`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Sungai Mulia

Monday, March 05, 2007

Sungai Mulia

Jumaat lepas kami ke Masjid Kampung Sungai Mulia, Batu 5, Jalan Gombak. Senibina masjid ni agak berbeza dengan rekabentuk tinggi seperti pintu gerbang di hadapan. Dan kubah nya tersergam di bahagian belakang.

Masjid ini betul betul ditepi jalan gombak. Kalau melalui jalan gombak pasti tak terlepas masjid ini. Suasana diluar masjid agak sebuk, keadaan sempit dengan kekurangan tempat letak kenderaan menjadikan lebih sebuk.

Untuk ke tandas masjid, aku perlu turun dua tingkat ke bawah masjid. Menarik senibinanya. Mimbar masjid membayangkan betapa masjid ini antara masjid yang lama terdapat di gombak. Ukiran kayu lama menghiasi mimbar.

Sebelum khutbah, para jemaah dihidangkan dengan tazkirah. Ditambah dengan tayangan setiap isi isi penting tazkirah terpapar di skrin besar bersebelahan mimbar. Menarik.

Tiba masa khutbah. Cara yang sama. Setiap maklumat penting dan isi khutbah dipapar di skrin membuatkan hilang mengantuk. Sambil mendengar boleh membaca jugak. Teknologi membuatkan aku lupa aku sedang mendengar khutbah jumaat.

Dengarnya, ramai yang ber'suluk disini.


*****


Minggu ini belum tahu lagi.


Labels:

18 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku suka berjumaat di masjid Sri Petaling. Tak tau kenapa..

Bersuluk itu apa..?

Monday, March 05, 2007 1:31:00 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

setiap jumaat, berbeza masjid ko pergi yer OS! bersuluk tu apa???

Monday, March 05, 2007 2:04:00 PM  
Blogger oren said...

rajin ngko menyusun masjid setiap jumaat...carik apa yek?

Monday, March 05, 2007 4:24:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP - Aku lama dgr masjid seri petaling tu best jugak, nanti mesti aku sampai...

Mriqz, oren - Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Wallahualam...!!

Monday, March 05, 2007 4:37:00 PM  
Blogger debikdebuk said...

kat tempat aku ni pun siap khutbah guna powerpoint. macam dengar kuliah pulak..

Monday, March 05, 2007 8:22:00 PM  
Blogger zino said...

kubah yg lut sinar tu ada lagi ke? dah lama tak ke masjid tu.. kedai makan pak pakeh di sebelah tu pun dah tak ada.. di korbankan oleh arus pembangunan..

Monday, March 05, 2007 10:33:00 PM  
Blogger zizie ali said...

duduk rumah sewa zaman bujang. di ipoh.
"ari ni aku semayang masjid negara." syukri.
"tengkorak engko!" aku.
dgn kecanggihan teknologi, imam dan makmum masjid negara berkumpul di rumah kami melalui siaran langsung tv1.

Monday, March 05, 2007 11:35:00 PM  
Blogger aNIe said...

Dah semakin canggih cara menyampaikan khutbah sekarang...satu perkembangan yang sihat...agar makmum tak ngantuk...heheheh

Monday, March 05, 2007 11:39:00 PM  
Blogger Ajzie said...

dekat dengan Sg Cincin Gombak ker eik?

Tuesday, March 06, 2007 1:22:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

Debik - yer mcm dgr kuliah lak ek...!

Zino - Kubah rasanya masih lutsinar, tapi dah agak kabur...kedai mekanik adalah sebelah tu...

Zizie - Dulu aku selalu gak pakai alasan tu...

KLady - Canggih....!!!

Ajzie - Entah.. tapi depan Kedai Hj Tapah, Jln Gombak.

Tuesday, March 06, 2007 8:57:00 AM  
Blogger Unknown said...

wah jln jln ilmiah ni OS, bagus cara pendekatan masjid ni utk nk bg makmum hilang ngantuk. eh sat nak selit sket. bukan ke kat area masjid tu ada jual nasi ayam y best kalau x silap namanye 'nasi ayam mancongkam' owner dia org minag kot.

Tuesday, March 06, 2007 10:05:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

Halo - Tak pasan lak nasik ayam tu, kau ni kalau bab makan mesti tahu jer... tapi yg aku pasan tu lah restoran Hj tapah tu, betul2 lintas jalan...

Tuesday, March 06, 2007 10:13:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

waa..cangih la masjid ni.aku belum pernah pergi lagi ke masjid2 cenggini.

Tuesday, March 06, 2007 5:18:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

Penyu - Try la pergi, sg mulia...

Tuesday, March 06, 2007 7:50:00 PM  
Blogger DeeN said...

Ya, kamu memang suka bertukar2 masjid utk bersolat jumaat. Indahnya!!!

Wednesday, March 07, 2007 5:25:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

@ddeen - Best jugak tukar masjid ni!...

Wednesday, March 07, 2007 5:26:00 PM  
Blogger Sastri said...

waaa... siap ada skrin utk paparkan khutbah.... bagus tu... ber'suluk tu apa maknanya?

Thursday, March 08, 2007 10:15:00 AM  
Blogger Mamamanja said...

salam jumaat os.

ari nih sembahyang jumaat kat masjid mana lak??

Friday, March 09, 2007 9:59:00 AM  

Post a Comment

<< Home