`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Rajin Semacam

Thursday, July 13, 2006

Rajin Semacam

Pagi ni kami rilek rilek jer. Maklum lah Sabtu. Biasanya aktiviti Sabtu ni, cuma keluar ke pekan atau sekarang ni Bandar Sungai Petani. Outing' kalau bahasa BP.

Awe dari lepas breakfast tadi sebuk duk baca Pedang Setiawan yg dia rembat dari budak junior. Tapi selalunya dia pulangkan balik lepas baca. Dan selalunya lepas semua budak kat bilik kami baca. Setiap kali dia pulangkan, dia akan bawa edisi yg baru utk dibaca. Best.

Tiba tiba melompat seakan teringat nasi didapur hangus. Tapi kami di hostel, mana ada dapur. Terus meluru ke 'locker, mengeluarkan semua pakaian kotor, disumbat ke dalam baldi yg dirembat dari bawah katil Ibrahim. Nak basuh baju pun kelam kabut. Padahal hari masih pagi.

Dia bersuara "Mu ader sabun dok? bak mari sikik!"
Aku "tu atas locker aku tu, asik tibai sabun aku jer, baik suruh aku basuhkan baju mu!"
Awe sambung "bak mari ah, aku cuci!"

Ini sudah bagus. Satu penghormatan buat si pemilik sabun. Aku tanpa lengah lagi terus ambik 2 helai seragam sekolah, dan sehelai baju-T. "nah ni jer yg belum basuh"

Awe ambik dan terus ke bilik cuci. Sebenarnya takder bilik pun utk mencuci pakaian ni, cuma tempat open yg bersebelahan kolah besar. Ramai budak basuh baju kat situ setiap cuti Jumaat Sabtu.

Selang seminit, Awe masuk balik dgn baldi kosong. Dia ambik kasut sukan Fung Keong utk dicuci. Sempat bertanya aku "kasut mu nak cuci dok?"

Wah, melampau dia ni, sampai kasut aku pun dia nak cuci. Sure ada nak bodek aku ni. "tak yah, aku dah cuci semalam". Dia berlalu.

Agak agak 40 minit lepas tu, seorang budak junior ketuk pintu bilik kami. "assalamualaikum, abg Awe ader?"

Aku "Waalaikumsalam, dier takder, kenaper?"
Budak Junior "takder, errr... ni ha baldi dia dgn berus basuh, baju dia saya dah jemur", dia letakkan baldi dan terus blah.

Cilako Awe, patut la rajin semacam jer. Budusssss. Rupanya duk lepak layan komik kat bilik junior.






21 Comments:

Blogger NONIE AZIZ said...

kawan ko ni memang geliga otak diakan!!!

Thursday, July 13, 2006 12:32:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Bila masa pulak aku ber'bahasa' macam tu OS..hehehe

Awe memang kreatif. Masa student lagi dah pandai menerap konsep delegate kerja pada orang bawahan....hehehe.

Thursday, July 13, 2006 12:45:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

elehh.. macam ler kasut ko tu ko yg basuh sendiri hehehe

Thursday, July 13, 2006 1:17:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR : geliga dia selalu ada yg terkena....

BP : dier yg paling rajin 'basuh baju.....

lan : yer aku basuh sendiri, dan itu kali terakhir aku basuh sendiri lah......

Thursday, July 13, 2006 1:27:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Memang pandai sunggoh budak tuu.. Ingatkan dia yg rajin.. Hampeh! Hhahaha

Thursday, July 13, 2006 4:15:00 PM  
Blogger Unknown said...

Pandai sungguh Awe....kalau junior tu tak masuk cari, mesti dia yg dpt nama....rajin tolong cuci baju..hehe.

Thursday, July 13, 2006 4:24:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

cess.. awe.. awe... untung sungguh! sabun org sponsor, baju org cuci!

Thursday, July 13, 2006 4:50:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

HM : dia memang bijak, bijak dan bijak...

yus : selalu dia akan dapat nama, walaupun dah sah bukan dia yg buat...

marlina : hidup mewah jer kan...

Thursday, July 13, 2006 8:07:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

haha..saborlah dpt kawan camtu. ingatkan sungguh dia nak membalas budi..rupanya budak lain jd tukang dobi, dia pulak baca majalah senang hati..

Friday, July 14, 2006 12:23:00 AM  
Blogger husni said...

hi,
m ur new blog fan. hilarious reminder of my growing up in boarding school. :-)

Friday, July 14, 2006 2:23:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

syikin : wah mcm pantun lak ....

husni : sila sila, buat mcm blog saya... jgn segan2....

Friday, July 14, 2006 8:42:00 AM  
Blogger Sherin de Souza said...

Hahahahahaha.. Mmg bergeliga otak shabat OS tu. Teringat zaman kat sekolah asrama dulu.
Minggu orientasi syok betul suruh junior nyanyi negaraku etc. Tapi zaman dulu takda le brutal-brutal pukul student macam sekarang. Takut nak fikir orientasi zaman sekarang macam mana le agaknya.

Friday, July 14, 2006 9:06:00 AM  
Blogger rina said...

awe... awe... tadok keje lain... asyik cari idea nak pedajal budak2 junior jer... hehehehe

Friday, July 14, 2006 9:12:00 AM  
Blogger Angah said...

junior = mesin basuh

satu persamaan yang bagus.

Friday, July 14, 2006 9:40:00 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

waduhhh aku pon terpikir awat la rajin sgt kwn ko tuh.. al kisahnyaaaaaaaaaaaa org lain yg basuh hahahaha

Friday, July 14, 2006 9:45:00 AM  
Blogger Titicaca said...

boleh tak aku nak tabik spring kat Awe..haip!haip!haip!

Friday, July 14, 2006 11:41:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

sherin ; apa la orientasi suruh nyanyi negaraku jer.. boring betul...

rina : dia yg paling dikenali oleh junior...

angah : yer yer, dan = tukang ambik air, makanan, = tukang buat meggie... dll

ayu : muslihat yg perlu dilihat sampai habis...

titi : ha tabik tabik...

Friday, July 14, 2006 12:07:00 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

perkara biasa aku pun pernah buat mcm tuh.

Friday, July 14, 2006 2:31:00 PM  
Blogger Unknown said...

awe nih mmg seorg yg panjang akalnye....ada adaaaaa aje

Friday, July 14, 2006 3:00:00 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

OS: mmglah stail pantun tu :)

Friday, July 14, 2006 6:51:00 PM  
Blogger Sastri said...

cayalah awe... keskeskes

Friday, July 14, 2006 7:43:00 PM  

Post a Comment

<< Home