`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Aidil Adha 2006

Tuesday, January 17, 2006

Aidil Adha 2006

Aidil Adha tahun ni, jatuh pada 10 Januari 2006. Sehari sebelum tu, Abah warded dekat wad B3, Hospital Sungai Petani. Suspected Colone Cancer.

Ni yg aku tak berapa setuju ni. Aku, Mak dan PakJang bawak abah ke hospital pagi tu, terus ke bahagian kecemasan. Abah terus ditolak masuk ke dalam dan diberi rawatan permulaan. 2 jam lepas tu, setelah dibuat xray' kata Dr. Abah mungkin kena colone cancer, dan hati dia bengkak sikit. Kata PakJang, Dr. Rashidi. Belum sebut cancer ni, semua dah panik. Aku yg tak berapa reti pasal ni, terus bertanya dgn sesiapa saja yg lebih mengetahui.

Apa yg aku dapat, "takan baru xray dah nampak cancer, sepatutnya lena buat lebih detail, ambik sampel daging ker, scan ker, test darah ker etc" Kata maklang. So ni lagi buatkan aku jadi tak berapa setuju dgn Dr. Kalau yer pun cancer, apsal nak kena terus cakap sebelum buat test lagi? Takkan lepas tgk film xtay jer terus dah boleh diagnose cancer? Pakar sangat ker Dr Rashidi ni.

Petang tu, Abah dipindah ke wad B3. Masuk air, masuk antibiotik dan puasa. Kesian aku tgk abah, sakit perutnya tak hilang jugak, setiap 15 minit mesti dia menangis tahan sakit. Aku jadik tak senang. Di wad, maklang terus terusan bertanya dgn nurse dan Dr yg ada, habis semua kena sembur disebabkan kebodohan Dr yg terus diagnose colone cancer. Padahal baru buat xray, belum colonoskopik atau scan atau test yg lain2 lagi.

Malam tu aku tunggu abah, setiap setengah jam dia menjerit sakit, apa yg aku boleh buat? Nurse cuma akan dtg setiap 6 jam, utk bagi injection insulin sebab kencing manis dia, dan tkar botol air. Selain dari tu takder apa yg dibuat.

Esoknya Raya. Abah masih tak diberi apa2 rawatan spesifik. Apa boleh buat, semua Dr Pakar cuti. Rabu, Kedah masih cuti, kata mereka Khamis baru akan dibuat colonoskopik test, memang lah sebab selasa dan rabu semua cuti, yg tinggal Dr yg baru dan tak berapa berani nak jawab, dan nurse yg dah cuti tahun lepas.

Khamis, Colonoskopik tak jadik buat, kata pakar diorang cuma buat KUB (kidney, Urethra and bladder test) jer utk abah. Then terus nampak yg hati dgn limpa dia dah bengkak dan bernanah sikit. Barulah semua sebuk. Abah terus ke High Dependency Ward (HDW) dan terus berjenis2 antibiotik dimasukkan. Keadaan jadi tegang sikit bila Dr kata, akan menjalankan pembedahan kalau tak kurang jugak dlm masa beberapa hari. Aku mula terfikir, kalaulah KUB ni dibuat hari isnin, atau paling tidak pun selasa, takkan lah berlarutan sampai mcm ni.

Apa nak buat, dah nak jadik mcm ni. Tak ramai kut Dr kat Malaysia ni, atau memang tak ramai Dr nak kerja dgn hospital kerajaan yg memang sesak dgn pesakit dan penyakit. Atau mungkin pasal gaji yg tak berapa ngam. Yg ramai, Dr yg muka mcm terpaksa dtg kerja, dan bila tanya sikit nak melenting! entah lah, sebab dia mengandung agaknya..

Sabtu, aku balik lagi ke SP. Abah makin sihat, cuma kencing sakit lagi, maybe sebab tiub yg dimasukkan. Dia puasa lagi, dan darah tinggi terkawal.

Isnin, berita yg agak gembira, Abah dah semakin baik, dah boleh makan dan dah takder rasa sakit lagi. Alhamdulillah semua ubat yg diberi mendatangkan kesan yg baik. Munkin akan dipindah ke wad lama, tapi sekarang ni PENUH! So, abah duk la HDW lagi. Bagi aku baik la dia kat HDW ni, sebab 24 hours diorang tgk dan observe dia. Senang sikit. Walaupun tak leh nak masuk tunggu dia, tapi semua org tak risau sgt. Abah pulak asik nak mintak pindah, mana tak nya, seorang patient depan dia dah meninggal semalam, sebelah dia lak koma dah beberapa hari. Tak ke risau dia...

Alhamdulillah, berkat doa semua, beransur pulih. Semoga akan terus sihat seperti sedia kala..

Sejak abah masuk wad B3, aku tak nampak lansung Dr Rashidi, yg mula2 diagnose abah tu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home