`o.n.t.a.h.s.a.p.o`: Pilihan Ditangan Anda

Friday, April 14, 2006

Pilihan Ditangan Anda

Semalam..dekat satu cobbler yg berhawa dingin.

Aku : Ini belt boleh bikin balik tak?
Nyonya : Aiyya.. ini byk susah wo, mau dua hari la, sebab byk kerja ini, mau tukar sini kulit
pastu mau jahit balik..
Aku : Apasal lama sangat, sekarang buat la, nanti petang saya angkat!
Nyonya : Tak boleh, itu orang sudah keluar!
Aku : Takpa la, ini kasut mau kasik cuci, polish kasi cantik lepas tu tukar tapak

dalam. Belakang ini kasik tampal.
Nyonya : Ini tak boleh tampal, sebab dia byk lembut, susah mau buat.
Aku : Buat saja la, kasik cantik.
Nyonya : Ini susah la, tukar dlm saja boleh la.
Aku : Semua tak boleh ka, tak payah la! (Blah jer dgn hati panas)

Ni kasut masa baru lagik, skrg dah teruk sket..

Pagi ini..dekat satu brader sebelah RHB ampang point.

Aku : Bang, kasut ni nak tukar tapak dalam, lepas tu belakang ni abang tampal skit boleh?
Brader : Dalam tukar tapak penuh la, tapak separuh takder la, pastu belakang saya gam balik, yang koyak ni saya buang la.
Aku : Boleh la, lepas tu polish sket la..
Brader : Mesti polish la, baru cantik..
Aku : Ni tali pinggang ni boleh repair tak?
Brader : Ni cokelat ker hitam?
Aku : Hitam
Brader : ok, saya ganti kulit sini, lepas jumaat sebelum pukul 3 awak datang ambik boleh?
Aku : Ok. (sambil berlalu naik kereta dgn senang hati)

12 Comments:

Anonymous Anonymous said...

antara dua darjat?

Friday, April 14, 2006 3:05:00 PM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

akhirnyaa...
buang jer beli baru.. :D ke ada sentimental value..tp kasut lelaki mahal ...

Friday, April 14, 2006 3:12:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

atok : kadang2 kita tak perasan pun benda ni..

tiara : ramai suruh beli baru, tapi lain rasanya pakai benda yg kita suka ni...

Friday, April 14, 2006 3:17:00 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tu la kita kekadang terlepas pandang.... antara 'nyonya' dan 'brader' tu salah satu contohnya...

pernah terjadi kat aku, pasal 'gear synchro', satu kedai so-called canggih ni kata susah nak buat, 'charge' nak dekat RM1K... padahal kat satu kedai kecik ni buat dalam RM400 je...

ps: kalau barang tu kita dah suka, dah lunyai pun sayang nak buang..it's true...

Friday, April 14, 2006 3:27:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

BP : betul la, tambah pulak time minyak naik ni, memang kena survey betul2 kalau nak buat apa2 pun..

Friday, April 14, 2006 3:48:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

kasut tu kalo sedap pakai mesti sayang nak ganti baru.

banyak songeh la it nyonya!

Saturday, April 15, 2006 12:26:00 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

nyonya tuh cam sial jer.haha

Sunday, April 16, 2006 4:46:00 PM  
Blogger BooK said...

hihi. mari menabung!

Monday, April 17, 2006 7:52:00 AM  
Blogger hamka said...

PILIHAN DI TANGAN ANDA...
KEPUTUSAN DI TANGAN ALLAH...

Monday, April 17, 2006 4:09:00 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Baba ado masalah macam ekau...sayang bonar dia ngan but moto dio tu...dah brapo kali tukar tapak...

Tuesday, April 18, 2006 11:15:00 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

p/s: komen pasal kawan makan kawan di http://www.eisz.blogspot.com

Tuesday, April 18, 2006 12:45:00 PM  
Blogger ontahsapo said...

sori lah tuan puan semua, baru jer dapat tgk blog ni, so tak reply la kut, sebab dah lama yerk...

Thursday, April 20, 2006 1:01:00 PM  

Post a Comment

<< Home