`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Kuwait - Siri Dua

Friday, April 25, 2008

Kuwait - Siri Dua

Bak kata Zino, memang la banyak gambar gambar yang dirakam di Kuwait ni. Tapi nak tunjuk semua tu, byk la pulak kan. So mana yang termampu la aku tunjukkan untuk korang yang berminat.

Kat bawah ni antara kereta kereta yang biasa dijumpai di Kuwait. Memang semua besar besar dan cc pun tinggi tinggi. Yer la minyak murah. Kereta pun murah gak la agaknya, berbanding dengan Malaysia. Yang best tu, Hummer la, selalu aku tengok kat dalam cerita CSI jer. Tapi kali ni dapat tengok real'.





Ada la terjumpa Wira sebijik, itupun dibuat Teksi je. Dan sebelah tu contoh no Plate kereta di Kuwait.

Kat bawah ni pulak Kuwait Diabetes Center dengan Royale Hayat Hospital. Antara hospital termahal di Kuwait. Mahal giler.



Kat Bawah ni pulak, sekitar Kuwait Scientific Center.





Atas ni, sekitar Mubarakiah. Atau satu kawasan tradisional market. Kat sini banyak la barang barang tempatan yang boleh kita jumpa. Makanan ker, pakaian ker ada la dijual kat sini. Harga pun boleh tahan la.



Ni pulak satu gambar pagi yang agak berhabuk. Kalau kat sini jerebula gamaknya. Di kuwait ni agaknya baisa, kalau angin kuat tu, so habuk habuk pasir pun naik la. Sebelah tu, satu restoran, kalau korang besarkan gambar tu, nampak la nama restoran tu. Pelik nama dia, kalau kat sini sure tak lepas tu nama tu nak buat nama restoran. Menderhaka namanya.




Gambar atas ni semuanya dekat Fish Market dia. Tepi laut. Dari gambar pintu besar Fish market ni sampai la gambar ikan ikan yang dijual. Dan satu masalah kat sini, ikan semua dijual seekor, takder potong potong. Paling sikit pun ikan yang kecik kecik tu dijual sekilo. Half kilo tak main.



Ni pulak sambungan dari yg sebelum ni. Gambar di Friday Market. Satu gedung jual perabot jer, satu lagi jual kerusi arab tu. So kalau nak berjalan puas la.



Atas ni sebuah kedai makan masakan cina. Dan gambar sebelah tu entah aku pun taktau, aku main snap jer.



Ni pulak dekat Al Kout Mall. Kira cam hi class punya mall la. Kedai kedai semua branded dan mahal nak mampus bagi aku la. Tapi cantik la sebab dia tepi laut. Dan ada gak diletak gambar2 pemerintah diorang yang lama dan baru.

So sambung lagi nanti.






Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home