`o.n.t.a.h.s.a.p.o`

Thursday, September 11, 2008

Tok Posa 5 Hari






Tok baru keluar dari hospital. Dekat 3 minggu dia check in kat hospital dan dah semakin sembuh.


Semalam aku telefon tok. Aku cuma nak bertanya khabar.


Kata mak anjang, tok dah kuat, dah makan macam macam, dah mula puasa. Tiba tiba tok dengar, dia nak cakap dengan aku.





Tok tanya "Tok dah posa 5 hari ni.... nak bagi apa kat tok..?"

"Err... sehari singgit okay ke tok....?" Tanya aku balik.




"Dah... raya tahun ni, ketupat buat sendiri...." Kata tok.






Errk......!!!!!!










Labels: ,

Thursday, February 14, 2008

Tok

Gong Xi Fa Cai baru ni aku balik kampung. Rumah Tok di Permatang Pasir kali ni meriah. Walaupun tak semeriah open house Datuk K dengan Datuk Siti, tapi semua, boleh dikatakan semua anak cucu balik. Bukan nak rayakan tahun baru cina, tapi balik sebab ada kenduri. Seekor lembu tumbang untuk majlis akikah dan kenduri kesyukuran kali ni.

Jarang jarang kami semua dapat berkumpul macam ni. Selalunya hari raya, itupun tak semua dapat turun seramai ni. Kali ni macam lebih meriah pulak. Mungkin sebab dah naik khemah dengan susunan kerusi meja, macam Tok nak terima menantu pulak.

Malam sebelum kenduri, ramai orang kampung datang melapah lembu. Tua muda semua sebuk dengan pisau atau golok masing masing. Ramai yang datang membantu walaupun kerjanya cuma sikit. Mungkin kerana Tok antara yang disegani dikampung. Selain guru mengajar mengaji al quran, dia antara yang penting jika ada kenduri kendara.

Kami balik ramai ramai pun mungkin sebab Tok masih ada. Kalau dia marah pun tak lama. Lepas tu dia ok balik. Walau rumah Tok besar, tapi semua nak menyempit kat bawah jugak. 5 atau 6 kelambu naik. Semua dah tahu tempat masing masing. Bila ramai ramai macam nampak lah Tok happy jer. Walau semua anak cucu macam macam perangai.




Kadang kadang, terfikir jugak, entah apa jadi kalau Tok takder nanti. Dapat ker kami ramai ramai macam ni lagi. Orang kampung akan datang meriahkan majlis lagi tak. Entah anak cucu akan balik atau tak. Susah nak cakap.Hendaknya sama lah.


Selagi Tok ada.



Labels: