`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Jumaat

Friday, January 20, 2006

Jumaat



Hari ni memang selalunya terasa mcm sekejap, sebab separuh masa berkerja kita lepak masjid. Pukul 1 jer, terus kuar pegi masjid, kalau belum azan tu, sempat la pekena burger ker, cendol ker. Kalau samapi jer dah azan, parking pun susah la sikit.










Hari ni masuk waktu, pukul 1.27 pm, so dlm pukul 1 tu dah kena keluar lah.

Selalunya kat masjid ni, memang ramai dan bising lah kalau kat bahagian luar tu, maklumlah budak2 memang ramai. Ada jugak bapak budak yg boleh tahan bisingnya. Tapi tu semua tak menjadi hal sangat, sebab bila mula jer azan, keadaan dah jadi lain. Semua akan lebih menghormati azan dan makmum yg lain.

Kalau kat dalam masjid tu, memang tenang, ader yg sebuk baca quran, ada yg berzikir, ada yg mengelamun, ada yg berkhayal dan ada yg tidur. Tapi keadaan ni cuma seminggu sekali jer kita dapat. Duduk dlm masjid, dgr khutbah, solat jumaat pastu rilek2 kat luar masjid tunggu kereta semua keluar....memang rilek.


Hari jumaat memang aktiviti terbatas, nak keluar jumpa client pun ken atgk time. Tapi kelebihannya hari jumaat ni banyak. Kita bleh rilek kejap di masjid sambil lupa bab kerja seketika. Kita boleh berdoa utk kaum keluarga. Bersedekah seringgit dua dekat tabung masjid. Tu semua mendatangkan kepuasan bila dah keluar dari masjid nanti.

Jumaat ni jugak menanda yg minggu sudah hampir sampai ke hujung, minggu depan cerita lain pulak. So jumaat ni byk kepentingan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home