`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Saper Yang Menang?

Friday, June 02, 2006

Saper Yang Menang?

Semalam aku sampai rumah awal 10 minit dari biasa. Anak2 buah dah sampai semuanya.

Aizat (6 tahun) : Uncle K, Aizat ada teka teki. Nak dengar tak?
Aku : OK. Apa dia?
Aizat: Kalau Batman lawan orang jahat siapa menang?
Aku : Teka teki bukan macam tu la Aizat. Dengar uncle K kasi teka teki. Aizat jawab!
"Ada seekor binatang. Kaki dia mcm gajah. Mata dia mcm gajah. Telinga dia mcm gajah tapi dia kecik sikit dari gajah. Apa dia?"
Aizat : Lembu!
Aku : Salah. Lagi, lagi...!
Aizat : Harimau!
Aku : Salah. Jawapannya, anak gajah.

Diam sekejap. Muka mcm tak puas hati.

Aku : Ok, sekarang Aizat pulak kasi teka teki.
Aizat :OK. Aaarrrr........Kalau orang jahat lawan Spiderman, siapa menang?
Aku : Arghhhhh.....................Tak nak la main lagi.....

15 Comments:

Blogger Lan Rambai said...

Cikgu: Mana Aizat belajar jadi loyar bruk ni?
Aizat: Uncle K yang ajar cikgu ekekeke

Friday, June 02, 2006 2:59:00 PM  
Blogger BooK said...

ontah:
setahun ade berape hari?

Friday, June 02, 2006 3:16:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

muahahha...sebenar nyer...ontah tak tau jawapan teka teki anak sedaro dio tu!!muahahah...kabe line tu...cesssss...

Friday, June 02, 2006 3:26:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

lan : aku cuba nak ajar dia berteka teki....

book : ni nak masuk sekali hari raya dgn hari ibu ke rtak ni...?

MR : aku dah taknak pikir pasal soalan tu lagi....

Friday, June 02, 2006 3:41:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Dah taksub dengan spiderman tu...hehehe

Friday, June 02, 2006 4:25:00 PM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

lu buli budak tu yek? tp aku stuju ngan mamarisya, kabe line la tu......hahahahaaa

Friday, June 02, 2006 4:27:00 PM  
Blogger rina said...

budak kecik buleh ler ko kelentong OS... hehehehe

Friday, June 02, 2006 4:29:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : aku rasa dia dah rasa dia spiderman sebenarnya...

halo : aku dah taknak citer pasal soalan tu lagi...

rina : aku cuber, tapi aku yg tertekan....

Friday, June 02, 2006 5:19:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

jawapan dia spderman ler..terror budak tu buli uncle K nih.

ps:dia tak tau ke dulu uncle K ni peminat HE-MAN

Friday, June 02, 2006 6:14:00 PM  
Anonymous fazamania said...

aku suka melayan budak2 .... dia cakap straight...tapi aku suka konar kot lain ...

Friday, June 02, 2006 6:21:00 PM  
Blogger Syikin said...

hehe..dah agak dah anak gajah jawapannya.

nape tak mo jawab soalan anak buah tu? bagi dia pening sikit heheh

Saturday, June 03, 2006 8:05:00 PM  
Blogger Hamka said...

Hari tu aku ada ziarah kakak aku kat bukit payung dan ank saudara aku telah bagi satu teka teki yg agak muskil.
Soalan:
Ada 3 ekor burung sedang hinggap kat satu tiang atas sebuah kapal,
burung tersebut berwarna hitam, putih dan kuning.
Bila burung putih terbang tak de apa apa yang berlaku pada kapal tersebut, tapi bila burung hitam terbang maka kapal itu tenggelam. kenapa?
puas aku pikir jawapan, langgar ais-salah, burung garuda-salah, kapal bocor, salah.
peninh kepala aku last2 korang tau apa jawapanya?
kapal tu kapal selam....

Sunday, June 04, 2006 12:22:00 PM  
Blogger Ayu said...

OS, kalo xmen plak lawan dgn org jahat..sape menang?


hahahahahahaha

Monday, June 05, 2006 10:35:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

Hah, rasakan. Nak kenakan si aizat, aizat kenakan awak balik. Keh keh keh

Monday, June 05, 2006 12:44:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

tiara : kau jgn eksen..nanti aku kasi soalan susah nanti...

syikin : aku dah lupakan soalan dia tu...

hamka : budak2 memang cam tu, terutama bila dia boleh kenakan kita..kemain suka...

ayu : aku baru tgk xmen semalam, ok gak...tapi ada gak org baik mati..

KV : sumpah takder niat nak kenakan dia...dia jer hampehh....

Monday, June 05, 2006 1:13:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home