrab masjid bertujuan utk menginsafikan pengikut2nya terhdp soal2 mati, alam barzakh, padang mahsyar, akhirat, syurga dan neraka.

"Bagi sesiapa yg ingin mencuba, dibenarkan masuk ke liang lahad selama beberapa ketika dgn syarat atau cara tertentu. Inshaallah dpt merasai sebahagian drp alam ghaib seperti yg terdpt di alam kubur".

Muhammad Nor al-Kholidi meninggal dunia dlm usia 58 tahun pd 1932 dan meninggalkan begitu byk jasa dan murid.

Wallahualam....

Labels: , , ,

Monday, April 23, 2007

Masjid Tuan Tulis

2 minggu aku terlepas nak update bab ziarah ni. So aku rewind ke belakang 2 minggu. Ni masa kami ke Kuala Pilah, berkesempatan singgah di Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kami berjumaat di Masjid Tuan Tulis.

Tuan Tulis ni seorang ulama terkenal di Negeri Sembilan sekitar tahun 1900an. Ketokohan dia ni membuatkan Yam Tuan Negeri Sembilan pada ketika itu berkenan mendirikan sebuah Makam utk beliau selepas beliau meninggal pada tahun 1923.


Depan Masjid yg dibina pd 1920


Sedikit Cerita Tuan Tulis



Bahagian Dalam Masjid Lama Tuan Tulis


Rebana Lama


Al Quran Tulisan Tangan Tuan Tulis




Makam Tuan Tulis bersebelahan Masjidnya, sentiasa berkunci

Makam dari dalam, dibatukan sebab ramai yg dtg ambik pasirnya



Labels: , , ,