`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Bukit Damansara

Monday, March 26, 2007

Bukit Damansara



Jumaat lepas. Kami ke Masjid Saidina Umar Al Khatab, Bukit Damansara. Kami tiba seawal jam 1 petang di sana. Suasana di perkarangan masjid sebuk. Ramai sudah mula berjalan menuju ke kawasan masjid. Penat jugak menapak menaiki bukit utk ke perkarangan masjid.

Masjid yang sederhana besar ini terletak dia tas bukit berhampiran Sekolah Seri Cempaka. Didalam masjid keadaan dingin bilamana aircond begitu kuat terpasang.

Suasana di kawasan letak kereta luar masjid sangat meriah. Ramai penjual sebuk dgn barangan masing masing. Keadaan seakan pasar malam sementara. Yang seronoknya, mereka yang datang terdiri dari semua bangsa dan agama jugak jantina. Semua datang utk membeli makanan dan barangan yang terjual.

Satu jer aku perasan dekat pintu masuk dibawah bukit masjid ini. Tulisan di papan tanda masjid berbunyi " Masjid Saidina Umar Ibni Al Khatab". Kan salah tu... bila pulak Saidina Umar ber'Bin kan Al Khatab. Itukan gelarannya.


Labels:

3 Comments:

Blogger kingbinjai said...

kau tak report?

Monday, March 26, 2007 11:29:00 AM  
Blogger aL said...

em.. dulu selalu pergi situ tapi tak pernah perasan.. silap, tak pernah tau..

ceteknya ilmu aku..

Monday, March 26, 2007 12:14:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

sesungguhnya aku kagum dengan kepekaan ko!!!

Thursday, March 29, 2007 11:20:00 AM  

Post a Comment

<< Home