`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Vacum Perisa Epal

Tuesday, August 01, 2006

Vacum Perisa Epal

Ahad. Aku tiada dirumah. Pulang dari Ulu Yam, ada vacum baru dirumah. Katanya baru dibeli my MIL. Boleh tahan harganya.

Lantas aku teringat entry Lan Rambai berkisar tentang pengalaman dia menjual vacum dari rumah kerumah. Mungkin jenama yg sama. Cop Pelangi. Harganya memang terasa. Tidak hairan lah kalau ramai pelanggan Lan Rambai yg menolak dgn sopan.

Mesin ni sebenarnya ada pelbagai fungsi. Selain memvacum, dia boleh diubah fungsi sebagai pencuci udara. Ha ini yg best, siap ada pelbagai perasa yg boleh kita tukar utk mengharumkan keadaan sesuatu bilik. Canggih.

Kalau mengvacum pulak, dia menggunakan air utk membersih. Semasa demo, tilam anak aku bersih dicuci. Tanpa perlu disidai atau direndam. Tirai juga cuma perlu divacum, dan dlm masa yg sama dicuci dgn air bersih. Power. Mudah dan lebih memalaskan.

Semalam, penjual datang lagi utk mendemo cara mewangikan udara rumah. Dia mencuba perasa pine', dan sekejap sahaja, keadaan air yg menjadi asas cucian vacum ini, menjadi keruh. Wah.. banyaknya habuk diruang tamu kami. Tak pernah kami perasan. Walau setiap pagi bibik mengemop.

Dan esok aku akan cuba mencuci udara dlm kereta aku dan menggantikan dgn perasa epal.






14 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

aku tak mampu beli.. bleh ko tolong vacuum khete aku supaya ada perasa peach??

Tuesday, August 01, 2006 12:42:00 PM  
Blogger ibuVouge said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Tuesday, August 01, 2006 12:58:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

aku pun sama ngan mar tak mampu nak beli vacum tu..perasa lavender ada utk letak kat khete ku jugak...

Tuesday, August 01, 2006 1:00:00 PM  
Blogger Unknown said...

strawberry ke lemon ke...bleh la suruh bibik dtg umah wa...tolong vacuum ha ha

Tuesday, August 01, 2006 1:04:00 PM  
Blogger rina said...

aku chop sabtu ni....

Tuesday, August 01, 2006 1:37:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku tau, kau musti tak akan beli punya yang ada perasa derian..kan..kan...

Tuesday, August 01, 2006 1:43:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

aku jawab sekali semua :
barang itu MIL aku yg beli, so dia yg punya, aku cuma nak menumpang jer, sebab dirumah tu aku berpangkat engineer.. dan apa2 benda pelik aku yg akan kena cuba dulu.. tapi semalam seluruh ruang tamu perisa pine.. nak harapkan aku yg beli, jgn harap lah....

BP : durian, jgn harap lah.....

Tuesday, August 01, 2006 1:46:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

tumpang jangan x tumpang... doyan pun besh apa.. hehehe

Tuesday, August 01, 2006 2:38:00 PM  
Blogger rudy bluehikari said...

berminat la plak. berapa harga sbeuah? setakat 200 mau gak beli...

Tuesday, August 01, 2006 3:01:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

ko mmg memperabih reta MIL ko!!!!kengkonon mencuba..tgk2 memperabih...

Tuesday, August 01, 2006 3:09:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

weii OS tngkap gmbar tempek ssini..mcm menarik lah..maybe sesuai utk org tak mo tangan dia kasar mcm aku kut ..mueuehehehehe

Tuesday, August 01, 2006 4:04:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MM : kalau ader doyan tobat aku tak usik...

rudy : harganya tak mcm harga vacum rudy, pelik lak aku..

MR : aku menantu yg baik... kang kalau aku tak try, dia kecik hati lak kan...

tiara: nanti berkesempatan aku gambarkan.. kalau kau nak beli cuba tanya lan rambai, maybe dia agen lagik... mungkin dia boleh demokan dirumah kau...

Tuesday, August 01, 2006 4:27:00 PM  
Blogger Sastri said...

sas takde vacuum cleaner laaa...

Tuesday, August 01, 2006 7:20:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

Sori.. lambat komen.. aku ada kursus ari ni. Aku tak pernah jual vakum Rainbow ni. Yang aku jual Lux atau nama dulu2nya Electrolux. Konsep Rainbow ni tak sama ngan Lux sebab Lux believes kalau vakum sedut air tak tahan lama dan maintenance susah sebab air akan masuk dalam motor vakum tu. Rainbow ni kalau dulu2 harganya dekat RM5k. MIL ko tu beli berapa ek?

ps.... MIL tu apa maksudnya ek?
pss.. esok aku kursus lagi sehari.. bosannyaaaa

Tuesday, August 01, 2006 11:47:00 PM  

Post a Comment

<< Home