`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Karya Agung

Friday, March 02, 2007

Karya Agung



Membaca buku 'Berpetualang ke Acheh' membuat aku terpanggil untuk mencari karya karya agung yang lama, yang tak pernah terfikir untuk aku baca. Dua minggu lepas, singgah ke Kinokuniya di KLCC dan aku berjumpa dengan sekumpulan karya karya lama yang hampir dilupakan.

Lebih satu jam, duduk membaca Hikayat Raja Aceh seorang diri. Kemudian membelek belek Hikayat Merong Mahawangsa.

Minggu lepas, aku ambik keputusan untuk memulakan bacaan dengan Tuhfat Al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Semoga aku berjaya menghabiskan bacaan.

Labels:

7 Comments:

Blogger zino said...

pengulas pertama..

kisah apa buku tu ya?.. dulu zino suka baca cerita panglima hitam.. orang melayu pertama yg belayar mengeliling dunia..

Friday, March 02, 2007 10:06:00 PM  
Blogger Ted said...

aku pernah dengar tajuk buku tu masa belajar sejarah dulu..

tapi, takde pernah terbaca pulak...hehe

Saturday, March 03, 2007 1:11:00 PM  
Blogger Sastri said...

namanya familiar... lepas baca, tolong la citer kat sini k... :D

Saturday, March 03, 2007 4:25:00 PM  
Blogger blackpurple said...

Tahniah. Kalau tidak orang kita yang membaca, siapa lagi kan..?

Kau dah baca buku 'Penggembaraan Munsyi Abdullah'?

Saturday, March 03, 2007 4:34:00 PM  
Blogger kingbinjai said...

selamat membaca. cari hikayat tamim al dari. sedap juga yang itu

Sunday, March 04, 2007 4:22:00 AM  
Blogger nUr@dDeEn said...

hmm..dah lama tak baca buku klasik nih. Time amik sastera STPM dulu memang suka sangat membaca buku2 begitu. Tp sekarang kureng sket, mungkin masa utk fokus mentelaah buku begitu makin sempit!

Monday, March 05, 2007 12:08:00 PM  
Blogger sinaganaga said...

Bila kau nak baca KUDETA? :)

Thursday, March 08, 2007 3:39:00 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home