`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Pesan Abah

Monday, July 24, 2006

Pesan Abah

Aku dan Kak Jun tergamam bila sekujur tubuh buaya tiba tiba timbul sebelah kiri kayak kami. Serentak kami terhenti mendayung. 11 kayak lagi sudah laju didepan. Mereka bernyanyi nyanyi. Sungai Perak masih jauh utk dihabiskan.

Kayak Nain dan Kak Mar di belakang kami juga tiba tiba tiada bunyi. Mereka juga terpandang agaknya.

Itu padahnya mempersenda tuan rumah di dalam kawasannya. Tadi di beting pasir, Nain bersungguh melakonkan watak seekor buaya merangkak memanaskan badan gayanya.

Kini, Nain pucat lesi.

Kata Abah, di tempat 'orang' jgn besar cakap. Hormat 'mereka' yang mendengar.








13 Comments:

Blogger marlinabaharom said...

buaya air lebih baik dari buaya darat....

Monday, July 24, 2006 12:17:00 PM  
Blogger ibuVouge said...

aku sokong MB
IV penah rasa saat ini, masa tu IV berakit di SG PAhang..jangan cakap lesi..darah pun benti mengalir..

Monday, July 24, 2006 12:36:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

nasib dia bertuah jumpa buaya betul.. kat sini asyik tgk buaya jadian siap masuk PAPER sana sini.. surat kabar front page, dok tersengih, melodi citer buaya tu lagi, pehtu kat internet asyik dpt gambar buaya tu je. hmm

ps: sekadar lepas perasaan pasal buaya.. ekekekeeeee

Monday, July 24, 2006 1:48:00 PM  
Blogger .:HalogamoRa:. said...

betul kata abah.

ni bab buaya buaya ni wa mmg x ske x kirala buaya air ke, darat ke, tp kalau kasut kulit buaya alright no hal.

Monday, July 24, 2006 1:59:00 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

kekekeke...siollah Halo...tergelak aku baca komen ko!!

Apepun memang betul pesan Abah tu...jgn suka cakap seberangan kat tempat org!!

Monday, July 24, 2006 2:55:00 PM  
Blogger Lan Rambai said...

baik tuannn.. kita ikut pesan abah

Monday, July 24, 2006 3:17:00 PM  
Blogger iejal said...

Atuk aku ada cerita, menurut cerita dongeng. Dahulu harimau dan buaya adalah satu perguruan. Namun bagi menyeimbangkan sistem alam ni. Jadi mereka dibagi kawasan bagi menjadi raja dan tidak bertelagah antara satu sama lain. Jadi buaya di tempatkan di air. Dan harimau di tempatkan di darat.

Atuk ada cakap lagi, buaya ni kira adik seguru kepada harimau. Jadi jika dia nampak harimau melintasi sungai, dia akan hormat. Dia akan membuatkan laluan kepada abangnya itu.

Tapi semua itu hanya cerita dongeng.... kebenaran, hanya Allah SWT yang maha mengetahuinya

Monday, July 24, 2006 3:26:00 PM  
Blogger rina said...

sib baik kayak ko x kena libas dek buaya....

Monday, July 24, 2006 3:31:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Memanglah...masuk 'tempat' orang jangan celupar.........

Monday, July 24, 2006 3:32:00 PM  
Blogger zino said...

kalau masuk hutan pun kena ikut petua abah..

Monday, July 24, 2006 4:48:00 PM  
Blogger Sastri said...

haa... takutnyer kan... sbb tu kena jaga percakapan kalo masuk/p tempat2 cenggitu...

Monday, July 24, 2006 7:44:00 PM  
Blogger cuaca said...

*mrasalah celupar sapa yg kena baham tak tau? OPS!!!

Tuesday, July 25, 2006 9:36:00 AM  
Blogger Hamka said...

bagus tak bercakap besar...tapi yakin dengan percakapan tentang makhluk tu menyebabakan mudarat seperti di ganggu atau sebagainya, macam ada unsur khurafat...aku pun tak pandai nak explain he he

Wednesday, July 26, 2006 9:13:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home