`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: mau pendek ka?

Friday, July 07, 2006

mau pendek ka?

Semalam aku pi gunting rambut. Kedai india ni memang selalu aku pegi. Kalau ada jenis yg cop kad, 10 kali potong dapat 1 free. Aku mungkin akan dapat 4 atau 5 kali free gunting rambut kat situ. Tapi takder. Dari sekolah, sampai ke muda rumaja ni, aku akan sentiasa percaya kepada india utk potong rambut aku. Entah. Tak tahu apa sebabnya.

Bila masuk jer kedai gunting rambut. Selain gunting rambut, servis lain seperti cukur jambang, atau trim misai pun ada. Tapi aku tak pernah cuba yg lain. Sebab aku dengar meletup letup bila india ni mengurut tengkuk seorang pelanggan. Terus aku tak berani. Memang belum ada kes kematian di kedai gunting. Tapi aku tak mahu ambik risiko.

Dan bila aku duduk jer. Diorang akan bertanya soalan yg sama. Dan bagi aku soalan yg cukup bodoh. Memang lah orang masuk kedia gunting rambut, nak pendekkan rambut. Mana ada yg nak panjangkan. Tapi kenapa soalan tu jugak yg dia tanya?. Jadi. Semalam aku cuba nak gurau dgn seorang penggunting ni.

Dia : Boss, mau pendek ka?
Aku : Err.. tak, mau kasi panjang, boleh ka?

Sambil tersenyum. Dia cuba membetulkan soalan tadi.

Dia : Tara la boss, mau potong macam mana?
Aku : Ha... pendek!!

Lepas tu aku tak nampak dah dia senyum.



19 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku pun suka kat barber India..murah sikit banding dengan salon chinese.......

Selain letup2kan leher... aku tengok ada jugak servis potong bulu hidung, korek telinga semua kan... ha ha ha...

Friday, July 07, 2006 3:27:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

laki aku ta pernah nak masuk kedai india. aku tak tau kenapa.. whether dia tak suka bau india.. or dia tak suka style india potong... (erm... ataupun dia memang suka kena urut ngan amoi cina tu?? *wink*wink*)

Friday, July 07, 2006 4:03:00 PM  
Blogger aNIe said...

Kak lady kalau bawak anak2 pegi gunting...mesti kedai Melayu...sebab kalau diorang gunting kak lady kene duduk sekali kat dlm kedai tu...tak suka kadang ade India yang masuk bau semacam...pening wooo...

Friday, July 07, 2006 4:28:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Apalah ontahsapo nie.. Saje sakat dia ehh! Kesian! hhahaha

Friday, July 07, 2006 4:32:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : Ada ada, tu yg tak lalu tu...

marlina : dulu dulu nyer kedai bau la, skrg dah ok, siap aircond lagi..

kak lady : kedai india ni cepat, tukang potong ramai, takyah nak tungguuuuu jer...

HM : rupanya dia sensitif la...

Friday, July 07, 2006 4:37:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

ko memang pembuli!!suami aku plak suka kedai melayu..Macam la ni...sanggup pi klang semata nak pi kedai Melayu yang selalu dia pi!!Mesti lepas ni ko pegi potong rambut kat kedai gondollah kepala ko nanti!!!muahahhaha

Friday, July 07, 2006 4:59:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

aku sebulan sekali... macha.. no. 1 aaaaa

Friday, July 07, 2006 5:26:00 PM  
Blogger Mamamanja said...

penah gak tiga pat kali ikut pakwe p kedai gunting india. bau dia... biasa arr...

tp pakwe x suka kena tepuk2 tuh. minyak tu pun dia x suka sapu. pas gunting udah. xyah nak sapu apa2 lagi

Friday, July 07, 2006 5:32:00 PM  
Blogger Unknown said...

yg nko gi sakat dia tu buat apa. Kan dah tak senyum dah...

Friday, July 07, 2006 7:40:00 PM  
Blogger Sastri said...

isk isk... OS ni... kat kedai gunting pun nak gurau lagi ekkk...

Friday, July 07, 2006 9:14:00 PM  
Blogger ibuVouge said...

kalau dia tak tya cam tu, dianak tya cam ne ye

Saturday, July 08, 2006 1:03:00 AM  
Blogger Akima Akatoman said...

Di kedai gunting india kat kampun aku, dorang mesti tanya,
"Mau gunting ka, mau mesin?"

Saturday, July 08, 2006 4:18:00 AM  
Blogger oren said...

alaaa..

dia tanya tu, kunun2 nak buat peramah laa..anggap la dia saja jek nak amik hati customer...

tapi, betul la..apsal depa suka pi kedai india untuk menggunting rambut?????

Saturday, July 08, 2006 10:07:00 AM  
Blogger zino said...

zino sendiri tukang gunting partime hehe tapi utk anak2 je.. tiga org anak zino tu sampai dah besar ni masih minta abah guntingkan hehe..

zino gunting kat kedai melayu.. dia ada dua kedao di KL dan rawang.. satu hari tu sanggup pegi ke rawang nak gunting hehe

Saturday, July 08, 2006 10:12:00 AM  
Blogger Nong said...

Saya pernah temankan hubby potong rambut kat kedai india favorite dia...

"Macha, lepas potong, kasi patah leher ok?"... Seram saya...

Saturday, July 08, 2006 12:13:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

HEHE..nasib baik tak kena luku dek india tu.

adik ipar saya terkejut bila tengkuk dia kena piuh lepas gunting tu.sbb itu first time dia gunting kat kedai india..sakit gak katanya

Saturday, July 08, 2006 1:45:00 PM  
Blogger hamka said...

Kat tempat aku kerja-di sediakan kedai potong rambut FREE...ramai pulak yg mengular di situ..

ps: terima kasih, stiker kau dah selamat tiba dan sudah di tampal..jenuh jugak aku bila di tanya kat mana U ni?..oh...

Saturday, July 08, 2006 3:34:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

OS! sticker mu sudah kuterimaa... tima acih. nanti nak buat projek menampal plaks...

Monday, July 10, 2006 10:51:00 AM  
Blogger Unknown said...

lu mmg kuat nyakat....tp tukang gunting tu blajar sesuatu dr lu la haha

Monday, July 10, 2006 3:16:00 PM  

Post a Comment

<< Home