`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Aqiqah

Thursday, November 17, 2005

Aqiqah


Lelaki satu bahagian lembu atau dua ekor kambing.
So pilihan aku, kambing la. Kalau lembu nak kena carik orang share, then nak handle seekor lembu tu, ramai nak kena jemput makan tu. Kalau tak pun, nak kena bagi ramai org makan utk habiskan seekor lembu.
So kambing pilihan bijak. Seekor aku buat kat rumah mertua, seekor lagi buat kat rumah mak ayah aku.
Aqiqah. Sekarang ni, siap sembelih dan lapah, kambing terus dihantar kerumah. Tinggal nak masak jer. Senang nyer zaman ni. Kalau tanak masak, boleh terus disedekah kepada org yg berhak. Lagi senang.
Tapi kenaper ada yg buat sampai marhaban, tahlil dan berselawat. Lepas tu, budak tu di bawak keliling, sorang2 gunting rambut dia. Tak nampak kenaper nak kena gunting atau cukur rambut dia, tapi ramai yg buat. Aku pun takder alasan nak tolak kalau orang tua mintak buat semua tu.
Tahlil atau selawat tu nampak mcm ok. Marhaban pun boleh lah, nak nampak meriah sikit. Tapi gunting tu entah la, aku masih fikir lagi.
Tengok la hari nya nanti, kalau tergerak nak buat, aku buat la. Kalau tak.... kambing golek pun jadi lah...

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! » »

Saturday, February 03, 2007 6:27:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home