`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: TV Series

Friday, November 18, 2005

TV Series

Dulu, aku layan Full House. Ni memang setiap hari cerita ni jer, dah tunggu. Tapi tak ingat sgt, sebab masa tu tak berapa serius sgt layan TV ni selain Cartoon.
Kemudian, aku layan Friends. Rasanya ramai yg layan mcm aku, ada yg sampai sanggup beli DVD atau VCD compilation cerita ni. Tapi sekarang Friends dah tak berapa menarik. Ramai yg tgk Everybody Loves Raymond pulak. Tak berapa mcm Friends, tapi ok lah. Walaupun Raymond asik kena jer dgn family dia. Tapi semua org loves raymond.
Terbaru, CSI. Dari CSI Vegas, Miami sampai terbaru, New York. CSI ni best. Bagi aku walaupun kengkadang tu tak berapa logik penyelesaian dia, tapi jalan cerita dia best. Buat semua tertunggu jer apa jadik sebenarnya. Selalunya tekaan tak betul, tak mcm cerita melayu atau Hindi yg memang asik teka ending dia betul jer. Selain tu, teknologi yg diguna pun best, walaupun kita tak tahu betul ker tak benda tu semua, tapi menarik. Dan tak semua Polis betul dan menang. CSI Vegas dah masuk 6 Seasons, kalau Miami baru nak masuk Season 4, New pulak baru nak habiskan kan Season 1.
Citer lain yg lebih kurang, NCIS. Pasal CSI dlm army kat US. Ni ada sikit2 tiru CSI, tapi okay, pelakon lain and jalan cerita more on kisah NAVY. The Shield, satu lagi cerita polis yg dah masuk Season 5. Lama dah, sampai Vic dah tak tumbuh rambut dah. The Shield agak real sikit, kisah polis dgn masyarakat setempat yg byk hal. Kadang2 nampak polis mcm ganas sgt. Tapi kalau tak ganas, semua org mcm tak respect polis. Rata2 dlm The Shield, polis susah nak menang.
Yang baru habis layan, Deadwood. Ni cerita HBO pasal satu pekan baru nak naik, Deadwood. Cerita zaman cowboy ni menarik. Tak byk action, tapi memaparkan kisah mcm mana semua org bersatu nak naikkan pekan yg baru jumpa sebab byk emas. Ramai yg dtg berniaga dan ada yg nak kaya cepat. Deadwood berlatar belakangkan zaman Wild Bill Hicthcock, seorang sheriff yg lari ker deadwood utk memulakan hidup baru. Tapi Bill mati di situ. Deadwood, baru tamat season 2, dan akan mula season 3 tahun depan. Kalau tgk versi original, memang tak censored lansung. Terbaru HBO keluar satu series ROME. Ni baru lagi, belum sempat nak carik.
Kalau di FOX TV, cerita yg best, HOUSE. Kisah seorang diagnostik Dr. yg memang pakar dlm mencari punca penyakit yg org lain tak tahu. Dr House memang genius kononnya, tapi tak suka bersemuka dgn pesakit. Dan buat hal dia sendiri, ikut cara dia jer. Ini dekat Astro 17 ada setiap selasa pukul 10 mlm. Satu lagi dr Fox TV, Prison Break, memang best cerita ni. Berkisar tentang seorang adik yg masuk ke penjara utk membawa lari abang dia. Setelah plan beberapa tahun, dia merompak sebuah bank, dan ditangkap. Mula la cerita dia nak lari dr penjara bersama abangnya. Baru season 1 dan baru episod 11.
Desperate Housewives (DH). Semua org sure tahu cerita ni. Mula2 aku layan dulu, mcm tak berapa berminat. Tapi masuk episod 4 jer, rasa mcm nak tahu jer apa kisah sebenar pekan kecik tu. Sekarang dah mausk Season 2 episod 7. Cerita yg menarik tentang keluarga yg masing2 ada masalah sendiri. Yg kadang kala bersangkut paut dgn org lain dalam komuniti kita. At the end kita akan perasan yg sebenarnya, bukan isteri2 jer yg desperate, tapi semua.
Supernatural. Kisah seram yg baru jer aku start layan. Kisah hantu orang putih yg tak pernah kita dgr. Selain Dracula dan vampire, kalau ikut cerita ni, byk lagi hantu lain yg lagi menakutkan kat US. Dua beradik yg cuba mencari bapak diorang, dlm masa tu asik bertembung dgn kisah hantu tempatan, dan cuba menyelesaikan masalah tu. Setakat ni episod paling ngeri, episod ke 5, Bloody Mary. Hantu ni ngeri sikit la, asik terkejut jer. Sekarang dah sampai episod 9.
Setakat ni, tu jer yg dapat ingat. Nanti kalau dah layan serie baru, kita cerita lagi.....

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Enjoyed reading your interesting blog. You may want to check out my day trading school web page day trading school Keep it up.

Friday, November 18, 2005 11:14:00 AM  

Post a Comment

<< Home