`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Imigresen Kelam Kabut

Tuesday, November 15, 2005

Imigresen Kelam Kabut

15 Hb 11 2005, passport anak aku siap hari ni. Pukul 9 pg keluar dr rumah, terus ke Pejabat Imigresen Pusat Bandar Damansara.
Sampai pukul 9.20 pg terus beratur di kaunter 35 nak ambik no. 9.51 pg aku dapat angka giliran 6247, no sekarang 6021. Mcm yg tertulis dekat no giliran aku tu, so aku dah agak akan lama, terus turun bawah, makan roti telur dgn teh tarik. Pergh punyala ramai manusia keluar masuk Pejabat Imigresen ni. Semua sebuk dgn hal masing2. Ada yg sebuk nak tarik org suruh ambik gambar, ada yg sebuk photostat dokumen, semua nak cepat.
10.20 pg, dah rasa mcm lama sgt duduk dekat kedai mamak ni. Tunggu lah sikit lagi.
10.30 pg, naik atas, nak tgk dah sampai no berapa. 6042. Hati dah tak senang, agak2nya pukul berapa lah aku punya no naik ni? Masuk depan kaunter 29, lepak sekejap sambil telinga dgr dgr no kaunter sebelah.
11.30 pg, no baru sampai 6136. Lambat lagi lah aku kat sini. Berjalan carik tempat depan kaunter 35, ada satu seat kosong depan kaunter 38, terus duduk.
Tgk no mak cik sebelah, 6122, tak panggil lagi, tapi no dah sampai 6140. Mcm mana ni.
"En. kenapa no saya tak panggil?"
"Kejap lagi, kita bagi yg mana dah jumpa dulu!"
Aduh, mcm tu pulak sistem dia, aku terus bangun, pergi depan kaunter 35, tunggu dekat 45 minit, Pegawai suruh pergi tempat lain, sebab ganggu org nak ambik no. No masih dikeluarkan lagi, dah sampai 6498, bila nak habis ni? Org makin ramai, no naik setiap 15 minit sekali, teruk mcm ni.
1.34 pm, senarai no dari 6234 sampai 6248, kena pergi kaunter 18 utk ambik passport. Tapi 6247 tak disebut. Apahal lak ni?
"En. sini kejap, En. saya nak tanya ni"
"No saya 6247, kenapa tak naik, En tolong check kan, kalau ada bagitau, saya tunggu. Kalau tak siap, saya dtg esok. Itu jer saya nak tahu"
16 minit kemudian. "En. no saya tadi 6247 ada ke tak?"
"Ada!! ni ha!! tunggu kejap lagi dia panggil"
"En. En. Tolong letak dalam bakul tu, dah siap kan? Tolong la masukkan dalam bakul tu, saya tunggu la En. ni panggil, ........ Terima Kasih"
2.05 pm, senarai baru lagi, dari 6252 sampai 6277 ke kaunter 18.
2.08 pm "6247"
Alhamdulillah..............

1 Comments:

Blogger Precious said...

Ini satu hal yang I malas nak hadapi kat imigresen. Kekadang teringin nak buat citer pasal kisah kat imigresen damansara ni.

tetapi, since i found imigresen subang, dah tak ingat dah benda benda yang lain sebab kat airport subang memang cepat yang amat.

so next time you might consider going to subang.

kalau dia tanya kenapa tak buat kat kl awak kata je awak keje kat subang. sure dia tak banyak bunyi.

Thursday, November 17, 2005 10:22:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home