`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Misteri Isnin

Wednesday, April 26, 2006

Misteri Isnin

Isnin, aku masuk opis lambat. Aku dan isteri bawak anak ke Ampang Puteri sebab malam sebelum tu dia panas sangat. Jumaat lepas ada ke sana sebab anak aku selsema dan batuk, so dapat la ubat demam dan antibiotik. Tapi semalam walau takder batuk dgn selsema, badan dia panas sangat, so aku rasa elok bawak jumpa Dr dia utk second opinion.

Dr Lim cuma kata maybe dia ada bronkitis sket, so elok la kasi guna aero chamber ni, dan ada lah sikit ubat utk kawal batuk dgn kahak dia tu. Balik dari opis, my wife EL, sebab nak tgk cemana anak aku hari tu.

Seharian kat rumah dia ok, tak panas or demam mcm semalam. Cuma masa nak kasi pakai aero chamber tu dia ngamuk sket, tak selesa agaknya.

Petang aku balik dia mula merengek, maybe badan tak berapa sedap.

Lepas aku kasi dia mandi dan selesai Maghrib, kami turun utk bagi dia makan.

Masa aku tengah makan, dia dah mengamuk ngamuk dgn bibik dia. Buat aku tak senang nak terus makan. Bila aku ambik dari bibik, dia senyap kejap, mcm nak tidur. So aku tepuk2 harapkan dia dapat tidur kejap, tapi bila aku pas dekat my wife nak kasi susu, terus menjerit mcm tadi. Kali ni berterusan sampai lebih satu jam. Mcm2 dah kami cuba, sapu ubat kalau2 dia sakit perut atau masuk angin pun tak jadi.

Last sekali, aku buat keputusan nak bawak ke Ampang Puteri sekali lagi, maybe ubat siang tadi tak serasi.

Keluar je rumah, dia senyap mcm tak der apa berlaku. Siap senyum2 dgn semua orang. Naik kereta ke Ampang Puteri dia ngamuk sket, boring agaknya, gelap lak tu dlm kereta. Sampai je kat hospital, keadaan berubah, dia nampak ceria dan sihat, mcm tak der apa berlaku tadi kat rumah. Kami semua dah tak tahu apa nak cerita dgn Dr. Bila nama dia dipanggil, aku bawak masuk jumpa nurse utk diambil statement kenaper kami bawak dia datang.

Nurse : Sakit apa anak ni Encik?
Aku : Sebelum dtg sini tadi sejam lebih dia menangis tak nak berhenti! tak tahu la kenaper.
Nurse : Ni ok jer? (dgn muka nak gelak)
Aku : Tu lah dier, tadi mcm sakit sgt.
Nurse : Ada apa2 kut ka rumah! (sambil sengih) nanti saya tgk rekod dia, tadi jumpa Dr Lim kan?
Bini Aku : Yer, cuba tgk rekod, takut nanti ubat tak kena ker.
Nurse : Kejap saya call Dr Lim.

Dlm 5 minit, Dr Lim sampai, rupanya dia standby malam tu. Dia pun terus tanya kenaper dan aku bagi jawapan mcm mana aku jawab dekat Nurse tadi.

Bila dia dah periksa perut kalau2 masuk angin atau kembung - Tak der apa.
Dia tgk pulak kaki, kalau2 hernia - Tak der apa

Masa ni pulak anak aku duk senyum2 kat dia, mcm seronok lak dtg hospital ni.

Last sekali.

Dr. Lim : Saya tak tahu kenaper dia menangis! semua ok.
Nurse : Boleh balik la akak, takder apa nak bagi lagi.

Aku dgn wife lagi la pening. Kami balik dgn pelbagai persoalan dlm kepala hotak masing2 termasuk bapak mertua aku yg ikut sama ke hospital.

Sampai kat rumah, aku lepak kat luar dulu dgn anak aku, mulut aku kumat kamit membaca ayat2 suci al quran yg terlintas di kepala hotak. May be betul gak kata nurse tadi, tak tahu lah, aku cuba jer.

Masuk jer dlm rumah, aku bagi dia kat bini aku, aku terus naik bilik. Ambik wuduk, solat isyak. kemudian aku sambung baca yasiin. Sambil aku duk baca tu, terdengar anak aku menjerit kat bawah. Dia nangis lagi, isk lagi la tak senang aku. Aku teruskan jer baca yasiin.

Habis baca yasiin, aku turun. Ambik dia dari bini aku, dia senyap. Aku tepuk sikit, dia lena. Terus aku bawak naik, sambil baca ayat kursi dan selawat semampu boleh, aku letak dia atas katil. tidur terus. Mungkin letih asik menjerit jer malam ni. jam pukul 11 malam.

