`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Din Dungga

Thursday, May 29, 2008

Din Dungga





Din Dungga kata hari ni dia stesen bas kuala muda takder orang. Dia sorang tunggu bas, dia sorang naik bas. Pakcik jual tiket tanya 'awat hang pi sekolah hari cuti ni?'. Din jawab ada sambutan hari guru dan semua budak kena hadir.


Sampai dekat 'kona masjid, aku naik bila bas berhenti. Sekarang aku dengan Din dalam bas sama sama dengan pakcik jual tiket dan pakcik bawak bas. Kami berempat. Pakcik jual tiket tanya lagi 'hang pa satu sekolah ka?' Aku angguk. Din senyum.


Sampai di SP, kami minum dulu di warung depan stesen teksi. Nasi lemak sebungkus 50 sen, air kopi pun 50 sen. Dekat pukul 11 kami masuk toilet belakang stesen bas. Masuk free sebab makcik yang jaga toilet takder, cuti jugak agaknya. Kami keluar dengan seragam lain, baju sekolah dah dalam beg.


Kami pi tengok Indiana Jones kat panggung. Best cerita dia. Balik kami naik bas jugak, dengan baju sekolah tadi, sebab tiket bas murah kalau pakai baju sekolah. 40 sen jer. Yang pastinya bulan tu bukan bulan hari guru la.


Din sekarang kat KD Sri Gombak, dia dah Leftenan. Tapi dia belum tengok lagi Indiana Jones baru.





Labels:

1 Comments:

Blogger Ayu said...

Din kat KD Sri Gombak ker heheh dah dekat dengan aku tuh meh aku ajak dia tgk indiana Jones baru hehehe.. apa nama penuh dia :P

Monday, June 02, 2008 9:20:00 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home