`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Hamis Kambing

Friday, June 30, 2006

Hamis Kambing

Mata aku naik buntang mengira anak anak pokok tongkat ali. Semuanya kecik kecik. Tak sampai 5cm tinggi. Tapi disebabkan semuanya bertanda dgn nombor. Aku terpaksa mengira. Yang mati aku perlu catitkan. Yg hilang juga sama. Walaupun baru tamat SPM, tapi kira kira aku disekolah tak semacam ini.

Kemudian aku perlu ukur pula. Tingginya berapa. Habis dipetak satu. Pindah ke petak dua. Begitulah sehingga habis semua 50 petak 1m kali 1m.

Kalau aku tak buat. Apa lagi aku nak buat. Aku berdua dgn pak cik renjer Husin. Dia pun buat benda yg sama macam aku. Cumanya dia mengukur lilit pokok yg besar. Yg hilang juga akan dicatit. Yg mati juga akan dicatit. Yg telah cukup besar dan sedia utk ditebang akan ditanda dgn cat merah. Yg belum, catnya kuning.

Dalam hutan Pasoh ni. Mungkin kami sahaj manusia. Kalau ada yg lain boleh bercakap seperti kami, mungkin jelmaan atau khayalan kami sahaja. Jauh. Dari pintu hutan kesini 2 jam berjalan kaki.

Kalau 2 hari lepas kami dikejar babi hutan. Hari ini sunyi. Tuli.

Tiba tiba. Renjer Husin dtg dekat aku. Hari hampir gelap katanya, "jom balik". Kejadah orang tua ni. Baru pukul 4 suku ptg.

Aku malas nak tanya. Berjalan dibelakang Renjer Husin sambil mengamati hutan. Bau hamis seakan bau kambing yg dari tadi aku hidu kian kuat. Mungkin bau badan Renjer Husin agaknya. Tapi kenapa pulak makin kuat. Makin berpeluh agaknya. Dia berjalan semakin laju. Tak menoleh lansung.

Tiba di satu kawasan berpagar. Didalamnya ada 3 menara kanopi permerhatian. Disini tempat kajian kanopi hutan. Kami masuk dan Renjer Husin mengunci pagar dari dalam. Kami naik menara pertama. Dari ketinggian 25 meter aku hairan dgn kelakuan Renjer Husin yg tak tentu. Dia bagai mencari cari sesuatu dibawah menara.

Dia kemudian menunjuk dgn jarinya. "tuu, nampak tu..."

Aku terdiam. Seekor Harimau belang melintas didepan pagar yg kami masuk tadi. Aku jadi tergamam. Kalau aku tahu tadi, dah lama aku lari tinggalkan Renjer Husin. Atau aku akan berjalan lebih laju didepan dia. Sampai hati dia tak bagi tahu aku.

Kami keluar esok subuh. Itupun setelah ada orang lain yg masuk utk mengukur balak. Masuk balik sambung kerja tengah harinya. Kali ini aku lebih cepat mengira.







19 Comments:

Blogger Dame RoSse said...

ohh nasib ko tak bau cam kambing...
ala ala bau Davidoff gitu eh..
:)

Friday, June 30, 2006 4:51:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

rosse ; wei davidoff bau cam kambing ker..hahahaha kau ni marah saper yg pakai tu.......

Friday, June 30, 2006 4:54:00 PM  
Blogger cuaca said...

nasib aku tak pakai davidsoff tapi berangan nk beli heheheh

Friday, June 30, 2006 5:13:00 PM  
Blogger cuaca said...

over lah kan nk post 2x sorry tertinggal "aku tak dapat lagi sticker tu?"

Friday, June 30, 2006 5:15:00 PM  
Blogger Dame RoSse said...

ahhh betul tu cuaca,
jangan beli...
pakai je jenama lain.
cuba ko beli jenama beckham tu.
gerenti bau cam dia lepas berbola...
muahahaha

Friday, June 30, 2006 5:16:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

iskk naik bulu roma..
oo bau rimau mesti bau hamis ekk

Friday, June 30, 2006 5:24:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

kalau aku jadi ko mesti aku pengsan dulu baru lari...

Friday, June 30, 2006 5:31:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

cuaca : jgn, nanti dia kata kau bau hamis...

rosse : pandai jer kau...entah ker wangi pulak, mana tahu...?

tiara : agaknyer ler, aku bau memang kuat....

MR : sebab aku tak tahu, kalau tahu...aku dah sampai kat kereta dah...

Friday, June 30, 2006 5:37:00 PM  
Blogger rina said...

mula2 seriua baca... tp sampai part "dah lama aku lari tinggalkan Renjer Husin..." gelak guling2 aku... muahahaha. besar ke pak belang tu????

Friday, June 30, 2006 5:45:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Rina : kau ingat aku tak kuat lari ker? dulu aku no 8 terpantas kat sekolah tau...dulu la...besar tu entah la dr atas nampak kepala dia pun dah 3 kali kepala aku...

Friday, June 30, 2006 5:48:00 PM  
Blogger Dame RoSse said...

ontahsapo & cuaca:: tak betul ker?
kalau beli minyak wangi beckham, bau macam beckham la... bau bekam per.
lepas main bola sepak kat padang berpeluhpeliq takkan ler bau harum bak kasturi.
lain ler ko pakai minyak atar cap unta.
dah bau unta pula.

Friday, June 30, 2006 10:56:00 PM  
Blogger Syikin said...

hush..kuat bau hamis tu sbb rimau tu baru lepas baham cik bing (kambing) tu tak?

kalau ya, tak pelah melenggang kangkung depan dia.

hehe..padanlah pak renjer tu bagitau tau OS awal2, sbb tau OS akan tinggalkan dia.

cantiklah sticker tu. hmm..kiranya keta sapa yang ada tu, taulah pemilik keta tu sorang blogger..ya tak?

Saturday, July 01, 2006 2:29:00 AM  
Blogger blackpurple said...

Kat rumah atuk aku kat kampung banyak pokok tongkat ali. Yang kecik2 macam pokok tauge pun ada. ...

Hutan Pasoh kat mnana ha...?

Saturday, July 01, 2006 2:53:00 PM  
Blogger Sastri said...

oooo... mcm tu bau harimau ekk... isk isk... sib baik sempat sampai sebelum dia terkam... pandai renjer tu agak timing dia...

Saturday, July 01, 2006 3:04:00 PM  
Blogger zino said...

kalau tak ada renjer tu mungkin kau tak berganjak.. sebab ingatkan kambing.. jadi lauk le lepas tu hehe.. kira nasib baik jugak tu..

Sunday, July 02, 2006 4:17:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

Adakah entry ini membawa makna tersirat yang begini...... kalau anda ingin mempunyai deria seekor kambing yang tahu akan kehadiran pemakannya, maka badan anda mestilah berbau seperti kambing?

Monday, July 03, 2006 9:56:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

rosse : kau pakai minyak wangi apa ha?

syikin : tak berminat ker..? order la satu...

zino : renjer tu sungguh tak patut tak kasi tau aku...

lan : entah, tapi kononnya bau rimau mcm bau kambing...agaknya...kata renjer...

Monday, July 03, 2006 10:11:00 AM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

la...sib baik x apa2. kalau tidak innalillah...

Monday, July 03, 2006 12:10:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

halo : umur panjang, nasib la..

Monday, July 03, 2006 3:08:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home