Traffic Light
Alhamdulillah. Siang tadi semua berjalan lancar. Semua anak angkat dah berada di rumah mak dan bapa angkat masing2. Kampung Sungai Dulang yg siang tadi riuh, kini dah semakin sunyi. Aku dan anak2 buah yg lain, masing2 sebuk mengemas agenda untuk esok.
Tiba tiba van buruk Tok Sidang sampai di perkarangan bilik urusetia. Atau lebih tepatnya, surau tempat kami tinggal. Tok nak ajak kami keluar minum2. Katanya. Pelawaan Tok Sidang tak kan nak dihampakan. Disini, dialah ketua kampung atau penghulu. Walaupun agak muda usia. Tapi dia mewarisi jawatan itu dari bapanya. Semua orang kampung hormat dia. Kami pun.
Katanya, "kalau semua nak ikut, kita kena 2 van lah". Sebagai KP, takkan aku nak tinggalkan anak buah kut. Jadi aku bawa semua. 12 remaja lelaki. Seorang Tok Sidang. Seorang Pembantu Tok Sidang. 2 buah van. Sebuah Kereta.
Mulanya aku terbayang teh tarik dan roti canai yg panas. Maklumlah, keletihan saban hari melayan keluarga angkat. Tak sempat nak menjamah jamuan. Setelah bergerak hampir 30 minit, aku masih belum nampak sebarang tanda tanda berhenti. Tiada alat perhubungan seperti telefon bimbit lagi. Kami hanya menggunakan walkie talkie yg dipinjam dr pihak universiti. Aku tanya Tok di kereta depan "Tok, jauh lagi ker?, mata dah ngantuk ni..!" Diam sekejap, dia jawab "kejap jer, jumpa traffic light masuk kanan"
Dah 3 Traffic light kami tempoh. Semuanya belok kanan. Malam semakin muram. Jam ditangan kiri dah hampir pukul 1 setengah pagi. Semua di belakang dah lena diulit intan'. Aku bersuara lagi "Tok, semua dah lena ni, mana nak pergi ni?" Dia selamber jawab "Dah dekat dah, nampak traffic light jer, masuk"
Berapa traffic light lagi gamaknyer. Tiba tiba aku perasan tulisan di sebuah restoran KFC yg dah tutup. Kami di pekan Lumut. Agaknya. Jauh betul kami berkereta dr Simpang Empat Bagan Datoh tadi. Patut lah tak sampai2.
Dan sebaik aku sedar kami di Lumut. Van Tok Sidang didepan masuk kiri mengarah ke sebuah barisan rumah kedai yg semua kedainya dah tutup. Takder tanda tanda kedai makan atau restoran. Tapi kereta penuh beratur.
Rupanya, Tok bawa kami ke Kelab Dangdut. Pertama kali aku ke dangdut malam itu. Dan hingga kini, tiada yg kedua kali. Yang peliknya nama kelab itu "Traffic Light".

19 Comments:
warrghhhh..very the funny one la..
best tak kopi dangdut?
cehh..
tok sidang kaki dangdut????
cehhhh...hempeh punya tok sidang!!rosak anak2 muda yang mengekor!!Ontah ko tak rosak akhlakkan??
Wah! Pi kelab dangdut Traffic Light.. Syoknya! Hhahaha!!!
apa punya tok sidang.....
amboi2 tok sidangnye puuun....nakal na..ajanq bebudak ni pi dangdutttt..
psss, sana ada kopi dangdut ka?
camno erk dangdut traffic light tuh? gamaknya bila lampu ijo sumer rancak nari... bila kuning sumer dah ready tuk berenti.. bila merah... sumer stop menari erk? huhuhuhu
titicaca : kopi dangdut biasa jer, tak best sgt la...nanti dah upload kau layan...
oren : sidnag yg paling selamber...siap belanja semua tu...
MR : aku masih suci...
HM : pengalaman layan dangdut dgn rata2 yg ada semuanya veteran...
esis : sidang ni rock sket...
halog : dia cuma nak belanja minum.. bukan kata kopi, coke, sprite semua dah jadi dangdut kat situ...
MM : lampu memang byk, dah ngalahkan raya, tapi kat dlm memang happening....
hahah..sabor jeklah...
ada ka org tua ajar anak2 muda masuk kelab dangdut..
sekali tak po.. ulang lagi tak lopeh tu hehe
Tak rugged la masuk kelab dangdut ... Ada GRO layan ke OS...? hehehe...
terkena juga kau OS..hehehhhe
best ke masuk dangdut..
syikin : dia nak meraikan keletihan kami disiang hari, itu sahaja yg kononnya akan melegakan....
zino : niat ingin kembali kesana, apakan daya sampai sekarang belum berkesempatan...
BP : dulu aku memang tak rugged, tapi GROnya semua veteran dan berkebaya, lenggok ala inul telah popular dilumut masa tu, agaknya lah...
IV : terkena... tapi best, malam tu semua budak2 layan, dari satu lagu ke satu lagu, sampai riuh kelab tu dgn kami....
uit... dangdut tu... OS gelek sama ka? :p
Lorrr....dangdut ka?...patutlah dok cari traffic light tak jumpa...sebab tak sangka plak dangdut tu nama traffic light...hehehhe
Hahah..OS pun layan dangdut ker?? Hehehe..
Sastri : kalau tak gelek di kelab dangdut, itu dah melanggar etika kelab...
kak lady : unik jer nama tu...
yus : dangdut memang best kalau layan, tapi kalau kat kelab tu, tak berapa best la, asap rokok byk....
Looking for information and found it at this great site... video poker countering paxil withdrawel Incorporate in az paxil+paroxetine+hci Pornstar lexi paxil pill Low priced home owner insurance quote Fujitsu barcode scanner f7521 buy cheap culinary art school
buat makluman:
kelab dangdut traffic light tu terletak di sitiawan, 10 km dari pekan lumut.
sekian, terima kasih.
Post a Comment
<< Home