`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Terlepas Pandang..

Monday, November 28, 2005

Terlepas Pandang..

Berforum dgn kawan kawan sekolah dulu. Masing2 memuji yg lain.
"wah, dah kerja besar, aku mcm ni jer la"
"bagus lah, kau dah jadik boss, aku kat lumut ni tak kemana la"
Semuanya berkisar kejayaan masing2 yg dicapai. Alhamdulillah semua berjaya.
Tapi, betul ker kita ni mcm tu jer, sedang orang lain semua dah berjaya dgn kerjaya masing2. Betul ker orang lain jer yg dah berubah, sejak dari sekolah, kenaper kita sik nampak orang lain jer yg berjaya. Betul ker semua orang yg kita kenal dah senang lenang dgn hidup diorang. Macam tu lah nampak nya.
Aku renung balik. Aku pun byk perubahan. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Dulu berdua suami isteri kehulu kehilir, sekarang dah berempat, anak dan maid. Bukan ker tu perubahan, atau kemajuan namanya.
Tapi kenaper bila mendengar cerita kawan2, seolah olah mereka sahaja yg berjaya, gembira. Kalau dulu naik kereta kecik, sekarang kereta import. Peningkatan jugak tu kan? Kalau dulu, nak buat semua benda kena ke opis, sekarang menjinjing laptop merata tempat, tak ker semua tu perubahan? Jadi kenaper orang lain jer yg berubah, kita tidak?
Kuman di seberang laut, nampak kelakuannya, gajah kat depan mata, tak jelas lansung. Tu lah dier, sebuk melihat kejayaan orang lain yg entah benar atau tidak, lupa kesenangan dan rezeki tuhan utk kita. Asik sebuk bercerita orang lain senang, rezeki tuhan utk kita, terlepas pandang....masyaallah....
Dilihat balik setahun ke belakang, memang byk perubahan sendiri, tak teringat agaknya, atau masih tak puas dgn apa yg dikecapi. Lumrah. Kekadang kata orang tak usah dilihat benda yg dah lepas, tapi kalau tak lihat, tak nampak la apa yg dah berlalu. Bila tak nampak, hilang rasa nak bersyukur mungkin...entah lah...
Semoga dgn tibanya hari esok, aku takkan lupa semalam.. insyaallah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home