Pukul 1.30 pg anak aku terjaga, menangis sekuat hati dia, aku angkat terus tepuk dan baca lagi ayat2 kursi dan selawat sebanyak mungkin. Dlm 15 minit dia tidur balik. Aku letak balik atas katil.

Pukul 4.00 pg, dia terjaga lagi, kali ni nangis kuat lagi. Aku buat mcm mana tadi aku buat. Kali ni dia meronta ronta mcm sakit atau takut, tapi mata dia pejam. aku bagi dekat bini aku, dan aku sembahyang sunat 2 rakaat. Kemudian aku duduk atas katil sambil baca yasiin lagi, dia tengah menyusu dgn bini aku. Senyap kejap. Dekat pukul 5 baru dia boleh lena. Aku letak balik dan lelap sebelah dia.

Pukul 7.15 pagi dia jaga lagi, nangis lagi, kali ni aku paksa dia bukak mata, bila dia terpandang tv tengah pasang, terus diam dan macam letih jer kat bahu aku. Ngantuk lagi agak nya. lepas mandi aku pas kat bibik suruh kasi makan pagi. Aku terus pergi kerja dgn keadaan kepala tak berapa baik.

Entry lepas ni, cerita Selasa.

12 Comments:

Blogger ontahsapo said...

moon : setahu aku takder la, kalau tak tahu tu...susah nak cakap la...harap betul dia kekadang jer cam tu...mintak2 takder yg serius..

Wednesday, April 26, 2006 1:37:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

hmmm...just nak share. Anak umur berapa? kalau anak nangis teruk2 sangat, selain baca yassin try bace surah jinn 3 kali. Anak saya dulu masa 6 bulan wat jugak perangai cenggitu, sampai kitorg x leh tido. Berhari-hari jugak la, siang kat nursery ok jek..mlm nangis. Ada sekali tuh sepanjang mlm sampai 5 pg baru die tido. Nak kata rumah ada ape-ape sebelum tuh x de plak die meragam cenggitu. Bile saya cite kt org tua, mak saya suruh bace surah jinn 3 kali. kali pertama husband bace, anak terus jek nangis. Masuk kali ke 2 dah start nak tido. Pastu sampai sekarang die tak buat perangai nangis yg pelik2. Cuma kalo panas atau kembung perut jek nangis... Sekrg umur anak dah 2 tahun. Try la...

Saya ngan husband cam awak jugak, bace yassin, solat sunat.. sume tak lepas jugak. Tapi bile dh okey tu alhamdulillah...

Wednesday, April 26, 2006 2:46:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Memang misteri sungguh ni...

Mungkin perubahan emosi kot....?

Wednesday, April 26, 2006 2:48:00 PM  
Blogger Hot Mama said...

Citer nie tak habislaa.. Hehehhe
Haa kenapa tuu slalu nangis.. Citerlaa.. Mana tahu nanti kita encounter the same prob...

Wednesday, April 26, 2006 3:21:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

ajasu : umur anak aku 7 bulan, utk info korang semua, masa umur dia 7 hari, benda sama berlaku.. dan aku ada jugak bertanya pada mereka2 yg berilmu, insyaallah aku akan cuba mcm cadangan kau tu mlm ni..

BP : pelik tapi benar..

MR : cerita setakat isnin dah habis, utk kisah semalam (selasa) nanti insyaallah aku sambung...

Wednesday, April 26, 2006 3:40:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

aku tetiba nak gelak sengsorang...setahu aku aku tak komen apa lagi...tetiba nama aku yang naik...cubalah bawa kat ustaz yang pandai...mungkin dia boleh tolong...

Wednesday, April 26, 2006 4:21:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

iskk...susah gak ek jaga babyyy

Wednesday, April 26, 2006 4:37:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

MR : silap ker, aku pening agaknya, dua malam tidur mcm ayam jer...sori la

tiara : tak susah, tapi kekadang akan berlaku gak benda yg kita tak nampak...

Wednesday, April 26, 2006 4:40:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

Selasa, aku masuk opis lambat. Aku dan isteri bawak anak ke Ampang Puteri sebab malam sebelum tu dia panas sangat. Malam semalam ada ke sana sebab anak aku menangis teruk, tapi bila samapi kat klinik tuh dia senyap.huh.musykil.

#mungkin dia berminat dengan misi kat klinik tuh kot.haha

Wednesday, April 26, 2006 4:50:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

semut : mula2 aku ingat cam tu gak, manalah tau ader sket turun dari aku ni hehehhe...tapi harapnya takder yg serius...

Wednesday, April 26, 2006 4:56:00 PM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

misteri ler....kenapa erk!

Thursday, April 27, 2006 8:48:00 AM  
Blogger ontahsapo said...

cuaca : entah la, hanya dia yg tahu segalanya, kita hanya mampu berusaha berlindung dgn nya.

Thursday, April 27, 2006 10:12:00 AM  

Post a Comment

<< Home