`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Kias

Thursday, December 15, 2005

Kias

Lama tak mengarut kat sini, sebab takder benda yg menarik nak diluahkan, asik2 citer ketuk ketampi la, print duit sebab nak kahwin..mcm2 lagi benda yg tak menarik. Yg paling best pun, bila Nicole David dapat jadik No 1. Nicole da best.

Bila layan email, dekat Afdlin Shauki Groups, terbaca satu email yg menarik nak di share, takder yg kontroversi pun, cuma satu puisi oleh Usman Awang, pasal melayu.

MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adatJangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malb ari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkaltanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Nukilan Usman Awang
Bila di renung balik, setiap baris memang ada benarnya, walau kadang tak nampak dimata. Tapi betul ker semua mcm tu? Atau segelintir saja, atau dulu sahaja, sekarang dah tak ada.

1 Comments:

Blogger hafeitsa said...

moyang aku cina...tp aku bangga mengaku melayu sbb darah cina dah tinggal krg dr suku. bak kata hang tuah, "x melayu hilang di dunia"!

asal melayu, mesti ada phd (perasaan hasad dengki). bila nak ubah? kalau ikut lat (dlm kias kartunnya), melayu dulu menghayun tajak (buat bendang), melayu sekrg menghayun kayu golf (buat bisnes). itulah satira dan ironinya.

aku melayu...tp aku nak jadi melayu yg x me"layu". doaku begitu jua pada melayu2 yg lain. semoga x lupa akar diri masing2.

Thursday, December 29, 2005 2:06:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home